19 September 2019

Cara Elak Kencing Kotor Dengan Berkesan


Cara untuk mengelak kencing kotor dengan berkesan terutama untuk wanita.




Apa yang patut kita buat untuk mencegah, menghilangkan dan merawat kencing kotor ?

1. Sentiasa membersihkan dan mengeringkan bahagian kemaluan dengan air bersih.

2. Sebaiknya elak pengunaan sabun, gel dan sebagainya. Cukup hanya menggunakan air suam yang bersih bagi mencuci bahagian luar faraj, atau menggunakan pembersih peribadi khas yang mempunyai pH 3.8 - 4.2.

3. Membersihkan dubur dan bahagian kemaluan dari depan ke belakang setiap kali selepas kita membuang air.

4. Rajinkan diri meminum air yang banyak supaya kuman dapat dikumbah dari sistem saluran kencing.

5. Mengosongkan pundi kencing setiap dua hingga tiga jam. Jangan cuba untuk menahan aktiviti kencing. Jika rasa nak kencing terus buang.

6. Bagi pasangan yang berkahwin, mengamalkan membuang air kecil sebelum dan selepas melakukan hubungan kelamin.

7. Memakai seluar dalam berkapas yang dapat menyerap lembapan.

8. Bagi wanita, rajinkan diri untuk menukar tuala wanita dengan kerap semasa waktu haid. Cuba tukar dalam 4-5 jam sekali.

9. Sebaiknya elakkan memakai seluar jeans denim yang ketat.


Moga bermanfaat buat semua terutama yang wanita.




Kredit info; Dr Zubaidi


5 comments:

  1. nombor 3 tu paling susah kalau dekat toilet yang guna bidet kat mangkuk tandas tanpa ada pili air yang lain...entah ape2 la.....mudahkan jadi penyakit aje!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg ni betul.. x best kan? tu selalu cek dulu tandas mcm mana

      Delete
  2. Good info kak . . . saya setuju dengan sunah sakura , kalau pergi mall memang susah la nak cari toilet yang ada pili air . Toilet dah la kotor and then kita pulak susah nak cuci . hmmm . . saya wajib bawak tisu dalam handbeg setiap kali pergi mana-mana .

    ReplyDelete