30 June 2021

Cara Buat Poster Motivasi Guna Canva

 

Tutorial kalini Gee nak kongsikan cara buat poster motivasi guna canva. Sangat mudah juga buat yang ini cuma kita kena rajin cari kata-kata motivasi yang sesuai kita nak tulis je nanti.


Mula-mula pergi ke canva.com. Pilih home. 

Kat design anything tu pilih yang social media. Kemudian boleh pilih guna size media apa. Macam Gee suka pilih instagram post atau social media (boleh skrol ke kanan). Size instagram tu biasa akan muat je kat semua jenis media sosial kan. 



Kemudian nanti akan kat template tu boleh search "motivation". Kat situ akan keluar banyak jenis template untuk buat poster motivasi. 



Bila dah klik template motivation tadi, ada banyak pilihan. Contoh bawah ni macam Gee buat ni. 



Ni template satu lagi Gee guna. 



Hasilnya, akan jadi macam poster bawah ni Gee buat tadi. Poster ni Gee fokus tema motivasi.






















Macam mana korang? Menarik tak? Cantik tak? Mudah sangat buat guna canva. Tukar ayat je. Font tu biasa tak tukar dah sebab dah cun canva buatkan. Gambar tu boleh jika ada yang sesuai nak tukar. 





Continue Reading

29 June 2021

Cara Buat Logo Sendiri Guna Canva

 

Ramai yang nak ada logo sendiri kan? So, Gee akan tunjuk macam mana boleh buat logo sendiri dengan mudah. 


Mula sekali pergi ke Canva.com 

Search logo dulu. Boleh pilih nak macam mana bentuk logo kita nak.



Ni contoh logo yang Gee buat, ikut nak design macam mana. Hanya tukar ayat dan warna saja. Siap. Senang je kan buat logo ni. 



Contoh Gee buat logo bentuk bulat. Lepas itu:
  1. Klik download.
  2. Size pastikan adjust sampai 3 supaya gambar tak pecah nanti
  3. Jangan lupa klik transparent background.
  4. Akhir sekali download je terus.



Ni contoh logo Gee buat guna canva tadi.

Desigan A

Design B


Jika letak di poster atau gambar, logo jadi macam ni pulak.





Untuk canva bagi yang tak boleh buang background tu boleh juga buang guna ini >> remove background 


Selamat mencuba semua :)

Terima kasih. Next Gee akan kongsikan tutorial lain pulak. 





Continue Reading

28 June 2021

27 June 2021

Set Kesihatan Lelaki Shaklee

 

Sama seperti wanita, lelaki juga turut memerlukan vitamin / suplemen untuk kesihatan. Ada beberapa pilihan vitamin untuk lelaki yang boleh di amalkan. 


Set lelaki shaklee

Ada 8 jenis pilihan suplemen untuk kesihatan lelaki.


Set Lelaki Shaklee


1. Protein Soya

  • Protein penting untuk binaan asas badan termasuk untuk memperbaharui sel-sel dalam badan setiap hari. 
  • Membekal tenaga yang berterusan sepanjang hari.
  • Membantu membina dan mengekalkan jisim otot.
  • Membantu mningkatkan kesihatan prostat.
  • Membantu mengawal paras kolesterol yang sihat.
Suplemen protein boleh ambil ESP Shaklee untuk lelaki. 



2. Vitamin C

Vitamin C merupakan vitamin ultra-versatil yang lelaki mesti cuba untuk dapatkan. Vitamin C ni boleh diambil daripada makanan seperti buahan sitrus, sayuran, dan suplemen vitamin C.

Kebaikan Vitamin C untuk lelaki

  • Memberi lebih rangsangan kepada sistem imun.
  • Mengucapkan selamat tinggal kepada hidung berhingus pada waktu pagi.
  • Mempercepatkan penyembuhan luka.
  • Meningkatkan penyerapan zat besi.
Vitamin C Shaklee untuk lelaki. 



3. Kalsium

Kalsium merupakan salah satu mineral penting untuk kesihatan tulang. Ia berperanan yang sangat penting dalam hampir setiap aktiviti harian.

Antara kebaikan kalsium untuk lelaki 
  • Membantu tulang yang kuat dan sihat. 
  • Mengurangkan masalah kejang otot semasa berlatih dan bersenam. 
  • Membantu tidur yang lebih baik, lebih lena.
  • Mengurangkan risiko untuk mendapat osteoporosis dan keretakan tulang.

Suplemen kalsium boleh amik Ostematrix untuk lelaki. 



4. Asid Lemak Omega 3

Minyak ikan dan minyak biji rami adalah sumber asid lemak Omega-3 seperti EPA, DHA dan ALA yang bagus, iaitu lemak sihat yang kita perlukan untuk kita kekal sihat.

Manfaat Omega 3 untuk kesihatan lelaki
  • Fokus dan cemerlang dalam pelajaran atau kerja.
  • Melegakan kekeringan mata.
  • Mengawal emosi dan menikmati mood yang lebih baik.
  • Pengurusan berat badan yang sihat.
  • Meningkatkan kesihatan jantung dengan tekanan darah, peredaran darah, dan paras kolesterol yang terkawal.
  • Tulang lebih kuat dan sendi lebih fleksibel, untuk memudahkan pergerakan.
  • Minda cerdas dengan daya ingatan yang bagus pada usia tua saya.
Suplemen Omega 3 boleh ambil Omega Guard untuk lelaki. 



5. Zink

Lelaki sejati mengambil zink. Walaupun zink diperlukan oleh badan dalam jumlah yang kecil, ia memainkan peranan besar untuk memastikan lelaki berasa sihat dan maskulin pada setiap peringkat hidupnya.

Kebaikan Zink untuk lelaki
  • Sperma yang lebih sihat.
  • Paras testosteron dan prostat yang sihat.
  • Mengurangkan tempoh selesema biasa.
  • Meningkatkan stamina dan prestasi.
Suplemen zink boleh amik Zinc Plus Shaklee. 


6. Koenzim Q10 (CoQ10)

Koenzim Q10 dihasilkan secara semulajadi dalam badan kita, yang mengoptimumkan fungsi sel untuk memberi kita ledakan tenaga.

Kebaikan CoQ10 untuk lelaki
  • Meningkatkan stamina sepanjang hari.
  • Kiraan sperma yang sihat dan sperma yang aktif bergerak.
  • Meningkatkan kekuatan dan jisim otot.
  • Mengurangkan sakit kepala/ migrain.
  • Menjaga kesihatan jantung supaya kuat mengepam dan sihat pada usia tua saya.
  • Mengurangkan risiko penyakit Alzheimer’s.
Suplemen CoQ10 boleh ambil CoQTrol Plus Shaklee.



7. Vitamin B

VitaminB yang baik adalah yang lengkap dengan semua lapan jenis Vitamin B iaitu tiamina (B1), riboflavin (B2), niasin (B3), asid pantotenik (B5), piridoksin (B6), biotin (B7), folat (B9) dan kobalamin (B12). Untuk dapatkan semua jenis vitamin B ini dalam satu tablet anda boleh mengambil suplemen B-Complex Shaklee. 

Kebaikan Vitamin B untuk lelaki
  • Memberi tenaga pada badan.
  • Meningkatkan metabolisma badan.
  • Membantu mengurangkan tekanan, stress dan mood menjadi yang lebih baik.
  • Membantu meningkatkan prestasi otot dan daya ketahanan badan lelaki.
  • Membantu menambah baik daya ingatan dan kesihatan kognitif pada usia tua.

 
8. Vitamin E

Vitamin E juga penting untuk membantu meningkatkan kelelakian anda! 

Kebaikan Vitamin E untuk lelaki
  • Mmebantu sperma yang sihat dengan kepala dan ekor yang sihat.
  • Membantu sperma bergerak ke hadapan ke arah yang betul.
  • Membantu meningkatkan peluang mensenyawakan ovum.
  • Membantu mengurangkan sakit otot selepas aktif berlatih dan bersenam atau sebarang aktiviti fizikal.
  • Membantu mengurus andropaus dengan lebih baik



Itulah 8 jenis pilihan dan cadangan suplemen untuk kesihatan lelaki. 




Berminat nak dapatkan Set Kesihatan Lelaki dari Shaklee boleh terus menghubungi Gee. Klik gambar untuk pautan Whatsapp.




Continue Reading

26 June 2021

Cara Edit Ayat di Footer Blog

 

Mungkin ada yang teringin nak letak ayat di footer blog bagi lebih menarik. Footer blog ni terletak bawah sekali kat kaki blog kita. Yang menariknya kita boleh guna ayat kita sendiri nak. Ok Gee kongsikan cara dia satu persatu.

Cara Edit Ayat di Footer Blog

Hasilnya nanti akan dapat macam ni. 



1. Pergi ke setting blog, pilih layout.  Kemudian skrol ke bawah pilih yang footerwidgetsarea dan add a Gadget. 


2. Kat Gadget ni skrol dan cari Text macam bawah ni. 



Nanti akan jadi macam bawah ni. Ada "Configure text". Di sinilah boleh tulis apa ayat kita nak. 




Contoh Gee tulis Title dan Content. Yang bulat merah tu boleh edit nak tulisan bold ke tak dan macam-macam ikut citarasa sendiri. 


Terakhir sekali jangan lupa klik Save. Kemudian korang boleh view blog. Jadi tak?? Boleh tinggalkan komen jika jadi nanti Gee datang singgah blog korang. Terima kasih. 

Selamat mencuba :) 




Continue Reading

25 June 2021

Set Migrain Shaklee 2021

 Apa itu migrain?

Apa yang ada dalam Set Migrain Shaklee?

Testimoni Pengguna Set Migrain 

Set Migrain Shaklee

Migrain ialah sakit kepala yang boleh menyerang berulang kali. Dan ia biasanya berlaku hanya di sebelah kepala saja. Memang membuatkan rasa tak selesa, tak boleh buat apa kerja apabila diserang migrain.


Punca berlakunya migrain:
  1. Tidak cukup tidur atau terlebih tidur
  2. Pemakanan harian yang tidak seimbangdan berkhasiat (suka minuman berkafein, makanan yang ada, monosodium glutamate(MSG))
  3. Perubahan cuaca
  4. Terlalu lama mengadap TV atau menghadap skrin komputer
  5. Tekanan emosi atau stres
  6. Merokok
  7. Jantina (3 – 4 kali lebih kerap di hidapi wanita berbanding lelaki)
  8. Ketidakseimbangan/perubahan hormon (contoh bagi wanita masa datang haid)
  9. Keturunan

Cara untuk mengatasi dan mengurangkan sakit kepala migrain

Berehat sebentar dari segala aktiviti. Jika boleh duduk dalam bilik yang gelap dan tidur sekejap. Minum air kosong. Selain itu, jauhkan diri dulu dari melihat telefon atau tv. Tu cara mudah.

Satu lagi boleh juga mengambil suplemen untuk mengawal sakit migrain dari berulang. Bolehlah mencuba set migrain.


Set Migrain Shaklee

Dalam set migrain ini ada dua suplemen penting untuk membantu mengurangkan, mengawal sakit migrain dari kerap datang. 

Gabungan B-Complex dan Ostematrix sangat membantu mereka yang kerap datang migrain berulang kali. 


Kebaikan Set Migrain Shaklee

Set Migrain Shaklee
Set Migrain Shaklee


Set migrain ini boleh diambil setiap hari walaupun bukan diserang migrain. Set ini juga bagus untuk kesihatan. Seperti Ostematrix bagus untuk tulang, vitamin B-Complex untuk kesihatan saraf, tukar makanan kepada tenaga, juga bagus untuk kulit. 

Dan juga ibu hamil dan menyusu juga boleh amik set ni. Memang ada dalam set hamil shaklee juga. 



Testimoni Set Migrain Shaklee


Testimoni Set Migrain Shaklee


Testimoni Set Migrain Shaklee


Testimoni Set Migrain Shaklee




Yang penting kena tahu punca yang menyebabkan migrain kita datang menyerang. Macam Gee biasanya bila datang bulan, makan makanan manis terlalu banyak dan bila berjalan keluar shoping kurang minum air dan cuaca panas memang mendorong sakit kepala dan migrain tu datang. 


Baca juga:

Punca Migrain

5 makanan atasi migrain




Berminat nak dapatkan Set Migrain Shaklee boleh terus menghubungi Gee. Klik gambar untuk pautan Whatsapp.





Continue Reading

24 June 2021

Tutorial Buat Bio Link Guna Canva Mudah dan Percuma

 

Kalini Gee nak tunjuk cara macam mana buat bio link kita menggunakan CANVA. Biasanya bio link ni ramai yang guna linktree lah salah satu contoh. Tapi pilihan dan design terhad.

Jadi Gee terjumpa cara guna Canva jadi lebih menarik, design semua kita boleh pilih kita nak macam mana. 

Ok ni contoh Gee buat bio link guna Canva tadi. Nampak cantik kan?? Nak tau cara Gee buat? Teruskan baca sampai habis. Gee ada  tunjuk step by step. 


Mula-mula boleh pergi ke https://www.canva.com/

Kemudian search 'bio link website'.



Kemudian akan keluar banyak template korang boleh pilih mana-mana yang menarik. Contoh Gee pilih template macam kat bawah ni. 



Lepas pilih template boleh edit design masing-masing. Untuk isi link, contoh link whastapp. 

1. Klik perkataan Whtasapp 
2. Klik 3 titik
3. Klik simbol link
4. Isi link yang kita nak tadi



Dah siap letak semua link, klik titik 3 dan klik 'share link'. Link ni yang penting nanti nak share kat public. 



Kemudian copy link tadi. Nanti link akan jadi panjang macam tak best pulak kan??


Jika nak pendekkan link nanti korang boleh pergi ke https://bitly.com/

Dah dapat link ni nanti korang boleh share link di instagram, tiktok, facebook dan di mana-mana media sosial. 


Moga dapat membantu korang buat bio link cantik dan menarik :)

Terima kasih.




Continue Reading

23 June 2021

Testimoni Terbaru Ostematrix Shaklee (2021)

 

Apa itu Ostematrix? 

Ia ada suplemen kalsium yang bagus untuk tulang. Selain tu juga ada campuran mineral lain seperti magnesium, Vitamin D, boron, mangan, kuprum dan zink. Semua mineral ni penting bekerjasama untuk tulang lebih sihat dan kuat. 


Testimoni ostematrix shaklee


Bagi yang kurang mengambil kalsium dalam makanan harian boleh mengambil Ostematrix untuk tambahan. 


Testimoni Ostematrix Shaklee dari pengguna Shaklee sendiri

1. Ostematrix untuk sakit kaki 

Testimoni ostematrix shaklee


2. Ostematrix untuk tidur lena dan senang membuang

Testimoni ostematrix shaklee


3. Ostematrix untuk sakit badan 

Testimoni ostematrix shaklee


Ostematrix untuk sembelit masa berpantang


Ostematrix untuk ibu berpantang bantu masalah sembelit


Ostematrix untuk sakit urat badan 


Ostematrix untuk period pain 


Ostematrix untuk sembelit


Ostematrix untuk ibu menyusu 


Ostematrix untuk tulang 



Itulah antara testimoni dari pengguna ostematrix shaklee. Gee sendiri memang ada ambil juga tiap hari untuk kesihatan tulang. 


Harga Ostematrix Shaklee

Harga ahli RM 49.00
Harga Pasaran RM 61.25
Sebotol 120 biji 





Berminat nak dapatkan Ostematrix Shaklee boleh terus menghubungi Gee. Klik gambar untuk pautan Whatsapp.






Continue Reading