07 July 2021

Aktif Kembali Bersenam


Nak tau tak bersenam ni memang bukan bidang Gee lah. Malas kot nak bersenam dan aktif haha. Dah lama gila tak bersenam. 

Last Gee aktif sikit macam ada join hiking tu tahun lepas, 2020 masa tu pergi hiking di Gunung Pulai, Johor dengan sepupu. Ok lah jalan-jalan sebab ada track jalan tar. Ramai juga orang masa tu tapi sejak PKP balik, kes naik dah tak pergi situ dah.



PKP 3.0 

Nak jadi cerita Gee mula lah balik aktiviti yang boleh keluarkan peluh ni. Tapi dalam rumah jelah jalan-jalan atas treadmill. Macam biasa sebelum mula pagi tu Gee akan isi perut kosong dulu dengan minum protein ESP. Bekalan sarapan pagi yang mudah dan cepat kenyang. 


Sambil bersenam sambil dengar lagu.

Yang Aukey tu pulak wireless earphone. Tak perlu guna wayar. Saja Gee beli boleh dengar lagu sambil jalan-jalan senam atas treadmill tak lah rasa lama sangat. Gee biasanya suka dengar al-mathurat dan zikir-zikir. Last-last baru dengar lagu. 

Yang kasut pink tu sebenarnya bukan peminat pink tapi sebab tengok tapak dia pink macam 'rare' je. Beli jelah. Hahahaa. Perempuan kan nampak cantik pinky suka beli. 



Untuk ESP yang Gee minum tu, kadang Gee akan campur dengan Cinch Tea juga. Bagi lebih tenaga, tingkatkan metabolisme badan. 

Baca juga : Info Kebaikan ESP

Yang treadmill tu auntie Gee beli. Cun dah ada kat rumah ni kan dari tak guna baik Gee guna. So mula dari situlah Gee giat balik bersenam ni. Saja untuk keluarkan peluh. Sebab kerja Gee ni memang kat rumah banyak duduk dan hadap laptop. So apa salahnya Gee pagi-pagi tu bersenam dulu kan??





Selain tu Gee pun ada minum air peformance drink oren sebelum dan selepas bersenam. macam air isotonik lah. Bagi badan air balik lepas hilang masa buat aktiviti. Biasanya Gee suka minum air ni masa berpuasa. Minum sahur dan berbuka best rasa. Kurang rasa haus seharian berpuasa. 


Baca juga : Kebaikan Air Performance 


Gee kongsikan juga antara kebaikan bersenam dan aktif buat aktiviti fizikal. 

Kebaikan Bersenam 

  1. Baik untuk kesihatan jantung
  2. Meningkatkan perasaan positif
  3. Menguatkan otot dan tulang
  4. Mengurangkan risiko penyakit diabetes
  5. Mengurangkan lemak dan bantu berat badan yang ideal
  6. Badan lebih sihat dan cergas
  7. Membantu tidur lebih lena


Selamat berPKP dan bersenam semua. Moga semua sihat selalu. Jom kita aktifkan diri untuk kesihatan bersama :)



17 comments:

  1. Samaa tengah mulakan senaman nak turunkan berat badan

    ReplyDelete
  2. Selamat bersenam, Gee. Moga terus semangat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak konsisten tu mencabar hehe
      moga terus rajin :)

      Delete
  3. bagus lah bersenam
    menyihatkan badan

    ReplyDelete
  4. Selamat bersenam. Amalkan gaya hidup sihat.

    ReplyDelete
  5. Wow.. sy tertarik dgn aukey tu... Nak beli gak la.. berapa harga ek... Kasut tu punnn.. cantikkk... pink my favourite... Rasa nak beli kasut baruu

    ReplyDelete
    Replies
    1. aukey beli kat shopee rm107
      kasut beli kat lazada. jom2 beli kasut bagi semangat bersenam hehe

      Delete
  6. Musim pkp ni, banyak masa terluang. so kita bersenam je lah untuk kesihatan
    cara edit video
    cara buat video
    production house in malaysia
    cara buat video

    ReplyDelete
  7. Sejak lockdown ni akak dh lama x bersenam..last jogging bulan puasa...lepas tu gigih ternak lemak

    ReplyDelete
  8. lama jugak tak bersenam ni. dulu rajin gak jogging, sebelum pkp. Semoga kekal aktif dan sihat

    ReplyDelete