13 November 2019

Kata Motivasi Bantu Saya Tak Mudah Putus Asa


Sejak dalam 2-3 bulan akhir ni kan Gee suka baca kata-kata motivasi. Dia semacam pembakar dan penaik semangat untuk lebih kuat. Tipulah jika tak pernah rasa down cuma kita kena pandai uruskan lah.

Dulu Gee selalu baca dan dengar yang bagus untuk selalu baca motivasi ni, tapi sekarang ni baru Gee faham kenapa. Memang boleh bantu kita jadi semangat semula, tak jadi nak berhenti nak mengalah.

Kebanyakan kata motivasi ni Gee baca dari google. Boleh tengok contoh Gee buat kata semangat dan motivasi ni untuk posting Gee di INSTAGRAM. Boleh follow IG saya di @zianaeunos.co dan follow juga #zianaeunos jika nak tengok koleksi kata motivasi Gee buat.










Selain tu, Gee juga ada buat kata motivasi ni di background laptop sebab tiap hari kerja ngadap laptop kan. Ni contoh Gee buat.











Kata-kata motivasi ni Gee buat guna aplikasi canva. Mudah sangat buat, dah ada template semua dah. Pilih jer nak yang mana.

Moga bermanfaat buat semua.



Continue Reading

09 November 2019

Pencuci Muka Untuk Kulit Sensitif


Bagi yanga ada kulit sensitif, memilih dan membeli pencuci muka yang sesuai bagi kuit sensitif agak mencabar. Kita kena bijak memilih bagi mengelakkan kulit muka mendapat kesan sampingan apabila mencuci muka sepert gatal-gatal, kemerahan, rasa pedih dan kering.


gambar; google.com


Bagi korang yang sedang mencari pencuci muka untuk kulit jenis sensitif, jom teruskan membaca sebab saya nak berkongsi pencuci muka yang best ini.

Seperti kita sedia tahu, ada pelbagai jenis pencuci muka yang dijual di pasaran. Susah nak pilih pembersih muka mana yang sesuai.


Jadi, saya cadangkan satu pencuci muka yang boleh membantu kulit muka jenis sensitif.

Pencuci muka untuk kulit sensitif iaitu Youth Luminois Gel Oil Cleanser. Ada yang pernah dengar atau baru pertama kali dengar?

Youth adalah satu jenama antarbangsa dan dihasilkan oleh Shaklee.


Apa yang membuatkan pembersih muka Youth ini bagus untuk kulit yang sensitif?



Pencuci muka Youth untuk kulit sensitif


1- Pencuci muka yang bebas dari 1500 bahan kimia berbahaya kepada kulit. Kebanyakkan pencuci muka di pasaran kita tak tahu apa kandungan dia dan mungkin antara 1500 bahan kimia bahaya ni ada yang membuatkan kulit kita sensitif, sebab itu cleanser Youth sangat jadi pilihan geng kulit sensitif.


2- Tidak berbau wangi hanya bau herba semulajadi.


3- Tidak ada kandungan sabun di dalam pencuci muka ini. Jadi ia sangat membantu korang yang ada kulit sensitif. Kulit tak akan rasa kering, merekah dan ketat lepas menggunankannya.


4- Kandungan pH seimbang, itu sebab ia sangat serasi dengan kulit kita. Bila guna, kita boleh rasa kesan dia sangat soft dan just nice kat muka.


5- Pencuci muka yang kaya dengan vitamin dan nutrein yang dipaten yang baik untuk kulit iaitu ekstrak alga hijau, ekstrak anggur muscadine dan vital repair (campuran antioksidan vitamin A, C, E). Paling best tentulah ekstrak anggur muscadine, salah satu bahan utama dalam Vivix. Sangat tinggi antioksidan dan terbaik untuk kulit termasuk kulit sensitif (perlu vitamin antioksidan bagi merawat dan membaiki kulit).

Bahan antioksidan penting untuk melindungi dan melambatkan proses penuaan kulit.


6- Semua formula / bahan ini adalah bahan semulajadi, 100% tumbuhan dan tak menggunakan haiwan (cruelty free), dermatologist tested, itu yang membuatkan pembersih muka Youth boleh digunakan mereka yang ada kulit sensitif.




7- Yang penting, pembersih muka ini adalah hypoalergenik (sesuai untuk kulit sensitif) dan non-comedogenic (tak menyumbatkan liang pori), sebab itulah ia terbaik untuk kulit sensitif!



Bagi yang ada kulit sensitif boleh cuba pencuci muka Youth Luminois Gel Oil Cleanser. Boleh pakai setiap hari. Tiada masalah untuk kulit sebab dia bertindak sangat 'gentle' pada kulit muka.




Dah baca? 








Berminat untuk mendapatkan produk skincare ini boleh terus menghubungi saya di 013-5707812 atau klik gambar untuk whatsapp. 






Continue Reading

08 November 2019

Bongkar 5 Mitos Dan Fakta Sembelit


Sembelit ni biasa berlaku. Ada mcam-macam mitos kita dengar. Jom kita bongkar apa mitos dan fakta berkenaan sembelit yang sebenarnya.


Mitos dan fakat sembelit (gambar google.com)


Mitos 1 
Anda harus membuang setiap hari

Fakta
Ada yang pergi ke tandas sampai 3 kali sehari dan ada pula yang hanya beberapa hari saja dalam seminggu. Setiap orang berbeza. Ini bergantung kepada makanan, gaya hidup, dan kesihatan usus. Tapi jika anda kurang dari 3 kali pergi ke tandas untuk membuang air besar ini bermaksud anda ada sembelit. Paling teruk ada yang hanya sekali saja dalam seminggu.


Mitos 2
Anda perlukan serat setiap hari

Fakta 
Serat sangat penting dalam diet harian kita tapi tiada kajian yang menunjukkan adanya perbezaan antara mereka yang sembelit dan tak sembelit. Mungkin juga berbeza sebab pengambilan perubatan. Tapi sebaiknya kita digalakkan mengambil serat dalam makanan untuk meningkatkan jumlah najis bagi membantu mencegah sembelit.


Mitos 3
Semua julap boleh membawa kebergantungan

Fakta
Penggunaan julap boleh menyebabkan kebergantungan kepada fungsi usus menurun. Umumnya, julap pembentuk pukal adalah paling lembut pada badan. Untuk yang lawas sekali-sekala, pilihlah cara lebih selamat dan julap lembut yang ada campuran herba tradisional termasuk daun senna kerana ia bagus untuk melegakan sembelit.


Mitos 4
Tekanan merangsang pergerakan usus

Fakta
Biasnaya stress yang menyebabkan ketidakteraturan perut dan ini yang boleh membawa kepada sembelit. Fikiran dan emosi boleh membawa kesan kepada perut dan usus. Itu sebabnya anda kena gembira selalu untuk pastikan sistem pencernaan yang sihat.


Mitos 5
Peningkatan pengambilan air merawat sembelit

Fakta 
Minum banyak air tidak akan menggerakkan usus jika anda sudah ada masalah sembelit. Tapi jika anda banyak minum air sebelum sembelit mungkin anda akan kurang risiko sembelit kerana cecair tambahan boleh membantu mengekalkan najis yang lembut dan memudahkan proses pembuangan. Itu sebab anda perlu kekal hidrat setiap masa. Boleh cuba Shaklee Performance Drink kerana ia mengandungi gabungan elektrolit proprietari untuk lebih tenaga dan kekal hidrat pada tahap optimum.




Sekarang dah tahu mitos dan fakta sembelit ni.

Baca juga;

Vitamin untuk bantu sembelit

Cara berkesan atasi sembelit masa hamil




Continue Reading

07 November 2019

Promosi Trial Set Skincare Youth Shaklee


Berita baik buat pengguna skincare YOUTH atau yang berminat nak mencuba produk Youth, ada promosi trial set bulan ini! Ini kira kali pertama Shaklee Malaysia jual trial set Youth secara berasingan.

Trial Set Youth 


Apa yang ada dalam set trial skincare Youth?

Ada 4 item semuanya iaitu cleanser, toner, serum dan krim malam. Jom kita tengok fungsi setiap item dalam skincare Youth ini.


1- Youth Luminous Gel Oil Cleanser 
  • pencuci muka jenis gel+oil 
  • membersih muka lebih bersih dan jauh ke dalam
  • sesuai untuk semua jenis kulit
  • kulit rasa lebih lembut dan tak kering lepas cuci muka
  • mengurangkan blackhead whitehead
  • mengurangkan masalah jerawat
  • kawal masalah kulit berminyak






2- Youth Perfecting Skin Toner 
  • membersih sel kulit mati
  • mengecilkan pori-pori
  • mengatasi kulit kusam
  • kawal kulit berminyak
  • mengecutkan jerawat
  • menanggalkan kotoran, blackhead dan whitehead
  • sesuai untuk semua jenis kulit




3- Youth Activating Serum
  • mengggalak penghasilan kolagen
  • merawat kulit rosak
  • mempercepat pembaharuan sel kulit
  • tidak menyumbatkan liang proi
  • membaiki kedutan




4- Youth Advanced Renewal Night Cream
  • mengecutkan jerawat dengan cepat
  • memudarkan bekas parut
  • mencerah dan memutihkan kulit secara semulajadi
  • melembapkan kulit kering dan bersisik
  • membantu penghasilan sel kulit baru





Promosi Youth Trial Set / Travel Set

Ada 2  pilihan kita boleh beli;

1- Belian set skincare Youth dalam 200 point dapat beli trial set dengan harga RM 85.

2- Beli terus set trial dengan harga RM 297.50 

(harga adalah harga pasaran, harga ahli jauh lebih murah boleh hubungi Gee terus ok)


Beli set trial ini nanti dapat skali travel bag / lugage biru yang comel ni. Boleh letak Youth atau alat makeup kitta yang lain.




Rangkaian skincare YOUTH dari Shaklee




  1. Youth Luminous Gel Oil Cleanser
  2. Youth Perfecting Skin Toner
  3. Youth Age Defense Moisturizer SPF 50
  4. Youth Activating Serum
  5. Youth Radiance C+E
  6. Youth Advance Renewal Night Cream (Rich / Light)
  7. Youth Eye Treatment
  8. Youth Lock Day Cream 
  9. Youth Mask (sekarang dah tiada stok tunggu masuk tahun 2020)




Berminat nak dapatkan set trial Youth ni kena cepat tau sebab limited edition. Ramai yang tunggu set trial ni. Nak jadi orang terawal beli set trial Youth boleh hubungi Gee segera.





Continue Reading

05 November 2019

Apa Big Why Saya Buat Shaklee


Apa benda lah bih why ni? Serius dulu sebelum kenal dan join Shaklee tak tau pun sebenarnya pasal big why ni. Tapi sejak dah join Shaklee dan mula serius buat bisnes barulah Gee tau apa dia.



Apa Maksud Big Why?

Big why ialah apa sebab kita nak berjaya, apa sebab kita nak buat sesuatu tu sungguh-sungguh, macam matlamat atau tujuan. Ringkasnya apa saja kita buat mesti ada big why dia, ada sebab dia.

Jika tak ada big why yang jelas memang mencabar dan agak susah nak berjaya. Sebab dengan big why inilah yang mendorong dan membantu kita untuk terus kuat dan gigih berusaha sampai berjaya walaupaun ada berbagai halanagn!

Jadi sebelum kita buat sesuatu, kita kena ada big why kita dulu, kenal pasti apa big why kita. Kena cari jawapan dan korek apa big why kita!!


Apa Big Why Saya Dalam Bisnes Shaklee


Big Why 1: Bawa mak ayah buat umrah 

Alhamdulillah mak ayah Gee syukur masih hidup lagi. Jadi, Gee berimpian nak bawa maka ayah pergi umrah dan buat haji sekali. Dan lagi baik dapat bawa skali adik-adik Gee pergi umrah bersama-sama. Mesti seronok. Bayangkan dapat buat umrah bersama keluarga. Jalan sama, solat sama. Bestnya Ya Allah. Moga Allah mudahkan urusan Gee untuk bawa maka ayah dan keluarga pergi umrah. Daoakan Gee.


Big Why 2: Bahagiakan keluarga saya

Kemudain keluarga Gee pulak. Apa pula nak bagi kat keluarga ya? So Gee tetapkan untuk bersungguh-sungguh buat bisnes Shaklee untuk bahagiankan keluarga.

Antara impian Gee untuk keluarga;

  • bawa mereka bercuti dalam dan luar negara
  • renovate rumah
  • tanggung persekolahan adik-adik kat u
  • bawa belanjan makan sedap-sedap 
  • bagi duit belanjan kat mak ayah


Big Why 3 : Zakat dan sedekah

Zakat dan sedekah ni kira perkara baru Gee buat bila buat bisnes Shaklee. Sebelum ni memang tak terpikir pun. Berkira lagi ada dulu nak sedekah. Jadi Gee tetapkan nak bayar zakat dan bersedekah setiap bulan. Paling minima jumlah dia RM 1000 sebulan. Untuk itu Gee kena bekerja keraslah.


Big Why 4: Setelkan semua hutang PTPTN 

Ni salah satu big why Gee jugak. Zaman belajar dulu memang ada amik PTPTN. So Gee berniat kena langsaikan semua hutang / amanan PTPTN ni. Hutang wajib bayar kan??


Big Why 5: Nak bantu jana ekonomi & pendapatan

Nampak macam cliche kan? Tapi besar impaknya. Tu salah satu tujuan Gee buat bisnes Shaklee ni sebab nak bantu orang lain jana dan tambah pendapatan. Kita tau zaman sekarang semua perlu duit. Perbelanjaan makin hari makin meningkat.

Bayangkan bila ada duit kita boleh bahagiakan keluarga dan anak-anak. Tak rasa stress bila tak cukup duit. Rasa bahagia. Tak bergaduh. Hati tak risau. Tenang dan gembira. Nak bersedekah pun tak berkira. Seronok kan??



Itulah antara big why saya buat untuk bisnes Shaklee ni.


Apa pula big why korang? Jika belum ada jom kita korek dan cari apa big why kita.

Bagi yang buat bisnes ni wajib kena ada big why. Orang yang bekerja juga boleh ada big why.



Baca juga;

9 sebab saya pilih bisnes Shaklee

Kenapa saya suka Shaklee

4 sebab saya pilih bisnes online




Berminat nak buat bisnes Shaklee juga? Ayuh bersama kami di group besar S2Ufamilies yang dah berjaya melahirkan ramai jutawan shaklee.





Continue Reading

04 November 2019

6 Tips Memilih Serbuk Protein Terbaik Di Pasaran


Serbuk protein adalah satu cara mudah untuk mendapatkan keperluan harian protein yang cukup. Ada banyak serbuk protein di pasaran tapi bagaimana kita nak tahu dan pastikan protein kit pilih itu betul-betul terbaik dan berkualiti tinggi?




Ok, kalini saya kongsikan tips-tips untuk pilih serbuk protein yang terbaik dan berkualiti.


Tip 1 Tiada Gula Pasir Tambahan

Jika kita lihat produk protein di pasaran kebanyakan para pengeluar lebih suka menambahkan gula pasir ke dalam serbuk protein bagi tujuan untuk meningkatkan rasa. Sebaiknya elakkan beli serbuk protein yang ada gula pasir.

Sebabnya kita beli serbuk protein bertujuan untuk memastikan kita tidak mengambil banyak kalori dan dalam masa yang sama kita nak tahap gula dalam darah yang sihat.


Tip 2 Rendah Lemak

Paling baik pilihlah serbuk protein yang rendah lemak. Sebaiknya untuk setiap 100mg serbuk protein mesti lemak kurang dari 3gram. Ini penting untuk tujuan mengawal paras kolesterol yang sihat dan mengekalkan jisim otot badan. Otot kan penting untuk pembakaran kalori.


Tip 3 Rendah Indeks Glisemik

Indeks glisemik (GI) ialah kesan makanan terhadap tahap gula dalam darah kita. Jika memilih protein yang ada GI tinggi boleh meningkatkan paras gula darah dan mengakibatkan kita cepat rasa letih, mudah marah dan cepat lapar. Sebaliknta protein soya dengan GI yang lebih rendah dapat membantu:
  • Mengawal paras gula darah yang sihat.
  • Membuatkan rasa kenyang yang lebih lama.
  • Dapat mengawal pengambilan makanan dan berat badan.

Tip 4 Bukan GMO

GMO adalah organisma yang diubahsuai secara genetik. Ia dibuat terhadap tumbuhan, haiwan, ataupun mikroorganisma yang genetiknya boleh diubahsuai dengan menggunakan teknik pengubahsuaian genetik atau teknik kejuruteraan. Apabila kita banyak makanan yang jenis GMO ini boleh membawak kepada masalah kesihatan dalam jangka panjang. Dan sumber bukan GMO ini pula penting bagi memastikan;
  • Sumber nutrien kekal dalam sumber makanan.
  • Cara mudah untuk mendapatkan makanan yang lebih sihat dan selamat.

Tip 5 Dari Sumber Soya

Nak pilih sumber protein terbaik pilihlah yang dari sumber soya. Ia lebih sesuai untuk semua orang termasuklah yang jenis sensitif kepada laktosa. Kelebihan protein dari sumber soya;
  • Pelbagai faedah seperti berkesan untuk mengurangkan kolesterol.
  • Pengambilan protein soya yang berterusan dapat membantu wanita yang menopos menangani sindrom menopos seperti kepanasan badan.
  • 100% berasaskan tumbuhan dan sesuai juga untuk individu vegetarian.

Tip 6 Lengkap Dengan 9 Asid Amino 

Tahu tak? Asid amino merupakan blok untuk menghasilkan protein. Jika kita cukup mengambil 9 asid amino setiap hari, ia bagus untuk:
  • Badan dapat berfungsi dengan lebih optimum.
  • Penting untuk proses biologi badan seperti memberi struktur sel, mengangkut dan menyimpan nutrien serta membentuk organ, kelenjar dan otot.
  • Membantu membaiki tis-tisu dalam badan seperti kulit, tulang dan rambut.

Baca juga: Apa itu asid amino dan jenisnya



Itulah 6 tips sebelum kita membeli serbuk protein yang terbaik dan sesuai untuk kita. Pastikan kita bijak memilih serbuk protein yang berkualiti dan memberi manfaat kesihatan.


Contoh serbuk protein terbaik yang menepati ciri-ciri di atas, Protein ESP




Continue Reading

03 November 2019

Kebaikan ESP Shaklee Untuk Ibu Mengandung


ESP Shaklee juga tak kurang femes untuk ibu mengandung. Memang ramai geng ibu suka minum ESP masa mengandung ni. Sebabnya ada banyak kebaikan ESP Shaklee buat si ibu yang mengandung.




9 Kebaikan ESP Shaklee untuk ibu mengandung/hamil

1- ESP membekalkan tenaga yang berpanjangan kerana ibu yang sedang mengandung biasanya mereka cepat berasa letih dan penat.


2- ESP membantunmemastikan kesihatan ibu mengandung pada tahap terbaik kerana ESP boleh membantu meningkatkan sistem imun badan si ibu. Bila ESP diambil bersama vitamin C akan menguatkan lagi sistem pertahanan badan si ibu.


3- ESP juga membantu pertumbuhan janin / tumbesaran fetus. Protien di dalam ESP sangat penting dalam membantu proses perkembangan otot dan otak bayi. Protien ini juga penting untuk memelihara otot ibu mereka yang kurang bersenam akan mudah kehilangan otot.

  • Pengambilan protein secara konsisten dalam tempoh kehamilan dapat membantu meningkatkan berat dan ketinggian bayi baru lahir, dan mengurangkan peratusan kelahiran bayi yang tidak cukup berat(1).

4- ESP mencantikkan kulit wajah. Protien juga sangat bagus untuk kulit. Protien akan merangsang penghasilan sel-sel kulit baru. Ini menjadikan kulit si ibu lebih gebu, lembut, kurang berminyak, kurang kedutan dan kulit lebih anjal. Bahkan bayi dalam kandungan juga berpotensi mendapat kulit mulus dan gebu!

  • Protein soya mengandungi isoflavon yang mempunyai aktiviti estrogenik yang penting untuk merangsang kulit agar nampak lebih muda (2). Kajian juga turut menunjukkan bahawa kulit jadi lebih anjal dengan pengambilan isoflavon soya secara konsisten (3).

5- ESP membantu ibu yang alahan atau morning sickness pada awal kehamilan. ESP memberi tenaga dan membuatkan si ibu mudah kenyang. Protien ESP juga lebih mudah dihadam serta mudah diserap ke dalam tubuh.


6- ESP mengawal berat badan secara ideal kerana ESP memberikan rasa kenyang yang lama dan ESP juga meningkatkan metabolisme badan!


7- ESP mempunyai indeks glisemik (GI) rendah, yanya 39. Bila makanan ada GI rendah ia akan membantu melambatkan penyerapan glukosa di dalam usus kecil kita. Sebab itulah ESP ni bagus untuk yang ada diabetes/kencing manis ataupun ibu yang nak mencegah dari diabetes kerana ia membantu kawal gula dalam darah.


8- ESP juga membantu mengelakkan pre-eclamsia.


9- ESP juga ada mengandungi kalsium, jadi ia bagus juga untuk sumber kalsium bagi si ibu dan janin.




Banyak kan manfaat protein ESP dari Shaklee ni buat ibu yang hamil. Yang bagusya ESP Shaklee ni ibu-ibu boleh ambil terus hingga ke lepas bersalin dan untuk penyusuan.



Kita tengok testimoni ESP Shaklee untuk ibu yang mengandung







Dah baca;

Koleksi testimoni ESP Shaklee untuk ibu menyusu

Koleksi resepi ESP Shaklee

Info lengkap ESP Shaklee






Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee, boleh terus menghubungi Gee di 013-5707812 atau klik bawah ni untuk whatsapp terus.





Rujukan;

1. Selma C.L , Gurmeet S , and Kim M, Effects of protein energy supplementation during pregnancy on fetal growth: a review of the literature focusing on contextual factors. Food Nutr Res. 2013; 57: 10.3402/fnr.v57i0.20499

2. Accorsi-Neto A, Haidar M, Simoes R, Simoes M, Soares-Jr J, Baracat E. Effects of isoflavones on the skin of postmenopausal women: a pilot study. Clinics
(Sao Paulo). 2009, 64, 505-10

3. Izumi T, Makoto S, Obata A, Masayuki A, Yamaguchi H, Matsuyama A. Oral intake of soy isoflavone aglycone improves the aged skin of adult women. J Nutr Sci
Vitaminol. 2007, 53, 57-62.



Continue Reading

02 November 2019

Testimoni ESP Shaklee Untuk Ibu Menyusu


Koleksi testimoni ESP Shaklee untuk ibu menyusu. ESP ni memang ramai para ibu suka ambil untuk banyakkan susu ibu.

Sebelum itu, kita cakna dulu apa manfaat dan kebaikan ESP Shaklee untuk ibu menyusu.


Kebaikan ESP Shaklee untuk ibu menyusu
  • ESP Shaklee memberi tenaga kepada ibu. Bila menyusu si ibu sangat perlukan tenaga agar badan tak letih. Bila badan cergas bertenaga makan susu ibu dapat dihasilkan dengan baik.
  • ESP Shaklee juga ada indeks glisemik yang rendah iaitu sekitar 39, jadi ini amatlah membantu si ibu yang menyusu supaya badan lebih bertenaga dalam masa lebih lama. Perut ibu juga kenyang lebih lama.
  • ESP Shaklee membekalkan protein untuk si ibu. Protein penting untuk proses tumbesaran bayi termasuk membantu proses perkembangan otot dan otak bayi. Bonus, protien ini juga penting untuk memelihara otot si ibu yang kurang bersenam atau kurang bergerak akan mudah kehilangan otot. 
  • ESP Shaklee membantu mencatikkan kulit si ibu dan bayi,

Dah baca?  10 teknik penyusuan


Testimoni ESP Shaklee bantu banyakkan susu ibu

Puasa tapi susu maintain dan badan bertenaga

Susu untuk anak cukup


Anak menyusu cepat kenyang dan lena

Susu jadi pekat, kulit cantik

Milkbooster dan badan slim :)

Terus menyusu dengan ESP hingga anak ke 4



ESP Shaklee memang ramai geng ibu suka terutama untuk bantu banyakkan susu, susu ibu juga lebih berkhasiat, lebih pekat dan anak cepat kenyang tidur lena.

Ibu menyusu nak cuba bantu banyakkan susu bolehlah cuba amik ESP Shaklee.



Baca juga; 5 tips rangsang banyak susu ibu




Berita baik ada Promosi ESP Shaklee bulan November ini!! Boleh tengok psoter bawah ni. Harga adalah harga pasaran. Jika nak harga lagi jimat boleh terus hubungi Gee ok.






Berminat nak dapatkan ESP Shaklee ini boleh hubungi Gee terus ok. Klik gambar untuk whatsapp Gee terus. 








Continue Reading

01 November 2019

Senarai Promosi Shaklee November 2019


Untuk promosi Shaklee bulan November kalini juga menarik. Sebab ada produk kesukaan Gee. Jom kita tengok ada promosi apa bulan ini.



1- Promosi ESP Shaklee

Promosi ESP ni paling ditunggu ramai. Ramai sukakan ESP. Ok untuk promosi ESP ni, ada 2 pilihan;

  • beli 2 ESP diskaun 5%
  • beli 6 percuma 1 tong ESP


Harga pada poster adalah harga pasarn. Harga ahli lagi murah 20-25%. Boleh hubungi Gee terus ok.

Promosi ESP Shaklee

ESP Shaklee ini sesuai untuk semua lelaki dan perempuan. Satu keluarga boleh ambil ESP. Sebabnya protein ni amat penting untuk badan kita.

  • Ada gastrik boleh ambil ESP
  • Nak badan bertenaga boleh ambil ESP
  • Nak ikhtiar hamil boleh ambil ESP
  • Nak cegah rambut gugur boleh ambil ESP
  • Nak puasa boleh ambil ESP
  • Ibu hamil boleh ambil ESP
  • Ibu berpantang boleh ambil ESP
  • Ibu menyusu boleh ambil ESP
  • Nak kurus boleh ambil ESP
  • Nak kontrol makan boleh ambil ESP
  • Ada diabetes juga boleh ambil ESP
  • Nak kulit cantik lagilah boleh ambil ESP


Dah baca? Info lengkap ESP



2. Promosi Youth skincare 

Pertama kali Shaklee buat promosi untuk travel set ataupun trial set. Kira sesuai sangatlah yang berminat nak cuba skincare Youth ni.

Ada 2 pilihan promosi Youth;

  • buat belian mana-mana produk Youth dan cukup 200 point dalam satu resit dapat beli trial set dengan harga lagi murah RM85 (berbanding harga pasaran biasa RM297).
  • beli trial set dengan harga RM 297 


Harga pada poster adalah harga pasarn. Harga ahli lagi murah 20-25%. Boleh hubungi Gee terus ok.

Promosi Youth Shaklee


Dalam Trial Set Youth ini ada;
  • cleanser 20ml
  • toner 30ml
  • serum 7ml
  • night cream 10g

Beli trial set Youth dapat free bag biru tu

Baca info lengkap skincare YOUTH 



3. Promosi Zinc Plus


Promosi Zinc Shaklee


Kebaikan Zinc Shaklee

Info lanjut Zinc Plus Shaklee

4. Promosi Prove It. Live It. Share It. (PLS Challange)

Program PLS Challange ini berlangsung selama 2 bulan, Oktober - November 2019. Fokus utama program ini untuk membantu kita untuk mengenali kepentingan buat DETOX pada kesihatan dan dalam masa yang sama, kita juga boleh menjana pendapatan dan mengembangkan bisnes.


Ada set pilihan detox seperti berikut. Kita boleh pilih nak beli set yang mana. Harga adalah terus harga ahli kerana ia sekali pakej keahlian ya. Jimat 15-25% dari harga pasaran.


Set Jom Detox


Set Vivix (sesuai yang tak suka telan tablet boleh pilih set ini)


Setiap belian set di atas, tidak kira ahli lama atau baru, kita semua layak beli barang premium Shaklee ini dengan harga lagi murah dari harga ahli!

Boleh pilih nak beli yang mana



Jom sertai kami di Shaklee sekarang juga! Hidup lebih baik lebih sihat sambil buat duit!








Berminat untuk mendapatkan produk / Promosi Shaklee ini? Anda boleh menghubungi saya terus di sini;



Rakan Shaklee Anda,
Nurzhiana bt Mohd Yunus (Gee)
SMS/WhatsApp :+60135707812
FB Page: 
Ziana Enos Dot Com
Personal FB : 
Ziana Eunos
Instagram: 
@zianaeunos.co





Continue Reading