19 February 2020

Kenali Tanda-tanda Awal Sakit Jantung


Seakan menjadi  trend sekarang apabila ada kematian yang melibatkan serangan jantung banyak menyerang umur yang masih muda. Ada yang meninggal terkena serangan jantung masa tidur. Oleh itu, Gee akan senaraikan tanda-tanda mereka yang ada mengalami penyakit jantung. 



Jom kita cek tanda-tanda sakit jantung. Kebanyakan pesakit jantung ni ada gejala atau simptom yang hampir sama.

  • Rasa sakit pada dada seperti dada sedang dihempap oleh benda berat dan pedih. Dan ia boleh merebak ke lengan, tengkok, belakang dan rahang.
  • Kebas samada di tangan kiri dan juga lengan. Jika sakitnya berpanjangan pada lengan tangan kiri ada kemungkinan anda akan diserang sakit jantung dalam masa terdekat. (Bagi perempuan sakit terasa pada kedua-dua belah tangan).
  • Kerap kencing pada waktu malam.
  • Rasa haus dan dahaga.
  • Penglihatan kabur. 
  • Kadang kepala rasa berpusing dan tidak seimbang.
  • Tiba-tiba rasa seronok teruja atau rasa bimbang tanpa sebab.
  • Lidah rasa tegang atau gusi menjadi bengkak atau sakit. Mungkin jantung kita ada masalah seperti lemak berlebihan, injap jantung lemah atau saluran koronari tersumbat.
  • Rasa letih dan lesu sepanjang masa.
  • Tekak rasa loya dan tidak ada selera nak makan.
  • Batuk tiba-tiba dan berpanjangan atau terasa ada kahak dan sentiasa mahu berdehem.
  • Kadar degupan jantung yang tidak menentu.
  • Nafas terasa pendek.
  • Berpeluh dengan tiba-tiba walaupun ketika itu sedang duduk berehat. 
  • Sendi-sendi di kaki atau abdomen jadi bengkak dan kembang. 


Jika anda ada tanda-tanda seperti di atas, segerlah berjumpa doktor. Buat pemeriksaaan kesihatan. Mencegah dan mengetahui dari awal adalah lebih baik.



Tips / Rawatan untuk penyakit jantung (entri akan datang)

Punca dan faktor serangan jantung




Sumber: Unit Promosi Kesihatan, Jabatan Kesihatan Dan Alam Sekitar, DBKL & KKM



0 comments:

Post a comment