12 June 2020

9 Punca Kerap Kentut Yang Sering Berlaku


Semua oranga akan kentut kat dunia ni. tapi yang membezakan adakah kerap kentut atau tak , dan kentut berbau busuk atau tak berbau.




Gee nak kongsikan topik kentut ni sebab perasa beberapa harini asyik kerap kentut dan berbau pulak tu. Hahahah.. tu yang gee nak kongsikan berkenaan kentut tu.


Kentut normal bila kita kentut dalam 5 kali hingga 15 kali sehari. Tapi yang jadi tak normal bila kerap sangat kentut hingga lebih 20 kali dalam sehari.


Apakah punca kerap kentut?

1. Sembelit

Bila terlalu lama najis disimpan dalam usus kita dan banyak hari tak membuang kesannya banyak bakteria dalam usus bertugas menguraikan makanan. Itu yang menyebabkan kita selalu kentut dan kentut juga busuk bau.

Baca juga;
3 vitamin untuk sembelit
5 mitos dan fakta sembelit 


2. Makanan susah dicerna

Contoh makanan yang susah dicerna ialah bunga kobis, brokoli, kobs, gandum dan kekacang. Makanan ini biasa tinggi serat dan memberi makanan kepada bakteria dalam usus kita. Dan bila bakteria menguraikan serat dalam makanan, gas terhasil maka jadilah kentut.


3. Gangguan saluran pemakanan

Masalah ini boleh menganggu proses pencernaan dalam usus, maka saluran pemakanan jadi stress dan hasillah kentut. Contohnya gastrik, radang usus, asid refluks.


4. Tertekan atau stress

Bila badan stress, ia boleh menganggu usus dan usus mengalami keradangan.


5. Perubahan bakteria dalam usus

Jika ada mengambil antibiotik juga boleh menyebabkan bakteria menjadi tidak seimbang dalam usus.


6. Makan dan minum terlalu cepat

Bila cepat sangat makan minum, lebih banyak udara ditelan. Dan udara terkumpul dalam salur pencernaan kemudian dibebaskan melalui kentut atau sendawa. 


7. Makanan berminyak

Makanan yang berminyak boleh menyebabkan proses pencernaan makanan menjadi lambat. Kesannya lebih banyak masa untuk bakteria menguraikan makanan dalam perut dan menghasilkan gas. Maka keraplah kentut bila banyak makan yang berminyak setiap hari.


8. Minuman bergas

Bagi yang suka minum minuman bergas juga boleh membuatkan kita kerap kentut sebabnya banyak gas dilepaskan di dalam saluran pemakanan / pencernaan.


9. Merokok

Jika anda kerap merokok juga punca sering kentut sebab banyak angin akan di telan ke dalam saluran pemakanan.



Itulah dia 9 punca dan sebab yang boleh buatkan kita kerap kentut. Kadang ada kentut berbau juga kan. Yang penting jaga apa yang kita makan dan minum.




7 comments:

  1. wooo kalo within 5-15 kali tu kira normal hehe..
    okla masih dalam lingkungan tu..

    ReplyDelete
  2. baru tau orang merokok tu boleh jadi kuat kentut

    ReplyDelete
  3. Okay...kiranya masih normal lagi la ni...hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya hehe.. gee baru smlm yg x normal hahaha

      Delete
  4. good info kak! Baru tahu brokoli tu susah mencerna, ingatkan semua sayur and buah senang je nak cerna.

    ReplyDelete