05 July 2020

8 Tips Mengilangkan Batuk Kanak-kanak


Batuk biasa berlaku dan ia kerap terjadi bagi kanak-kanak. Bagi ibu dan ayah pastinya ia agak merisaukan jika batuk anak dibiarkan berterusan. Ada beberapa tips yang Gee ingin kongsikan bersama untuk manfaat anda semua.





8 Tips untuk Mengilangkan Batuk Kanak-kanak

1- Pastikan anak mendapat rehat yang secukupnya. Elakkan membawa anak bersiar atau keluar.

2- Jangan menggantikan susu dengan air kosong terutama bayi yang berumur 1 tahun ke bawah kerana ia boleh memudaratkan.

3- Elakkan memberi air sejuk dan makanan berminyak pada anak-anak.

4- Semasa tidur samada siang atau malam, tinggikan sedikit bantal bagi memudahkan pernafasan anak.

5- Jika anak batuk dan selsema boleh berikan ubat paracetamol dengan dos yang disyorkan oleh doktor . Ubat demam boleh diberi dengan selamat jika anak berusia 1 tahun ke atas dan mempunyai berat badan lebih dari 5 kg.

6- Jika anak 1 tahun ke atas, bawa ke bilik air, buka shower (kalau dapat air panas) dan biar anak dalam bilik air bersama ibu untuk menghidu debuan air untuk membantu lendir menjadi longgar tetapi jangan sesekali memandikan anak dengan air panas.

7- Jika anak berusia 1 tahun ke atas dan boleh minum dari gelas/botol, berikan air suam dan sedikir madu bersama lemon. Ia bertujuan untuk melegakan batuk anak.

8- Menggunakan penyedut hingus dalam hidung (ada dijual di farmasi). Jika anak-anak sudah besar, galakkan mereka untuk menggunakan tisu untuk membuang hingus. Gunakan tisu untuk menutup mulut ketika batuk bagi mengelakkan orang lain terjangkit.


(Kredit: Dr Zubaidi Hj Ahmad)


Petua Tambahan untuk merawat batuk kanak-kanak

Satu lagi tip yang diberikan oleh Puan Siti Farah Aini Jamaludin, Pakar Fisioterapi dari Pusat Perubatan Alpha ialah ibu bapa boleh menepuk pada dada atau mengurut belakang anak bagi tujuan melonggarkan kahak dan memudahkan pernafasan anak.


Suplemen untuk kanak-kanak

Satu lagi cara dengan memberikan supplemen kepada anak-anak terumata yang berusia 1 tahun ke atas. Di Shaklee, Meal Shakes dan Omega Guard dua supplemen yang sangat femes dan sangat sesuai untuk peringkat kanak-kanak.


Omega Guard kaya dengan asid lemak omega 3 termasuk EPA dan DHA yang baik untuk imuniti dan juga perkembangan otak kanak-kanak. Omega Guard dikatakan dapat membantu melegakan dan menghilangkan batuk (terutama batuk berkahak) kanak-kanak.


Omega Guard packaging baru tapi dalam sama


Meal Shakes nutrisi lengkap dengan 19 vitamin dan mineral untuk tumbesaran dan perlindungan sistem imun kanak-kanak. Mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin dan protein untuk perkembangan tulang yang sihat. Dan makanan untuk otak yang bijak juga kerana ia mengandungi kolina, kalsium dan protein.

Meal Shakes untuk kanak-kanak
  



Apa kata ibu-ibu lepas memberikan supplemen shaklee untuk anak-anak mereka?


Testimoni Shaklee untuk anak batuk














Jom dapatkan produk Shaklee sekarang! Hubungi Gee ke 013-5707812 atau klik gambar di bawah untuk pautan Whatsapp.






5 comments: