6 Sebab Kita Mudah Jatuh Sakit


Ada orang mudah sangat jatuh sakit. Dah sihat, tak lama lepas tu jatuh sakit lagi.



Nak tau tak kenapa jadi begitu?

Ada 6 sebab yang membuatkan kita mudah jatuh sakit.

1-Kerap Tidur Lewat
Bila kurang tidur boleh menyebabkan kita mudah sakit sebabnya imun badan kita terjejas sama. Badan kurang menghasilkan sitokin iaitu sejenis protein yang boleh melawan jangkitan kuman. Dan sitokin ini hanya keluar waktu tidur malam.

Menurut kajian, mereka yang kurang tidur lebih mudah jatuh sakit apabila terdedah kepada virus dan mungkin mengambil masa lebih lama untuk pulih.


2- Suka Makanan Manis
Orang yang suka makanan manis berisiko mudah jatuh sakit. Sebabnya bila gula diambila secara berlebihan ia boleh menganggu fungsi sel-sel imun melawan bakteria.

Paras gula darah yang tinggi ini tadi akan memberi tekanan kepada badan dan kesannya sel-sel imun badan jadi "koma". Dan kesan ini boleh berlarutan beberapa jam selepas kita mengambil beberapa jenis minuman dan makanan manis.


3- Ulser Mulut
Ada yang selalu kena ulser mulut? Tau tak jika kerap ulser mulut tu sebenarnya tanda badan kurang vitamin mineral dan secara tak langsung ia melemahkan sistem imun badan kita. Lepas ni jika ada kena ulser mulut tu signal badan ada kurang nutrien lah tu!


4- Kerja Syif Malam 
Kerja waktu malam juga punca mudah jatuh sakit. Menurut penyelidik di Institut Kesihatan Mental Douglas University dan McGill University, bekerja pada waktu malam boleh menjejaskan keupayaan jam biologi badan kita untuk mengawal tindak balas imun badan.

Bila jam biologi badan terganggu kesannya boleh membawa kepada masalah kesihatan lain untuk jangka waktu panjang. Jadi lepasni kita kena jaga waktu tidur ok. Jagalah kesihatan dengan sebaiknya.


5- Kerap Mengembara 
Mengembara juga boleh jatuh sakit? Macam mana?

Bila mengembara kita akan berada di dalam "flight" atau tempat tertutup lebih lama, bernafas dalam udara yang sama dan terdedah kepada kuman dari jarak yang lebih dekat. Ditambah lagi kesan "jet lag" dan rasa letih boleh menghentikan "gen" yang berkait dengan sistem imun badan kita.

Jadi tak boleh mengembara? Boleh saja tapi kita boleh siap sediakan diri dengan kuatkan sistem imun badan selalu.


6- Mereka yang Berjiwa Muda
Bila umur makin meningkat, sel-sel imun badan menjadi kurang aktif dan bertindak lebih lambat bila ada serangan. Kesannya badan mudah terdedah kepada penyakit, jangkitan dan akan mengambil masa lebih lama juga untuk sembuh.



Jadi, kita kena sentiasa menjaga aktiviti harian dan kuatkan pertahan badan / imun badan supaya tak mudah jatuh sakit.





Post a Comment

4 Comments

  1. Risaukan sekarang macam2 penyakit ada. Kena banyak makan vitamin c untuk kuatkan sistem imun badan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya skrg mcm2 penyakit ada. Mkn vit c utk boost imun bdn

      Delete
  2. 7. Tidak menjaga kebersihan diri dan persekitaran

    ReplyDelete