Pengalaman Sendiri Buat Intermittent Fasting (IF) dengan Shaklee

Hi semua. Kalini Gee nak kongsikan pengalaman Gee buat inetrmittent fasting (IF) dengan mengambil produk Shaklee juga. Kisahnya Gee tahu je pasal IF ni cuma tak berapa nak amik tahu sangat lebih mendalam. Buat pun sekadar suka-suka dan tak ada ilmu sangat.

Pengalaman Sendiri Buat Intermittent Fasting (IF) dengan Shaklee

Tapi kalini Gee dah mula buat lebih serius. Gee mula buat hujung bulan Julai iaitu 25 Julai 2022 sampai harini masih gigih lagi buat IF ni hehe. 

Kisah bermulanya Gee buat Intermittent Fasting (IF)

Biasa jarang makan malam. Jika ada makan pun sikit je. Lepastu bila bangun pagi perut pun tahan lapar lama. Sebelum ni ada juga buat IF tapi tak serius, tak berapa amik tahu sangat pasal IF. Sekadar buat tanpa ada ilmu. 

Gee mula semangat buat Intermittent Fastin (IF) pada 25 Julai minggu lepas, lepas dengar kawan sama Shaklee buat sharing pasal IF. Setakat harini dah 6 hari Gee buat. Gee mula download apps untuk fasting. Guna 2 jenis apps iaitu fastic dan fasting. Bila dah guna apps ni gee rasa lebih teratur dan berdisiplin buat IF. 

Bawah ni Gee kongsikan progress IF dalam 6 hari. Paling basic Gee buat 14 jam dan paling lama 16 jam. 

Pengalaman Sendiri Buat Intermittent Fasting (IF) dengan Shaklee

Rutin harian Intermittent Fasting Gee

Gee mula buat IF waktu petang biasanya 6 petang dan esok pagi makan dalam jam 9-10 pagi macam tu. Untuk waktu pagi sarapan Gee makan macam biasa. Kadang ada makan kuih-muih mak masak. Tapi Gee kawal lah makan contoh 1 biji karipap, mee goreng tu semangkuk kecil je.

Kemudian lepas makan Gee minum Vivix campur dengan Cinch tea. Tujuaan dia untuk bakar extra lemak, kawal makan, beri tenaga pada badan lepas buat IF. Yang vitamin C tu Gee memang tak skip makan untuk sistem imun dan kulit. Satu lagi multivitamin Vitalea bagi bantu cukupkan nutrien dalam badan Gee. Ye lah makanan pun tak berapa nak cukup semua vitamin hehe.

Pengalaman Sendiri Buat Intermittent Fasting (IF) dengan Shaklee

Waktu lunch Gee makan macam biasa juga. Ada makan nasi dan lauk-pauk. Untuk waktu petang kadang-kadang ada minum kadan tak. Bila tak makan apa-apa petang Gee minum protein shake iaitu ESP atau Cinch Coklat. Minuman protein ni Gee suka sebabn boleh memberi rasa kenyang lebih lama. Tahan sampai ke pagi. 

Tujuan buat Intermittent Fasting (IF) 

  • Untuk menjaga kesihatan dalam jangka panjang
  • Untuk bantu kawal dari makan macam-macam waktu malam
  • Jaga makan minum harian Gee. Sejak IF ni dah tak makan minum yang manis.
  • Untuk awet muda hihi
Pengalaman Sendiri Buat Intermittent Fasting (IF) dengan Shaklee

Yang terakhir Gee nak kongsikan efek buat Intermittent Fasting (IF) dalam masa 6 hari.

Paling beza bila buat IF ni Gee dah lebih banyak minum air kosong. Body water dah naik kan. Makan juga terkawal dan tak makan banyak sangat dah. Kulit kaki juga Gee tengok dah tak kering sangat. 

Satu lagi korang boleh tengok beza gambar bawah ni. Body fat Gee dah menurun banyak sebanyak 4 peratus. Walaupun berat ada naik (mungkin faktor Gee timbang lepas makan hehe, yang sebelum tu pagi timbang). Visceral fat Gee juga dah menurun balik. 

Fat free mass menaik dah. Maksudnya lemak dah kurang tapi komponen badan yang lain meningkat seperti air, otot, tulang dan organ. 


Pengalaman Sendiri Buat Intermittent Fasting (IF) dengan Shaklee

Alhamdulillah setakat harini Gee suka buat IF. Jadi seronok buat. Air kosong dah jadi teman baik dah hehe. Apapun yang penting kita jaga makan minum untuk badan kita sihat selalu. 


Tunggu next entri untuk info lanjut berkenaan intermittent fasting dari Gee ok. 

Baca juga >> Berjaya Buat Intermittent Fasting (IF) Selama 18 Jam



Post a Comment

10 Comments

  1. Dah terikut tanpa segaja.. hahaha
    time kasih hasut balik ke pangkal jalan

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, jom kak kita buat sama2 utk ikhtiar sihat

      Delete
  2. Thanks for sharing your Intermittent Fasting with Shaklee , I always wanna do Intermittent Fasting, now with this reference, I'm tempting to start. Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  3. Selalu dengar tentang Intermittent Fasting cuma belum berkesempatan nak buat lagi. Terima kasih kongsi tentang IF dengan shaklee ni. InshaAllah boleh cuba ni :D

    ReplyDelete
  4. Banyak benefit buat IF ye. Awet muda yang best tu. Hehe

    ReplyDelete
  5. Pernah juga buat.. cuma nak konsisten tu yang mencabar... akhirnya ke laut cina selatan jua.. dan tinggallah sebagai kenangan terindah... hahaha

    ReplyDelete