21 July 2021

3 Tips Nak Konsisten

Konsisten penting bila kita nak buat sesuatu perkara atau pekerjaan. Ramai yang berjaya untuk konsisten dan ramai juga yang ada masalah untuk cuba konsisten dalam membuat sesuatu. Misalnya bila nak buat bisnes, konsisten tu penting dari awal.

Tips nak konsisten

3 Tips Mudah Nak Konsisten 

1. Disiplin
Paksa diri 3-4 minggu buat rutin baru. Contohnya uplod video di tiktok 2-3 video sehari, up posting di FB 3-5 posting sehari. Lama-lama akan jadi rutin dan automatik akan biasa buat.

2. Fokus
Buat betul-betul untuk satu-satu kerja/bisnes. Contoh: bila fokus nak bisnes fokus dan set dalam minda kita buat bisnes dan mulakan buat segera.

3. Buat Jadual
Tulis to do list, target, nak buat apa semua kena tulis. Bila tulis akan lebih jelas dan nampak. Ia boleh membantu agar lebih fokus dan konsisten buat sesuatu. 

Tisp tambahan dari Gee sendiri untuk konsisten buat sesuatu ni kena bersabar. Ya sabar tu penting dan ikut proses dia. Bila bersabar buat sesuatu yang baru, kemudian nanti baru akan dapat hasil. Nak berjaya dan konsisten kena bersabar. 

Tips konsisten ni bukan untuk bisnes je, apa-apa kita nak buat boleh cuba. Contoh nak konsisten makan suplemen. 

Caranya tulis satu jadual / memo supaya kita ingat bila nak makan. Simpan botol suplemen di tempat yang kita boleh nampak dan capat tiap hari.

Apa pun yang kita nak buat konsisten tu paling penting. Ia salah satu faktor utama bila nak berjaya. 




5 comments: