Kebaikan Vitamin C Untuk Lelaki

Kebaikan vitamin C untuk orang lelaki. Perlu ke lelaki amik vitamin C? Ya orang lelaki juga boleh mengambil Vitamin C. Tapi untuk apa? Jom teruskan baca. 

Vitamin C untuk lelaki


Kenapa lelaki memerlukan vitamin C? 
Kebaikan Vitamin C untuk lelaki

1.Vitamin C memberi tenaga
Vitamin C mampu mengimbangi sistem badan. Ia membantu menghasilkan dopamine sistem saraf dan membantu fungsi adrenal dalam peningkatan tenaga dalam badan. Sebab itu orang lelaki sangat perlukan vitamin C untuk memberi lebih tenaga pada lelaki.

2.Vitamin C untuk kesihatan rambut
Vitamin C membantu meningkatkan peraliran darah dan menguatkan kapilari darah. Peredaran darah lancar akan membuatkan rambut lebih sihat tumbuh. Pengambilan vitamin C yang cukup boleh membantu mengelakkan alopecia dan masalah rambut botak bagi orang lelaki.

3.Vitamin C membantu luka cepat sembuh
Lelaki kadang lebih aktif bersukan dan banyak bergerak hingga kadang-kadang mudah tercedera. Sebab itu lelaki memerlukan Vitamin C untuk membantu menyembuhkan luka dengan lebih cepat dengan mempercepatkan pembentukan tisu-tisu baru.

4.Vitamin C elak rambut lelaki beruban
Bila sebut uban semua takut nanti rambut dah tak cantik. Rambut kan aset penting bagi lelaki. Jadi, lelaki sangat peru mengambil Vitamin C kerana ia penting untuk mengekalkan warna asal rambut dengan menghalang kesan-kesan penuaan pada rambut.


5.Vitamin C sebagai pelindung kulit lelaki
Lelaki lebih mudah terdedah kepada persekitaran dan sinar UV matahari.Sebab itu lelaki juga digalak mengambil vitamin C setiap hari sebagai pelindung semulajadi kulit.  Vitamin C bertugas untuk melindung kulit dari radikal bebas termasuk cahaya matahari, pencemaran, asap kenderaan, asap rokok dan lain-lain. 


6. Vitamin C untuk kuatkan imuniti badan lelaki
Apabila terkena demam dan selsema, vitamin C paling baik untuk mengukuhkan sistem imun badan bagi melawan virus yang sebabkan kita demam. Ia mampu bertindak sebagai anti-histamin yang akan mengurangkan kesan tidak baik dari demam seperti selsema, sakit badan dan kesakitan.


7. Vitamin C untuk kesuburan lelaki
Ia mampu menghasilkan sperma yang lebih berkualiti. Tapi tabiat lelaki ada yang suka merokok dan ini memusnahkan vitamin C dalam badan. Sebab itu lelaki perlukan vitamin C untuk meningkatkan tahap kesuburan mereka.


8. Vitamin C untuk kesihatan jantung lelaki
Vitamin C dapat menghalang radikal bebas daripada merosakkan dinding arteri yang boleh menyebabkan pembentukan plak dan kolesterol teroksida secara tidak langsung menghalang dari terkena risiko sakit jantung.



Suplemen Vitamin C Shaklee untuk lelaki

Gee rekomen Vitamin C Shaklee sesuai untuk lelaki. Sebab utama ia Vitamin C organik dari ekstrak jagung yang mana ia sesuai juga untuk perut sensitif. Setiap tablet vitamin C plus membekalkan 500mg vitamin C. Dan menariknya Shaklee buat teknologi 'sustained release' iaitu setiap jam melepaskan 100mg vitamin C dalam badan. So, badan kita akan menerima vitamin C setiap masa. Menarik kan??

Suplemen Vita C Plus Shaklee untuk lelaki 

Sebotol ada 180 biji. Boleh makan setiap hari.
Harga pasaran = RM 98
Harga ahli = RM 78

Kebaikan Vitamin C Shaklee Untuk Lelaki




Testimoni Vitamin C Shaklee untuk lelaki

Testimoni Vitamin C Shaklee untuk lelaki


Testimoni Vitamin C Shaklee untuk lelaki




Jadi, Orang lelaki boleh mengambil vitamin C setiap hari ya. Banyak kebaikan vitamin C ni untuk orang lelaki. Setiap hari boleh makan. 






Jom dapatkan vitamin C Shaklee untuk lelaki sekarang! Hubungi gee ke 013-5707812 atau klik gambar di bawah untuk pautan Whatsapp.





Post a Comment

0 Comments