Oct 26, 2017

9 Tips Kurangkan Senggugut




Tiap wanita pasti akan mengalami senggugut tapi yang berbeza adalah kadar kekerapan dan sakit setiap orang. 

Bagi gee sendiri, jika diberi skala dari 1-10, sakit senggugut yang biasa gee alami dalam skala 2-4. Maksudnya gee tak ada alami senggugut yang teruk sangat lagi la. Alhamdulillah ;)) 


Sebelum gee share tips, gee nak berkongsi dulu apa dia simptom senggugut.

• Sakit mencengkam, kejang atau keduanya pada bahagian pelvis

• Sakit yang boleh melarat ke bahagian pinggang dan paha 

•Simptom sampingan yang lain seperti loya, muntah, sakit kepala, pitam, sembelit, cirit-birit, sakit dan rasa bengkak pada payudara dan abdomen. 


Awas! Senggugut teruk antara simptom endometriosis. 



[TIPS KURANGKAN SENGGUGUT]


1- Amalkan sikap positif dan tenang 

Jangan fokus sangat pada rasa sakit. Cuba buat perkara lain yang boleh memberi ketenangan. Contohnya berzikir dan berdoa. 


2- Minum air suam

Elak minum air sejuk dan ais. Cuba minum halia madu.

Contohnya; masa air baru mendidih, campur 5 hiris alia dan 3 sudu besar madu. Tunggu suam baru minum. 


3- Awasi garam dalam makanan

Jika berlebihan mengambil garam akan membuatkan badan menyimpan banyak air. Ini boleh sebabkan rasa kejang di bahagian perut masa haid. 

Contohnya makanan ringan. Jika boleh elak mengambil makanan ringan beberapa hari sebelum datang bulan. 


4- Urutan 

Urutan boleh membantu melegakan rasa sakit akibat kontraksi otot di bahagian rahim. Guna minyak urut panas berangin dengan urutan lembut. 

Satu lagi cara, guna bawang merah yang telah ditumbuk dan campur dengan sedikit minyak untuk disapu pada perut. 


5- Guna pad pemanas 

Pad pemanas ada dijual di farmasi dan boleh diguna untuk melegakan sakit senggugut di bahagian perut. 

Atau cara lebih mudah guna botol berisi air panas yang dibalut dengan tuala sebagai alat tuam. 

Atau mandi air hangat / suam untuk mengurangkan kesakitan. 


Petua Semula Jadi 
------------------------------

6- Campurkan halia yang ditumbuk dengan serbuk lada hitam. Kuantiti sama banyak bagi dua jenis bahan. Boleh dimakan dalam 1 minggu atau 2 minggu sebelum haid. 


7- Amal makan kunyit, asam jawa dan gula merah yang telah direbus. Air rebus itu kita boleh minum lepas makan tengahari dan lepas makan malam. Tempoh makan dalam seminggu sebelum datang haid. 


8- Guna 3 ulas bawang putih dan dipotong nipis. Kemudian 5 biji lada hitam ditumbuk halus. Kemudian campur semua dengan air panas. Boleh diminum setiap hari pada waktu malam. 


9- Ambil 9 biji pinang tua, bakar hingga jadi arang dan tumbuk halus. Campurkan secawan air suam dan minum sembilan hari berturut dari hari pertama datang haid. 


* * * 


Ada satu lagi lain, yang ni gee sendiri pernah buat dan alami sendiri. Cara ni mudah iaitu gee makan suplemen OSTEMATRIX. 

Tip gee buat bila period pain datang, gee amik 2 biji Ostematrix bila senggugut ni datang menyerang. Lepas itu berehat sekejap. IshaAllah akan rasa ada kurang sakit nanti. 




Apa bagusnya Ostematrix ini? 

Dia mengandungi Kalsium + Vitamin D  + Magnesium. 3 mineral ni memang bagus untuk otot terutama Magnesium. Magnesium fungsi dia menenangkan otot so secara tak langsung boleh melegakan rasa sakit di bahagian perut bila datang senggugut. 


Satu lagi makan GLA COMPLEX. Yang ni ramai customers suka amik untuk yang ada senggugut. 




Gamma Linoleik Asid (GLA) membentuk prostaglandin untuk memperbaiki simptom PMS seperti kesakitan, mood swing, retensi air dan sakit payudara. 










Hubungi Gee untuk dapatkan maklumat lebih lanjut tentang produk Shaklee, proses pendaftaran keahlian Shaklee dan juga harga istimewa serta konsultasi ekslusif Shaklee.


Nurzhiana Mohd Yunus

Pengedar Shaklee: ID 1085116

WhatsApp: click link http://Www.wasap.my/60135707812/

FB: Ziana Eunos


Terima Kasih kerana memilih Shaklee!