08 July 2020

Kenali Kitaran Haid dan Penting untuk Kesuburan


Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya ialah 28-30 hari. Tapi ada wanita yang mengalami kitaran yang pendek dan panjang tetapi masih lagi normal jika kitaran haidnya antara 21 hingga 35 hari.




Dalam kitaran haid yang berlaku selama 28 hari, fasa yang berlaku ialah:

Hari 1-7

Dalam masa ini berlaku fasa pengeluaran darah haid. Sebaik-baiknya pada hari pertama haid, setiap wanita menadakan pada kalendar bagi tujuan merancang keluarga sama ada mahu hamil atau mengelakkan kehamilan.


Hari 7-14

Dalam masa ini dinamakan fasa follicular di mana tahap hormon estrogen meningkat dalam tubuh seorang wanita. Pada rahem wanita, dinding rahem akan menebal bagi persediaan untuk hamil. Ovum dalam ovari pula mematangkan diri untuk dikeluarkan ke saluran fallopian bagi tujuan persenyawaan.


Hari 14

Pada masa ini proses ovulasi bermula di mana telur ovum dikeluarkan dari ovari. Dalam pada masa yang sama hormon Luteinizing (LH) akan meningkat dalam darah. Telur ovum yang disenyawakan dengan sperma teurun ke rahem melalui fallopian tube semantara telur ovum yang tidak disenyawakan akan mati.


Hari 15-28

Fasa ini dinamakan fasa luteal atau fasa secretory. Pada masa ini hormone progestrone dikeluarkan untuk menrangsangkan penebalan dinding rahem. Jika tiada persenyawaan berlaku, tahap hormon ini akan menurun dan menyebabkan dinding rahem akan runtuh dan mengalami pendarahan hai pada hari pertama kitaran haid.




Tahukah anda?

Pengiraan kitaran haid penting untuk setiap wanita terutama yang telah berkahwin, ia penting dalam menentukan waktu subur.

Pasangan suami isteri yang ingin HAMIL, masa yang terbaik untuk melakukan hubungan intim suami-isteri ialah pada hari ovulasi, di mana telur ovum dikeluarkan dari ovari. Ia berlaku lebih kurang 14 hari daripada hari pertama period seterusnya.


Contoh, jika kitaran haid adalah 28 hari, maka hari subur ialah 28 hari - 14 hari = 14 hari.

Jadi, hari ke 14 itu adalah hari subur.

Jika kitaran haid selama 30 hari, maka 30 hari - 14 hari = hari ke 16 ialah hari subur bukan lagi hari ke 14. Sekiranya kitaran haid adalah 35 hari, maka 35-14 = hari ke 21 adalah waktu suburnya.


(kredit to Dr Zubaidi)




Andakah kitaran haid anda teratur?

Sekiranya kitaran haid tidak menentu, agak sukar mengira hari subur.. berkemungkinan sukar juga untuk hamil..

Walabagaimanapun, rezeki itu datang dari Allah, kita berusaha, berdoa & bertawakal kepada Allah swt.




Kawal atur kitaran haid dengan suppelement Shaklee, GLA Complex bagi wanita.




GLA atau nama panjang dia Gamma Linoleik Acid, dia penting untuk tubuh badan kita sebabnya badan kita ni tak boleh hasilkan sendiri GLA. Jadi perlu ambil dari sumber makanan.

GLA paling penting fungsi dia untuk membentuk prostaglandin bagi mengawal selia hormon dalam badan kita termasuk hormon orang lelaki juga, memperbaiki senggugut dan period pain.


Kebaikan lain GLA Complex untuk wanita
  1. Mengawal atur kitaran haid
  2. Memperbaiki senggugut
  3. Melegakan gejala PMS apabila datang bulan/period
  4. Menstabilkan hormon dalam badan
  5. Mengurangkan simptom menopause
  6. Melambatkan penuaan sebab ada vitamin E skali dalam dia



Ada masalah periof tak teratur dan senggugut? Boleh ikhtiar dengan GLA Shaklee.

Baca juga >> Tips senggugut





Jom dapatkan produk Shaklee sekarang! Hubungi Gee ke 013-5707812 atau klik gambar di bawah untuk pautan Whatsapp.






2 comments:

  1. wahhh para perempuan dan pasangan suami isteri terutamanya kena ambil tahu kan pasal ni hehe. terima kasih share info! :D

    ReplyDelete
  2. kami ada masalah ni sejak remaja. so lepas kawen, terus dapatkan rawatan/nasihat doktor untuk hamil. Namun doktor tak syorkan campur2 ubat. buat rawatan satu-satu..

    ReplyDelete