29 September 2019

Kebaikan Detox Untuk Kulit Muka Dan Badan


Detox adalah salah satu cara untuk kita mengurangkan toksik dalam badan yang berlebihan. Sebab itulah pentingnya kita melakukan detox kerana ia bagus untuk kulit muka dan badan kita.




8 Kebaikan detox untuk kulit dan badan


1. Kulit lebih cantik

Kulit salah satu agen detox badan kita. Kulit membuang toksin dan kotoran dengan cara mengeluarkan peluh. Apabila sistem dan kelenjer peluh kita banyak toksin juga boleh mengeluarkan jerawat. Sebab itu kita perlu detox untuk membuang toksin dari dalam badan dan apabila tiada lagi toksin terkumpul, kita akan dapat lihat perubahan ketara pada kulit seperti kulit lebh bersih, sihat dan berseri.


2. Menurunkan berat badan

Apabila banyak toksin dalam badan ia boleh mengganggu badan untuk membakar lemak. Dalam badan kita ada satu gen pemberi signal yang bekerja menjaga kilang lemak. Tapi apabila banyak toksik melekat pada gen tersebut, ia boleh mengumpulkan banyak lemak. Akhirnya sel lemak baru akan penuh dengan toksin dan tidak dapat berfungsi dengan baik dalam badan kita. Kita perlu tau lemak yang baik bertugas untuk menghasilkan tenaga dan hormon.


3. Melegakan sembelit dan kembung perut

Usus (termasuk kolon) bertugas membawa sisa keluar dari tubuh kita tapi ada sebahagian sisa yang tidak sihat seperti makanan yang diproses, kurang serat dan telah diperhalusi, serta
lemak yang tidak sihat ini berkumpul dan ada yang tersumbat di dalam sistem pencernaan kita. Akhirnya toksin yang banyak ini menjadi punca berat susah turun. Bukan itu saja, kita juga sering merasakan perut kembung dan berisiko untuk mendapat penyakit kolon juga kanser kolorektum.

Pentingnya kita menjada kolon kerana ia merupakan sistem kumbahan pada badan dan ia perlu dibersih serta dikosongkan supaya dapat berfungsi dengan baik. Itu sebabnya kita perlu buat detox untuk tujuan membersihkan kolon, melegakan masalah sembelit dan menjaga sistem pencernaan agar sentiasa sihat serta membuang semua sisa dan bahan kimia yang tak perlu dari tubuh kita.




4. Mengurangkan nafsu makan

Detox juga berupaya mengurangkan selera makan kita. Apabila kita membuat detox, ia akan membantu membersihkan tubuh kita dari toksin yang tidak sihat dan menggantikannya dengan makanan bernutrisi tinggi. Ini yang akan memberi signal kepada minda untuk menginginkan makan yang lebih sihat dan bernutrisi. Akhir nanti kita boleh ucapkan selamat tinggal kepada kafein, gula dan lemak! Dan mulakan dengan makanan yang sihat penuh nutrisi!


5. Memberi tenaga

Tubuh kita ada organ yang berfungsi melakukan detoks dengan sendiri bagi membuang segala toksin, tapi ia memerlukan tenaga yang banyak untuk berfungsi! Jumlah tenaga yang digunakan bergantung kepada jumlah toksin yang diproses olehnya.

Apabila kita kurang tenaga, ia akan mengakibatkan kita rasa cepat letih dan ini merupakan tanda  tubuh banyak toksin. Itu sebab detox penting untuk menyokong organ ini untuk mengeluarkan toksin, agar tubuh kita lebih bertenaga dan stamina untuk melakukan pelbagai perkara yang lebih menyeronokkan setiap hari!


6. Mengurangkan tekanan

Tertekan dan detox juga ada kaitan. Bila badan banyak toksin, ia juga boleh mempengaruhi minda kita. Badan yang penuh toksin tidak akan dapat menyerap nutrien dengan baik maka badan akan berpotensi mengeluarkan hormon Kortisol. Hormon ini akan mengeluarkan signal apa yang berlaku dengan badan kita ni?

Sebaliknya apabila kita dapat mengeluarkan segala toksin ini tadi. hormon kortisol akan lebih bertenang dan tubuh tidak tertekan. Malah, kita juga dapat tidur yang lebih berkualiti dan minda lebih fokus.


7. Menguatkan sistem imun badan 

Badan yang banyak toksin akan menghasilkan lebih banyak radikal bebas (radikal bebas memainkan peranan dalam penyakit jantung, kanser dan penyakit lain). Kesan radikal bebas ini boleh menganggi sistem imun badan dan menyebabkan badan mengalami keradangan.

Itulah pentingnya kita membuat detox untuk meneutrakan radikal bebas dalam badan agar imun badan kita lebih kuat!




8. Tidur lebih lena

Badan yang penuh toksin akan menggganggu keseimbangan sel normal badan dan lebih banyak radikal bebas dihasilkan. Malah hormon tidur juga boleh terganggu dan mendorong kepada masalah insomnia.

Lakukan detox sekarang agar tubuh kita bebas dari toksin. Bila badan bebas toksin, fungsi badan dan corak tidur juga lebih teratur dan badan dapat berehat dengan sebaiknya.



Banyak kebaikan detox yang kita tidak tahu kan? Biasnya bila sebut detox ramai akan mengaitkan dengan kurus. Lepas ini jom kita sama-sama buat detox kerana banyak kebaikan untuk kulit dan badan kita.


Nak buat detox cara Shaklee? Jom kami sedia membantu. Juga ada disedaikan MEAL PLAN yang sesuai untuk program detox ini.









Rujukan:

1. Arsenescu, V., Arsenescu, R. I., King, V., Swanson, H., & Cassis, L. A. (2008). Polychlorinated biphenyl-77 induces adipocyte differentiation and proinflammatory adipokines and promotes obesity and atherosclerosis. Environ Health Perspect , 761-768.
2. Grün , F., & Blumberg, B. (2006). Environmental obesogens: organotins and endocrine disruption via nuclear receptor signaling. Endocrinology, 50-55.
3. Grun, F. (2014). A Theory of How Chemicals Cause Obesity Curr Opin Endocrinol Diabetes Obes. Curr Opin Endocrinol Diabetes Obes, 453-459.
4. Matsumura, F., & Moreno-Aliaga, M. J. (2002). Effects of 1,1,1-trichloro-2,2- bis(p-chlorophenyl)-ethane (p,p’-DDT) on 3T3-L1 and 3T3-F442A adipocyte differentiation. Biochem Pharmacol, 997-1007.
5. Olsen , H., Enan, E., & Matsumura, F. (1998). 2,3,7,8-Tetrachlorodibenzo-p-dioxin mechanism of action to reduce lipoprotein lipase activity in the 3T3-L1 preadipocyte cell line. J Biochem Mol Toxicol, 29-39.
6. Michael Berk, Lana J Williams, Ana C Andreazza, Julie A Pasco, Seetal Dodd, Felice N Jacka, Steven Moylan, Eric J Reiner, Pedro V S Magalhaes. 2014. Pop, heavy metal and the blues: secondary analysis of persistent organic pollutants (POP), heavy metals and depressive symptoms in the NHANES National Epidemiological Survey. BMJ Open.
7. Romilly, E., Hodges , & Minich, D. M. (2015). Modulation of Metabolic Detoxification Pathways Using Foods and Food-Derived Components: A Scientific Review with Clinical Application. Journal of Nutrition and Metabolism, 23.
8. Marth E, E., Jelovcan , S., Kleinhappl , B., Gutschi , A., & Barth, S. (2001). The effect of heavy metals on the immune system at low concentrations. Int J Occup Med Environ Health, 375-86.
9. Reiter J. R., Manchester C. L., Dun-Xian T. 2010. Neurotoxins: Free Radical Mechanisms and Melatonin Protection. Curr Neuropharmacol: 194–210.





Continue Reading

27 September 2019

Benarkah Vivix Shaklee Ada Red Wine?


Vivix memang selalu mencetus kontroversi. Tiap tahun ada saja isu Vivix. Tapi betulkah Vivix ini ada red wine seperti yang dikatakan?




Ok. Mari kita kupas isu Vivix dan red wine/arak.


Apa itu Red Wine? 

Rupanyan baru Gee tahu yang red wine ini adalah anggur bukannya arak. Selama ini Gee sendiri pun ingat red wine tu arak. Yalah, bila tengok drama biasa sebut red wine mesti tunjuk gambar arak. Hihi.

Nak tahu tak red wine atau anggur ini ada banyak jenis. Jika tengok list dia ada 20 jenis anggur red wine yang paling popular. Korang boleh tengok di sini, ada list dan gambar untuk semua jenis red wine >> https://usawineratings.com/en/blog/grapes-3338/the-most-popular-types-of-red-wine-grapes-111.htm



Macam mana pula dengan Anngur Muscadine?

Salah satu bahan botani Vivix ialah anggur muscadine dan ia bukan tergolong dalam anggur jenis red wine tadi. Dan yang menariknya anggur muscadine ini merupakan anggur terbesar dan jarang didapati. Buah dia besar, tebal dan penuh dengan khasiat antioksidan. Itulah yang telah menarik minat para saintis di Shaklee untuk menjadikan anggur muscadine ini tadi dalam bentuk minuman sihat yang tinggi dengan khasiat untuk kesihatan.





Shaklee Malaysia

Yang penting kita semua perlu tahu produk Shaklee yang masuk ke Malaysia adalah sangat istimewa. Tiap produk Shaklee Malaysia kena lulus dulu requirement dari pihak KKM. So, dijamin selamat!



Vivix dikktiraf Halal

Bukan sahaja Vivix tapi poduk Shaklee yang lain yang memasuki ke pasaran Malaysia juga disahkan HALAL okeh ISA. ISA adalah badan halal yang sah di bawah pihak JAKIM.



Vivix adalah semulajdi

Vivix diekstrak dari tumbuhan Anggur Muscadine, ekstrak Knotweed Jepun, ekstrak Lobak Ungu dan Ekstrak Eldeberi Eropah.. Yang penting ia tiada perisa tiruan, pemanis, pewarna atau pengawet. Ia adalah minuman botani yang sedap dan lazat!


Menariknya, Vivix ini telah diuji lebih daripada 16,000 kali untuk tujuan keselamatan dan menjaga kualiti semasa ia dicipta. Hasilnya Vivix adalah minuman terbaik untuk kesihatan!


Apa itu Vivix Shaklee, baca di sini >> Keistimewaan Vivix Shaklee


Soalan lazim Vivix yang ramai suka tanya




Nak lihat testimoni dari pengguna Vivix bolah lihat di sini >> Testimoni Vivix Shaklee



Adakah dapat menjawab persoalan benarkah Vivix ada red wine? Semua sudah jelas kan?? Lepas ini tak perlu ragu lagi tentang Vivix.






Berminat untuk mendapatkan Vivix Shaklee boleh terus menghubungi Gee di 013-5707812.






Continue Reading

25 September 2019

Skincare Youth Shaklee Untuk Jeragat


Testimoni skincare Youth dari Ummi Master Nadiah. 

Ummi Master Nadiah


Menurut Master Nadiah, sejak tahun 2017, kulit Ummi dia mula muncul macam tompok hitam dan tone tak sekata seperti dalam gambar di sebelah kiri atas ni. Walhal sebelum ini kulit Ummi cerah dan tak bermasalah sangat.

Perubahan kulit muka begitu mungkin juga disebabkan ummi ada makan ubat TB, dan juga kesan daripada pemakaian skincare lain. Ada skincare yang ummi dah pakai sampai 30 tahun. Memang sungguh setia dan konsisten sungguh Ummi Master Nadiah ni kan?? hihi

Pada tahun 2018 yang lepas, Master Nadiah menghadiahkan Youth Skincare yang baru sahaja dilancarkan di Malaysia. Sejak dari itu, ummi mula pakai setiap hari skincare Youth dengan konsisten.

Full set untuk rangkaian skincare Youth


Ada juga cabaran masa mula-mula guna skicnare Youth ni sebab inilah skincare baru ummi  master nadiah guna selepas guna skincare lama tu. 

Lagipun Youth ni memang 100% semulajadi berasaskan tumbuhan, buat R&D selama 8 tahun dan bebas 1500 bahan kimia bahaya, jadi akan mengambil masa juga kesan dia. Tapi Master Nadiah tetap pastikan ummi beliau rajin guna setiap hari.



Apatah lagi untuk kulit macam ada jeragat di muka ummi tu kan? Jeragat seperti kita tau memang akan mengambil masa.

Berkat ummi yang setia guna skincare ni setiap hari, akhirnya dapat kesan yang berbaloi. Jauh juga beza nampak kulit ummi Master Nadiah kan?



Ummi mula guna Youth skincare ni bermula dari bulan March 2018 hinggalah sekarang tetap juga setia guna Youth. Kulit ummi nampak jelas lebih sekata dan cerah 🥰.


Best kan?? Lambat tapi kesan dia memang menjadi untuk kulit jeragat! 









Berminat untuk mendapatkan produk YOUTH yang organik dan selamat ini? Anda boleh menghubungi saya terus di sini;

Rakan Shaklee Anda,
Nurzhiana bt Mohd Yunus (Gee)
SMS/WhatsApp :+60135707812
FB Page: 
Ziana Enos Dot Com
Personal FB : 
Ziana Eunos
Instagram: 
@zianaeunos.co




Saya ialah Gee yang juga merupakan pengedar aktif Shaklee yang jujur dan amanah sejak 2015, serta berusaha untuk membantu meningkatkan kesihatan anda. Hubungi saya terus agar saya boleh bantu anda dan keluarga anda untuk hidup lebih sihat. Saya juga akan menyediakan jadual pengambilan vitamin yang betul dan konsultasi percuma berkaitan produk Shaklee yang sesuai untuk anda KHAS untuk CUSTOMERS saya sahaja!


NAK JADI PENGEDAR SHAKLEE?
Berminat nak menjadi pengedar Shaklee dan mendapat bonus tunai serta banyak manfaat lain? Jom sertai team business kami, VICTORY EMPIRE TEAM yang mempunyai ahli aktif, kelas online percuma dengan masa yang fleksibel.




Continue Reading

24 September 2019

Soalan Lazim Mengenai Vivix


Makin hari makin ramai yang berminat dengan Vivix dari Shaklee ini. Untuk lebih mudah saya kongsikan semua persoalan lazim pasal Vivix yang ramai nak tahu.




Ada 14 persoalan Vivix semuanya. Jom kita lihat dan baca satu persatu. Soalan ini memang biasa ramai customer tanya pada saya juga.




















Itulah dia semua soalan lazim berkenaan Vivix yang ramai tanya atau nak tahu. Macam mana? Best kan Vivix ni?? Lain daripada yang lain.


Nak baca lagi info Vivix?

Nak lihat testimoni Vivix?





Sekiranya anda ada persoalan dan nak tahu lanjut tentang Vivix anda boleh terus menghubungi saya.






Continue Reading

Sijil Halal Shaklee 2019


Dah hampir hujung tahun baru nak share sijil halal Shaklee untuk tahun 2019. Lambat asalkan ada kongsikan kat semua orang :)

Untuk makluman kita semua, setiap tahun pihak Shaklee Malaysia akan update sijil halal. Ini menunjukkan Shaklee sangat komited dan mementingkan kualiti produk dia.



Bagi produk Shaklee Malaysia, pihak Shaklee memang buat khas dan lain daripada Shaklee di negara lain. Setakat ini Shaklee Malaysia diiktiraf HALAL.




Produk Shaklee Malaysia diiktiraf HALAL oleh ISA, sebuah badan Islam yang diiktiraf JAKIM. 

Boleh lihat di sini, badan diiktiraf halal oleh JAKIM.


Lepas ini kita tak perlu risau lagi dengan produk Shaklee.



Continue Reading

23 September 2019

Kelebihan Serum Youth Shaklee


Kalini Gee nak review dan kongsikan kelebihan serum Youth dari Shaklee. Apa yang menarik pasal SERUM YOUTH ini semua.

Youth Activating Serum

Gee juga pertama kali guna serum. Kiranya serum dari Youth ni yang first Gee gunalah. Ok jom kita tengok apa dia kelebihan yang ada pada serum dari Shaklee ini.


Apa itu serum?
Dalam rangkaian skincare, serum adalah item yang paling terbaik sekali dan ia juga mengandungi bahan aktif yang paling tinggi. Ia merupakan cecair ringan dan cepat menyerap. Ia berfungsi sebagai sistem penghantaran yang direka untuk menembusi jauh ke dalam kulit bagi memberikan nutrien yang bermanfaat kepada kulit.

Sebab itulah serum terkenal sebagai booster atau stimulasi regenerasi kulit untuk mempersiapkan kulit untuk tahap rawatan yang berikutnya. 


Kenapa kita perlu guna serum?
Serum sangat penting untuk memperbaiki tekstur kulit, memberikan kelembapan dan perlindungan pada kulit. Serum lebih cepat meresap dan mampu bertindak lebih jauh ke dalam kulit berbanding item skincare yang lain.


Info Produk
Youth Activating Serum
Brand: YOUTH (Shaklee)
Saiz: 30 ml
Tahan lama: Ikut penggunaan Gee tahan dalam 4-5 bulan (ikut penggunaan masing2)


Mengandungi 10 kali ganda kepekatan YOUTH Complex yang dalam proses paten, Youth Activating Serum semestinya produk yang diperlukan dalam koleksi YOUTH™.


Fungsi Serum Youth 
  • Menyokong pengeluaran kolagen dan memperbaharui di peringkat sel.
  • Mempercepat pembaharuan sel kulit kepada tahap yang lebih muda.
  • Membantu kulit supaya berkelakuan lebih muda untuk mencapai keremajaan dan keserian terunggul.
  • Memperbaiki kulit yang rosak dan bermasalah.
  • Sesuai untuk semua jenis kulit.

Tekstur dan bau
Ia berwarna krim, tekstur yang ringan bagi Gee dan bau dia macam bau herba tapi bukan wangi tau. Herba semulajadi. Bila sapu serum youth ini kat kulit muka dia cepat sangat meresap pada kulit. Juga tak membuatkan kulit berminyak.


Bahan-bahan Utama dalam serum Youth:
  • Vital Repair+ Complex - nutrien anti oksida dan vitamin penting melindungi kulit dan meggalakkan tumbesaran sel sihat.
  • Muscadine grape - mengandungi polifenol untuk melindungi dan membaiki DNA sambil menghalang kolagen & elastin dari rosak.
  • Lotus Japonicus - menjana semula sel kulit untuk menghasilkan lebih kolagen, elastin dan fibrilin. 
  • Schisandra Chinensis - menyokong struktur kulit muda dan menyuburkan kulit.
  • Vitamin A Berkapsul - mengurangkan kulit daripada kerosakan UV, mengurangkan kedutan, melambatkan penuaan, menyekatakan tona kulit, menggalak pengeluaran & pertumbuhan sel yang sihat.
  • Semua produk YOUTH adalah non-comedogenic iaitu tak menyumbatkan pori.
  • Hypoallergenic, tidak menyebabkan alahan pada kulit.

Baca juga: 13 Kelebihan Youth


Cara menggunakan Serum Youth Activating 
Tiada penutup hanya putarkan dan pamkan 1 kali penggunaan sahaja di jari dan kemudian sapu ke seluruh wajah. Urut dari bawah ke atas menggunakan jari secara lembut. Gunakan serum selepas menyapu toner muka, Youth Perfecting Skin Toner.

Pam sekali untuk sekali guna. Senang!

Cara menyimpan serum Youth 
Simpan di tempat yang sejuk, kering dan jauh dari sinaran matahari untuk mengekalkan kualiti, kesegaran dan keberkesanan serum selama yang mungkin.


Pro 
Sangat best. Sangat berkesan! Tak membuatkan kulit kita kering, cepat meresap ke kulit, dan tak berminyak.


Cons
Harga mahal ya. Tapi nak harga lagi murah dan jimat tak? Boleh join ahli untuk makan sendiri macam Gee, dapat diskaun 15-25% lebih murah! Serius tau jauh sangat beza harga runcit dan harga ahli ni, Berbaloi beli!


  • Nak tengok Testimoni pengguna YOUTH boleh lihat sini.



Recommend?
YA! Gee rekomen korang semua untuk cuba YOUTH Activating Serum dari Shaklee ini. Sangat best guna dia!

NUYOU best serum tu!! Like sangat :)



Bagaimana nak dapatkan?
Hubungi Gee terus ke 013-5707812 atau klik Di sini untuk whatsapp Gee.





Continue Reading

21 September 2019

Kesan Jerebu Kepada Kulit dan Cara Mengatasinya


Haze, haze, go away. Never come again another day. Macam best pulak jadi lagu. Tapi tak semudah itu untuk jerebu hilang dan ia mungkin mengambil masa.



Jerebu bukan sahaja memberi kesan kepada kesihata tapi ia juga memberi kesan kepada kulit kita. Seperti yang kita sedia tahu udara masa jerebu ini adalah bertoksik, kotor dan tidak sihat. Kulit merupakan anggota badan yang terdedah kepada jerebu. 


Persoalannya bagaimana jerebu memberi kesan kepada kulit kita?

Pertama, sebabkan udara jerebu yang tercemar, kulit menjadi gatal-gatal, kasar, kering, kemerahan dan juga naik jerawat. Malah, yang memiliki kulit yang sihat juga turut sama terkesan kerana kualiti udara yang telah tercemar.

Kedua, jerebu juga adalah radikal bebas, dan radikal bebas ini antara punca yang menyebabkan penuaan kulit pramatang. 

Ketiga, masih terdapat sinar UV semasa jerebu dan lebih berbahaya sebabnya asap memerangkap lapisan UB di atmosfera. 


Bagaimana cara untuk mengtasi dan melindungi kulit masa jerebu? 

1- Minum banyak air
Semasa jerebu kita disarankan untuk meminum lebih banyak air untuk menghidratkan semula kulit dan badan. Air juga penting untuk mengeluarkan toksin dari badan. Bila badan cukup air, ia boleh menguatkan semula sistem imun badan dan melawan keradangan pada kulit.


2- Bersihkan kulit dengan betul
Selain membersihkan badan, membersihkan muka dengan pencuci muka yang sesuai juga penting. Tapi sebelum membersihkan muka dengan pencuci muka, bersihkan terlebih dahulu dengan 'makeup remover' atau 'oil cleansing' yang sesuai. 


3- Guna skrub
Penggunaan skrub selepas mencuci muka juga sangat penting. Ia ibarat membersihkan muka untuk kali kedua agar muka dan liang dicuci dengan sebersihnya. Skrub penting untuk membersihkan dan membuang sel kulit mati atau partikel halus akibat jerebu yang tersumbat di dalam liang pori kita.

Jika tak suka guna skrub, boleh juga menggunakan Youth Perfecting Skin Toner. Toner ini khas untuk membuang sel kulit mati dan kotoran. 


4- Guna sunscreen
Penggunaan sunscreen sangat penting terutama waktu jerebu. Sebabnya sinar UV dan asap serta udara yang tercemar ini boleh merosakkan kulit. Jadi, setiap kali keluar rumah gunakan sunscreen untuk melindungi kulit.

Untuk cuaca di Malaysia,sebaiknya kita menggunakan sunscreen dengan SPF tinggi antara 30-50. Age Defense Moisturizer dengan SPF 50 sesuai dengan cuaca di Malaysia dan berupaya melindungi kulit kita dari sinar UVA dan UVB. 


5- Guna pelembap atau moisturizer
Jerebu dengan cuaca panas yang kering boleh menyebabkan kulit semakin kering. Kita boleh menggunakan pelembap untuk mengelak kulit kering dan kuli terhidrat.

Pelembap khas untuk melegakan kulit yang tidak cukup air dan diganti dengan penghidratan mendalam, Moisture Lock Day Cream dari YOUTH. 


6- Detox kulit
Pernah dengar detox kulit? Maksudnya kita membuang toksin supaya kulit lebih bersih. Salah satu cara untuk detox kulit ialah menggunakan clay mask. 

Clay mask berfungsi untuk menyahtoksin kulit, menyerap dan menyingkirkan bahan kotoran, pencemar (sangat sesuai musim jerebu udara kotor) dan sebum, dan menyingkirkan sel kulit mati dan membantu pertumbuhan semula sel kulit agar lebih sihat.


Jerebu boleh memberi kesan kepada kulit sama seperti jerebu menjejaskan kesihatan. Sebab itu penting untuk kita menjaga diri sebaiknya pada fasa jerebu ini.



Baca juga;

Kesan jerebu kepada manusia

12 Langkah berjaga masa jerebu






Continue Reading

20 September 2019

Kesan Jerebu Kepada Kesihatan Manusia


Hampir setiap tahun negara kita dilanda masalah jerebu. Apa yang membimbangkan jerebu banyak memberi kesan langsung kepada kesihatan manusia.



Kualiti udara semasa jerebu yang sangat tidak sihat memberi impak negatif kepada kesihatan. Semasa berlakunya jerebu, kita boleh melihat status kualiti udara berpandukan Indeks Pencemaran Udara atau IPU.

Semakin tinggi IPU, semakin tinggi dan berbahaya kepada manusia. IPU bermula 101 adalah tanda mulanya udara pada paras tidak sihat dan jika IPU melepasi 300 adalah sangat-sangat tidak sihat dan berbahaya kepada kesihatan semua orang.

Udara yang tercemar mengandungi banyak toksik yang berbahaya kepada kesihatan. Bila kita terdedah kepada udara yang tercemar, ia boleh masuk melalui saluran pernafasan dan kulit kita. Yang paling bahaya boleh masuk ke saluran darah. Akhirnya tahap kesihatan dan sistem pertahanan badan terjejas.


Antara kesan-kesan jerebu kepada kesihatan manusia yang sering berlaku ialah:
  • Gatal tekak dan kerongkong yang akhirnya boleh menjadi batuk
  • Kerap bersin dan hidung lebih banyak berair 
  • Mudah mendapat selsema. Jika dibiarkan boleh terus demam.
  • Rasa sakit dada
  • Rasa sesak nafas
  • Mata gatal dan kering serta kemerahan
  • Kulit gatal terutama yang ada alergik kulit dan ekzema
  • Radang paru-paru
  • Mendapat serangan jantung atau penyakit berkaitan jantung
  • Asma

Apa yang lebih membimbangkan, paling ketara apabila jerebu jumlah pesakit asma dan mata makin meningkat.

Menurut Dr Nor Fariza Ngah, Ketua Perkhidmatan Oftalmologi Kementerian Kesihatan, pesakit yang mendapatkan rawatan mata di klinik mata lerajaan menunjukkan peningkatkan sebanyak 20 hingga 30 peratus semasa jerebu (sumber berita harian, 12 September 2019).

Begitu juga dengan pesakit asma juga berlaku peningkatan sebanyak 15.8 peratus menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah dalam laporan utusan bertarikh 19 September 2019.

Penyakit asma dan mata ada meningkat masa jerebu ni


Golongan kanak-kanak juga lebih berisiko apabila jerebu melanda disebabkan mereka dalam proses membesar, kadar denyutan jantung yang lebih laju dan jantung kanak-kanak juga sedang berkembang / dalam proses membesar. Begitu juga dengan warga tua turut berisiko terutama yang ada masalah kesihatan dan sistem imun badan yang lemah.



Sebaiknya kita semua berhati-hati dan lebih mengutamakan kesihatan semasa jerebu. Ini kerana jerebu bukan sahaja memberi kesan buruk kepada kesihatan malah boleh menganggu pekerjaan dan rutin harian kita.


Jagalah kesihatan dengan sebaiknya.




Continue Reading

19 September 2019

Cara Elak Kencing Kotor Dengan Berkesan


Cara untuk mengelak kencing kotor dengan berkesan terutama untuk wanita.




Apa yang patut kita buat untuk mencegah, menghilangkan dan merawat kencing kotor ?

1. Sentiasa membersihkan dan mengeringkan bahagian kemaluan dengan air bersih.

2. Sebaiknya elak pengunaan sabun, gel dan sebagainya. Cukup hanya menggunakan air suam yang bersih bagi mencuci bahagian luar faraj, atau menggunakan pembersih peribadi khas yang mempunyai pH 3.8 - 4.2.

3. Membersihkan dubur dan bahagian kemaluan dari depan ke belakang setiap kali selepas kita membuang air.

4. Rajinkan diri meminum air yang banyak supaya kuman dapat dikumbah dari sistem saluran kencing.

5. Mengosongkan pundi kencing setiap dua hingga tiga jam. Jangan cuba untuk menahan aktiviti kencing. Jika rasa nak kencing terus buang.

6. Bagi pasangan yang berkahwin, mengamalkan membuang air kecil sebelum dan selepas melakukan hubungan kelamin.

7. Memakai seluar dalam berkapas yang dapat menyerap lembapan.

8. Bagi wanita, rajinkan diri untuk menukar tuala wanita dengan kerap semasa waktu haid. Cuba tukar dalam 4-5 jam sekali.

9. Sebaiknya elakkan memakai seluar jeans denim yang ketat.


Moga bermanfaat buat semua terutama yang wanita.




Kredit info; Dr Zubaidi


Continue Reading

18 September 2019

Kongsi Ilmu Juga Sedekah


Gee ada terbaca bila kita berkongsi ilmu juga satu sedekah.



Jadi Gee dah decide nak berkongsi. Benda baik kena share kan.. Kalau dulu macam kedekut jugak Gee nak share ni😂 . Tu Gee yang dulu lah.

Tapi sekarang ni kita ubah jadi lebih baik. Benda baik kena share sama dengan orang lain.

Jadinya, Gee berkongsi dengan geng #Viktoria dan my team Shaklee Gee sendiri iaitu #VictoryEmpire .

Untuk geng Shaklee Viktoria, Gee share tips nak mudah konsisten sharing & posting di media sosial setiap hari.

Untuk my team Victory Empire pula, Gee share tips pasal instagram. Proven result macam mana nak naikkan sales, bagi ramai orang pm & naikkan followers & view ig kita.


Sharing di grup whatsapp Viktoria dan Victory Empire team

Rasa seronok dapat bantu orang hihi


Gee kongsi ni semua sebab Gee sendiri ada buat dan cuba dan rasa efek dia. Dan berkesan. Tu sebab Gee nak ahli grup Viktoria dan anak bisnes Gee sama-sama dapat.


Moga dapat manfaat semua. Dah dapat tips baru kena bertindak terus baru ada hasil. So jom kita mula sekarang! Tak boleh tangguh-tangguh, Nak berjaya kena pantas bertindak!


Nak jadi my bisnes partner?
Nak buat bisnes?

Saya bantu sampai jadi!
Jom kita bangkit berniaga!





NAK JADI PENGEDAR SHAKLEE?
Berminat nak menjadi pengedar Shaklee dan mendapat bonus tunai serta banyak manfaat lain? Jom sertai team business kami, VICTORY EMPIRE TEAM yang mempunyai ahli aktif, kelas online percuma dengan masa yang fleksibel.


Rakan Shaklee Anda,
Nurzhiana bt Mohd Yunus (Gee)
SMS/WhatsApp :+60135707812
FB Page: 
Ziana Enos Dot Com
Personal FB : 
Ziana Eunos
Instagram: 
@zianaeunos.co


Saya ialah Gee yang juga merupakan pengedar aktif Shaklee yang jujur dan amanah sejak 2015, serta berusaha untuk membantu meningkatkan kesihatan anda. Hubungi saya terus agar saya boleh bantu anda dan keluarga anda untuk hidup lebih sihat. Saya juga akan menyediakan jadual pengambilan vitamin yang betul dan konsultasi percuma berkaitan produk Shaklee yang sesuai untuk anda KHAS untuk CUSTOMERS saya sahaja!




Continue Reading

17 September 2019

10 Kebaikan Vitamin C Yang Ramai Terlepas Pandang


Vitamin C sangat femes untuk kulit. Tapi sebenarnya ada banyak lagi kebaikan lain Vitamin C.

Kat sini saya kongsikan kebaikan lain Vitamin C untuk kesihatan yang mungkin ramai terlepas pandang atau tak tahu.























Banyak juga kebaikan Vitamin C ini kan? Sudahkan anda mengambil Vitamin C harini? Jika belum ambillah sekarang juga!


Macam saya sendiri sekarang ada mengambil supplement Vitamin C, Sustained Release Vitamin C Plus.


Vitamin C yg saya amik sejak 2015



Continue Reading

15 September 2019

8 Peranan Tadika / Taska Dalam Mencegah Penyakit HFMD


Apa pula peranan pihak tadika atau taska dalam usaha mencegah penyakit HFMD?



Dah baca peranan ibu bapa mencegah hfmd?


Ketahui 8 peranan pihak tadika dan taska untuk mencegah HFMD

1- Mengamalkan 'Gate Keeping' iaitu memeriksa tangan, mulut dan kaki sebelum anak-anak murid masuk setiap hari. Dan jika ada tanda HFMD, piak tadika/taska boleh memaklumkan ibubapa untuk membawa anak-anak pulang segera dan terus membawa mereka ke klinik atau hospital untuk rawatan.

Dan kanak-kanak hanya akan dibenarkan kembali ke selepas ruam sembuh dan telah sihat sepenuhnya dari tanda-tanda HFMD.

2- Membuat pemeriksaan kelas dan mencuci semua alat permainan, susu, cawan dan pinggan dengan bersih setiap hari.

3- Menasihati ibu bapa untuk memeriksa anak-anak mereka sebelum menghantar ke tadika/taska.

4- Elakkan kanak-kanak berkongsi menggunakan alat permainan, cawan, pinggan, dan sudu.

5- Mengajar kanak-kanak agar menutup mulut dan hidung apabila batuk atau bersin.

6- Pihak tadika/taska hendaklah menyediakan pencuci tangan untuk kegunaan staf dan kanak-kanak di setiap bilik kelas dan tandas.

7- Melatih kanak-kanak agar kerap mencuci tangan dengan bersih. Sebaiknya rajin mencuci tangan tangan sebelum memegang kanak-kanak, sebelum dan selepas makan, selepas ke tandas dan selepas bermain di taman permainan.

8- Jika ada  kejadian atau penyakit HFMD, pihak tadika / taska boleh membuat laporan segera kepada Pejabat Kesihatan yang berdekatan.



Kerjasama dari semua pihak sangat penting dalam usaha menangani HFMD.

Dah tau apa itu HFMD?





Continue Reading

13 September 2019

Cara Menjaga Kesihatan Musim Jerebu


Apabila tiba musim jerebu adalah penting untuk kita menjaga kesihatan di tahap yang terbaik.

Sebab apa?



Jerebu berlaku apabila ada banyak partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar kita dan terapung-apung di udara. Partikel-partikel ini mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia. Partikel ini yang berbahaya kepada kita manusia kerana ia mengandungi pelbagai bahan toksik yang berbahaya untuk kesihatan.

Sebaiknya musim jerebu ini hadkan aktiviti luar.

Berikut saya senaraikan tanda-tanda apabila kita terdedah kepada keadaan luar yang berjerebu pada waktu yang lama atau bila indeks udara berada pada paras tidak sihat,
  • Gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
  • Sukar untuk bernafas atau pun rasa sesak nafas.
  • Mata pedih, jadi merah dan berair.
  • Hidung berair dan selalu bersin.
  • Kulit badan jadi gatal-gatal.
  • Rasa sakit dada.
  • Sakit perut atau cirit-birit akibat makanan atau minuman terdedah kepada jerebu.
  • Badan rasa letih dan lenguh.
  • Pening kepala.

Tanda atau gejala ini dapat dikurangkan atau dielakkan jika kita dapat menjaga kesihatan diri dengan baik pada musim jerebu. Paling baik adalah berada di dalam rumah atau bangunan.

Baca juga; Tip / langkah musim jerebu


Cara Menjaga Kesihatan Musim Jerebu dengan Shaklee

Waktu jerebu ini adalah waktu paling penting untuk kita memastikan sistem pertahanan badan berada pada tahap yang terbaik dan optimum.


Cadangan suplemen Shaklee untuk mengekalkan kesihatan waktu jerebu;




Vivix : membantu mengekalkan tahap kesihatan terbaik pada waktu jerebu.

Nutriferon : trigger faktor imun badan apabila diserang penyakit.

Vitamin C Sustained Release : meningkatkan sistem imun badan melawan penyakit yang biasa melanda masa jerebu seperti demam, selsema, bersin, dan batuk-batuk. 

Chewable C Plus - vitamin C boleh kunyah yang sesuai untuk kanak-kanak dan yang sukar telan tablet.

Garlic Complex : Sumber antibiotik semulajadi. Sangat bagus untuk mencegah atau membantu batuk cepat baik masa jerebu.

Performance Drink : Air isotonik yang bagus untuk menghidrat badan, mengelak rasa lesu dan letih akibat kekurangan air semasa jerebu. Sesuai diminum satu keluarga termasuk ibu hamil.

Omega Guard : Membantu meningkatkan kesihatan sistem pernafasan (dan paru-paru) dan imun tubuh. Terbaik untuk mereka yang ada mengidap asma, kulit gatal-gatal, eczema dan batuk. 



Jagalah kesihatan sebaiknya waktu jerebu ini. Jangan jadi mangsa jerebu. Bahayanya udara masa jerebu kerana ada banyak pertikel yang tidak baik untuk badan kita dan ia boleh masuk terus ke salur pernafasan dan jantung kita!




Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee yang organik dan selamat ini? Anda boleh menghubungi saya terus di sini;

Rakan Shaklee Anda,
Nurzhiana bt Mohd Yunus (Gee)
SMS/WhatsApp :+60135707812
FB Page: 
Ziana Enos Dot Com
Personal FB : 
Ziana Eunos
Instagram: 
@zianaeunos.co


Saya ialah Gee yang juga merupakan pengedar aktif Shaklee yang jujur dan amanah sejak 2015, serta berusaha untuk membantu meningkatkan kesihatan anda. Hubungi saya terus agar saya boleh bantu anda dan keluarga anda untuk hidup lebih sihat. Saya juga akan menyediakan jadual pengambilan vitamin yang betul dan konsultasi percuma berkaitan produk Shaklee yang sesuai untuk anda KHAS untuk CUSTOMERS saya sahaja!


NAK JADI PENGEDAR SHAKLEE?
Berminat nak menjadi pengedar Shaklee dan mendapat bonus tunai serta banyak manfaat lain? Jom sertai team business kami, VICTORY EMPIRE TEAM yang mempunyai ahli aktif, kelas online percuma dengan masa yang fleksibel.



Continue Reading

12 September 2019

8 Peranan Ibu Bapa Mencegah HFMD


Ibu bapa berperanan penting untuk mencegah hfmd dari awal.



Apa itu HFMD? Baca di sini Penyakit HFMD

Apa peranan para ibu bapa dalam usaha mencegah HFMD dari awal?

1. Mandi dan tukar baji atau pakaian selepas pulang dari tempat kerja atau dari luar sebelumbermesra dengan anak atau bayi di rumah.

2. Sentiasa mencuci tangan dan sabun dengan air bersih sebagai amalan sebelum balik dari kerja, sebelum dan selepas makan dan juga selepas ke tandas.

3. Menasihati anak-anak supaya tidak berkongsi alat permainan, sudu, cawan, pinggan semasa waktu makan. Juga tidak berkongsi tuala mandi dan berus gigi.

4. Mengajar anak-anak supaya menutup mulut dan hidung apabila batuk atau bersin.

5. Mengelap lelehan dari mulut dan hidung menggunakan tisu. Kemudian membuang tisu dengan betul.

6. Tidak membawa anak-anak keluar atau ke tempat yang sesak seperti pusat membeli-belah, pawagam, pasar, kolam renang dan taman permainan.

7. Sentiasa menyediakan pencuci tangan seperti sabun cecair dan tisu di rumah.

8. Rajin membersih kawasan rumah agar sentiasa bersih.


Dan sekiranya ada anak yang ada tanda-tanda awal mendapat HFMD, ibu bapa perlu mengasingkan anak. Kemudian membawanya ke klinik atau hospital dalam kadar segera .




- sumber rujukan: KKM-



Continue Reading

09 September 2019

12 Tips Dan Langkah Berjaga-jaga Musim Jerebu


Jerebu sudah melanda negara kita lagi. Kalini jerebu datang bulan September pulak. Tapi negara kita memang tiap tahun akan ada jerebu kan?

gambar: kosmo


Bawah ini adalah bacaan terkini IPU ikut tempat.



Apakah tips dan langkah berjaga yang kita perlu buat bila tiba musim jerebu?

1- Kita perlu peka dengan laporan terkini Indeks Pencemaran Udara (IPU).

2- Sentiasa berada di dalam bangunan.

3- Mengurangkan aktiviti lasak di luar rumah.

4- Kerap membasuh tangan, muka dan mandi bagi membersihkan bahagian yang terdedah kepada jerebu.

5- Minum banyak air kosong sekurangnya 2 liter sehari untuk tujuan menyingkir keluar toksin yang diserap melalui kulit dan pary-paru kita.

6- Bila menggunakan kenderaan, tutup tingkap rapat dan gunakan alat penghawa dingin.

7- Kurangkan minum air berkafein, bergas dan beralkohol bagi mengelak kehilangan cecair dan nutrien keluar dari badan.

8- Cuci baju yang terdedah kepada jerebu dan sebaiknya tak menyidai baju di luar rumah.

9- Banyak makan buah yang ada vitamin C, vitamin E dan Omega 3. Ini untuk membantu menguatkan imun badan. Untuk cadangan supplement boleh ambil set imun booster iaitu Vitamin C, Nutriferon, Chewable C, Omega dan Meal Shakes untuk kanak-kanak.

10- Pakai topeng/mask untuk jerebu. Contohnya mask N95.

11- Bagi yang ada penyakit batuk, selsema, asma, sakit mata dan jangkitan paru-paru, jika makin teruk sebaiknya segera berjumpa doktor.

12- Berhenti merokok kerana boleh menyumbang kepada pencemaran udara dan boleh membahayakan kesihatan perokok juga.



Berhati-hati di musim jerebu. Jagalah kesihatan diri dan kurangkan aktiviti luar.


Dah baca?

Kesan jerebu kepada kesihatan manusia

Kesan jerebu kepada kulit




Continue Reading