Tahu tak setiap hari badan kita terdedah lebih daripada 200 toksin. Bayangkan jika kita tak pernah buat detox untuk membuang toksin dari badan, sudah berapa banyak toksin tersimpan dalam badan kita?
Toksin terkumpul di dalam sistem tubuh badan kita setiap kali kita bernafas, bersenam, makan dan minum. Dan toksin ini terkumpul lebih pantas dari tempoh pembuangan yang dilakukan oleh tubuh badan kita. Ngeri kan? Itu sebabnya kita perlu buat detox untuk membuang toksin keluar dari dalam badan.
Bagaimanan nak buang toksin keluar dari badan?
Sebenarnya badan kita memang berfungsi sendiri dan ada sistem badan yang bertugas untuk menyingkir keluar toksin. Toksin ini akan keluar dari badan kita melalui air kencing, najis, peluh dan sebagainya.
Tapi proses menyingkir dan membuang toskin ini boleh terganggu bila badan sudah banyak mengumpul toksin dan organ perkumuhan badan tidak dapat berfungsi dengan baik. Itu sebabnya kita perlu buat sesuatu untuk memastikan badan dapat berfungsi dengan baik bagi mengeluarkan toksin.
Supplemen untuk membuang toksin keluar dari badan
Perlu ke amik supplemen detox?
Supplemen ini bertujuan untuk membantu organ detox atau sistem perkumuhan badan kita dapat berfungsi dengan baik supaya toksin dapat dibuang setiap hari. Ia umpama membantu sel, organ dan sistem badan kita agar dapat bertugas dengan lebih berkesan untuk menyingkirkan toksin dari badan.
Set Detoks Shaklee adalah gabungan perlbagai jenis herba dan nutrien semula jadi yang lain untuk menyokong proses detoksifikasi semula jadi tubuh badan kita. Ada 5 supplemen penting dalam set detox Shaklee ini untuk membantu badan membuang toksin secara semulajadi.
1- Alfalfa Complex
Alfafa kaya dengan pelbagai jenis vitamin, mineral termasuk kalsium, fosforus, zat besi, magnesium, klorofil, dan bioflavonoids. Alfalfa membantu membuang angin, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon dan darah.
Alfalfa fokus pada usus kecil dan darah. Jika anda jenis banyak makan dan suka makan macam-macam Alfalfa ni sangat sesuai untuk diambil setiap hari.
2- Herblax
Hasil gabungan 9 jenis herba semulajadi yang terbukti secara klinikal sesuai untuk tubuh badan kita dalam jangka panjang. Herblax membantu merangsang usu membersih secara lembut, membuang najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam badan. Juga bagus untuk yang ada sembelit dan boleh mengempiskan perut.
Herblax ini fokus untuk membuang toksin pada usus besar.
3- DTX Complex
Fokus pada hati. Hati adalah organ terbesar dalam badan dan hati juga tempat utama badan kita memproses segala toksin termasuk sisa metabolik, sisa racun serangga, dadah, alkohol dan bahan kimia dan bahan lain yang kurang bertoksik. Itu sebabnya kita kena jaga hati dengan sebaiknya.
DTX hasil ektrak tumbuhan semulajadi untuk menjaga dan melindungi fungsi hati kita daripada toksin, memperlahankan pembentukan toksin dan membina semula sel-sel hati kita.
Lepas ini nak detox badan jangan lupa hati skali!
4- Peppermint Ginger Plus
Mengandungi pelbagai herba semula jadi seperti pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk membantu melegakan dan meredakan sistem penghadaman. Ia bagus untuk membuang angin dalam badan, mengurangkan kembung perut dan melegakan perut. Badan banyak angin juga antara tanda badan banyak toksin.
5- Vivix
Agen detox terbaik untuk badan. Vivix kaya dengan khasiat polifenol yang baik untuk kesihatan badan termasuk meningkatkan metabolisme badan, menguatkan sistem imun badan, meningkatkan kesihatan mata, dan menyokong kesihatan sendi.
Untuk membersih dan detox, kajian menunjukkan bahawa polifenol boleh menggalakkan fungsi hati yang normal. Ia mampu melindungi hati dengan membantu mengawal tekanan dalam badan, mengurangkan kemerahan dan bengkak, serta mengurangkan sel yang mati pada organ hati.
Kebanyakan kita lihat yang buat detox biasanya mengalami masalah letih dan tak bermaya. Tapi dengan pengambilan Vivix semasa proses detox untuk membuang toksin keluar dari badan ini membuatkan badan kekal cergas dan bertenaga. Dalam masa yang sama, Vivix boleh membantu memperbaiki sel DNA badan kita.
Sekarang ada promosi untuk Set Detox. Boleh pilih set dia.
 |
Set Detox |
 |
Tak suka tablet boleh amik set ini |
Itulah dia supplemen Shaklee yang sesuai dan sangat membantu badan membaung segala toksin keluar dari badan. Lepas ini, nak detox boleh ambil skali Set Detox Shaklee ini.
Berita baik untuk yang mengambil Set Detox Shaklee ini, anda akan diberikan meal plan yang disediakan oleh pakar nutrisi Shaklee. Ada support grup supaya anda tak keseorangan buat detox. Lebih ramai lebih meriah!
Sebelum buat detox jom cek dulu
tanda badan bertoksin.
Saya kongsikan juga testimoni dari Geng Detox yang menggunakan Set detox dan meal plan dari Shaklee.
Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee boleh menghubungi saya terus di 013-5707812 atau klil gambar untuk whatsapp.