04 February 2020

Selamat Hari Kanser Sedunia 2020


Baru perasan harini hari kanser sedunia.

Selamat Hari Kanser 4 Feb 2020

Semoga diberi kekuatan buat semua pesakit kanser. Anda kuat, anda pasti boleh!

Apakah kanser?

Kanser adalah salah satu penyakit kronik dan ia boleh berlaku pada sesiapa saja tanpa mengira usia, jantina dan bangsa kita. Semua ada risiko kanser.

Di Malaysia, pada tahun 2018, penyakit kanser menyumbang sebanyak 11.82 peratus penyebab kematian utama di hospital kerajaan dan 30 peratus di hospital swasta (kenyataan akhbar Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, 22 Februari 2020).


Tapi kita boleh mencegah risiko kanser sebanyak 30-50 peratus dengan mengamalkan gaya hidup sihat.

  • Amalkan pemakanan yang sihat.
  • Rajin bersenam.
  • Kawal stress.
  • Tidur awal dan cukup waktu.
  • Menjalani ujian saringan.
  • Kenali tanda dan gejala awal kanser.


Kurangkan risiko kanser dengan makanan sihat



Selamat hari kanser semua. Jagalah kesihatan kita pada tahap terbaik. Usaha untuk amal gaya hidup sihat dalam masa yang sama bantu cegah awal risiko kanser.






0 comments:

Post a comment