23 January 2021

Pantang Larang Makan Vitamin C

 

Makan Vitamin C pun ada pantang larang? Ada yang pernah bertanya Gee soalan ni. Ok kat sini Gee nak terangkan apa pantang larang dia supaya bila kita amik Vitamin C tak adalah membazir begitu saja.



Pantang Larang Memakan Vitamin C atau Suplemen Vitamin C


1. Rajin minum air kosong sebabnya vitamin C jenis larut air. Air cukup dapat membantu nutrien vitamin C ke seluruh badan kita.


2. Elak makan Vitamin C dengan gula. Ni ramai yang terlepas pandang. Kenapa tak boleh gula dan Vitamin C? 

Sebabnya gula dan vitamin C ni dalam badan kita dia guna jalan yang sama. Bila gula dan vitamin C bertembung, vitamin C akan kalah dengan gula. So macam kurang berkesan lah vitamin C yang kita dah ambil tadi. Lepas ini pastikan jarak bila nak makan vitamin C dan makanan atau minuman bergula. Walaupun makan buah juga sama, elak minum dengan air manis. 


3. Makan Vitamin C setiap hari. 

Perlu sangat kita amik Vitamin C ni setiap hari sebab badan kita manusia tak boleh hasil sendiri vitamin C. Jadi kita kena amik tiap hari. Tambah lagi kita sibuk dengan pelbagai aktiviti harian, makin cepat juga vitamin C akan hilang dari badan kita. 


4. Jangan stress atau marah!

Ni saja nak tambah, berdasarkan bacaan Gee, bila kita stress atau marah paras vitamin C cepat hilang atau musnah dalam badan kita. So lepas ni jika korang selalu rasa stress atau marah rajin-rajinlah makan buah atau suplemen vitamin C tiap hari. Bahaya kurang vitamin C ni. Boleh baca tanda badan kita kurang Vitamin C.


5. Jangan makan Vitamin C dengan kafein. 

Ok ni penting juga. Tau ramai peminat kafein. Tapi pastikan kita jarakkan masa bila nak amik Vitamin C dengan air kafein. Nanti kurang penyerapan Vitamin C macam rugi pulak. 


Itulah dia pantang larang Vitamin C yang boleh Gee kongsikan. Lepas ini senang dah tahu dan boleh dapat kesan maksimum makan vitamin C. 




Rajin-rajin makan Vitamin C tiap hari mula harini. Lagi-lagi sekarang wabak / pendemik covid 19, memang perlu untuk kuatkan imuniti badan kita. 

 

Macam Gee makan Vitamin C Shaklee ni tiap hari dalam 2-4 biji sehari. Kira dalam 2000mg untuk usaha mantapkan imun badan dan gee juga ada masalah resdung bersin. Sekarang dah ok dah bersin resdung tu. Alhamdulillah. 




Berminat nak dapatkan Vitamin C, anda bolehlah terus menghubungi Gee di 013-5707182 atau klik gambar bawah ini untuk pautan whatsapp.



4 comments:

  1. Pernah dgr vit c tak boleh mkn dengan udang...wallahuaklam..
    tp mmg bgus vit c mkn waktu mcm ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada dengar juga tu dulu. Apa pun kita mkn ikut dos sesuai inshaAllah ok.

      Delete
  2. pantang larang ambik Vitc, tau kena byk minum air, itu ja.. hehe

    ReplyDelete
  3. Baru tau makan vitc tak boleh ambil sekali dengan air manis. thanks for info
    nak kurus? check out this website kurus
    untuk lain2 boleh click di bawah
    bengkung
    persediaan bersalin
    ibu bersalin
    minyak urut

    ReplyDelete