05 December 2020

Cara Sistem Imun Bekerja Melindungi Badan Kita

 

Sistem imun sangat penting untuk badan kita. Ia umpama tentera yang akan bekerja melindungi badan setiap masa dari serangan virus, kulat dan bakteria. Sistem imun juga bertindak melindungi badan dari jangkitan dan pertumbuhan sel tidak normal. 



Bagaimana cara sistem imun badan ini bekerja untuk melindungi tubuh badan kita?

Ada 3 tahap sistem imun badan kita berfungsi untuk melindungi badan dari segala serangan. 

Tahap 1 

Peringkat pertama pertahanan badan kita terdiri daripada kulit, peluh, air mata, air liur, mukus dan asod perut yang akan menghalang, memerangkap atau membunuh kuman daripada masuk ke dalam badan kita. 

Tahap 2

Apabila kuman berjaya melalui tahap pertama tadi, lapisan kedua badan pula kan bertindak yang terdiri daripada sel-sel imun, termasuk sel darah putih dan sel pembunuh semulajadi. Pada tahap ini juga protein isyarat imun yang dipanggil Interferon bertindak untuk mengaktifkan dan meningkatkan tindak balas imun untuk melindungi daripada serangan kuman. 

Tahap 3

Pada tahap ketiga, sistem pertahanan badan bertindak balas secara khusus terhadapa jenis kuman tertentu dan akan mengingatinya. Jika ia menyerang lagi maka badan akan bertindak balas dengan segera dan tepat. 

Tahu tak? Tindak balas imun boleh menyebabkan kerosakan pada sel-sel badan kita. Untuk memastikan sel-sel dapat pulih dengan sendirinya, badan kita memerlukan nutrien yang cukup.


Nutrien untuk merangsan sistem imun badan

  • Protein - Membantu menyokong penghasilan antibodi badan dan merendahkan peluang kuman untuk masuk ke dalam badan. Protein ESP.
  • Vitamin dan Mineral - membekalkan nutrien yang lengkap agar sistem imun dapat berfungsi dengan optimum. Dapatkan dari Vitalea.
  • Omega 3 - terbukti dapat membantu untuk mencapai kesihatan optimum badan, mengurangkan keradangan dan gerak balas imun yang terlalu aktif. Dapatkan dari Omega Guard.
  • Vitamin C - adalah otot sistem imun. Ia menggalakkan fungsi sel darah putih seperti mencari, memerangkap dan memusnahkan benda asing yang cuba masuk ke dalam badan kita. Dapatkan dari Vita C Plus.
  • Bawang putih - antibiotik semulajadi yang kuat dan berupaya meningkatkan sel darah putih.
  • Biji labu, biji plantago, bunga Safflower, honeysuckle Jepun - secara semulajadi boleh meningkatkan tahap interferon badan dan menyediakan sokongan imun pada peringkat sel. Dapatkan semuanya dari sekotak Nutriferon.
  • Resveratrol dan Polifenol - meningkatkan kegiatan sel-sel pembunuh semulajadi semasa membaiki dan melindungi sel-sel DNA badan kita. Boleh dapatkan dari Vivix atau ResV.



Cukupkan badan dengan nutrien yang betul dapat membantu memantapkan sistem imun badan kita.

Apapun yang penting jaga makan minum, kawal stress dan tekanan sebab stress boleh melemahkan fungsi imun badan kita dan amalkan gaya hidup sihat. 


Masa wabak covid-19 sekarang penting kuatkan sistem imun badan. Moga semua dilindungi dan jagalah kesihatan sebaiknya. 



6 comments:

  1. Selain perlukan sistem imun yang kuat,
    kita juga perlu elakkan daripada terdedah kepada jangkitan.

    ReplyDelete
  2. thank you sharing info sihat mcm ni

    ReplyDelete
  3. betul tu..kena kuatkan sistem imun di waktu pandemik ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya sangat2 penting masa covid ni imun mesti mantap

      Delete