Keistimewaan dan Kebaikan vitamin B Complex Shaklee. Pernah dengar vitamin B? Vitamin B atau B-Complex ialah gabungan semua 8 jenis vitamin B. Maksudnya ada 8 jenis semua vitamin B dan semuanya ada dalam B-Complex ini. 

Kebaikan B-Complex Shaklee


Keistimewaan vitamin B Complex Shaklee
  • Vitamin B yang paling lengkap di pasaran, ada semua 8 jenis vitamin B termasuk asid folik. Kebanyakan vitamin B yang dijual di pasaran tak lengkap. Sangat penting untuk memilih vitamin B-Complex yang lengkap kerana setiap satu vitamin B ini akan berfungsi dengan lebih baik dan melengkapi satu sama lain.
  • Juga ada mengandungi 100% biotin untuk mendapat keseimbangan dan keberkesanan yang sempurna.
  • Kandungan 200mg Asid folik di dalam setiap biji B-Complex dengan kadar kebolehserapan (bioavailability) yang sangat tinggi dan berkualiti hasil ciptaan para saintis Shaklee ini menjadi kemestian untuk ANDA memilih vitamin B-Complex dari Shaklee ini!

Vitamin B yang lengkap ada semua 8 jenis vitamin B. 
Apa fungsi setiap vitamin B ini ?

Vitamin B1 (thiamin)
Fungsi : Mengubah zat karbohidrat dalam makanan menjadi tenaga.
Sumber makanan : Nasi, roti, bijiran, tepung, makanan laut seperti udang, kerang.

Vitamin B2 (riboflovin)
Fungsi : Menjaga kesihatan mata dan kulit.
Sumber : Susu , keju, ayam, brokoli, bayam.

Vitamin B3 (Niacin/Niacinamide)
Fungsi: Untuk kesihatan kulit, meningkatkan nafsu makan, memperbaiki sistem pencernaan serta membantu mengubah makanan menjadi tenaga.
Sumber: Bijiran, kacang-kacangan, daging lembu.

Vitamin B5 ( antothenic Acid)
Fungsi : Bersama-sama dengan jenis vitamin B lainnya, vitamin B5 berguna dalam proses pemecahan lemak , protein, karbohidrat menjadi tenaga. Manfaat lainnya adalah untuk pembentukan sel darah merah dan membuat vitamin D.
Sumber : Ayam, ikan sardine, alpukat, semangka.

Vitamin B6 (Piridoksin/Pyridoxin)
Fungsi : Diperlukan dalam proses asam amino dan lemak.
Sumber : Daging, ikan, sapi, kentang, tomato, pisang, buah yang berwarna unggu dan sayuran hijau.

Vitamin B7 (Biotin)
Fungsi : Membantu dalam proses pemecahan lemak, protein menjadi tenaga yang akan digunakan oleh tubuh.
Sumber: Daging ikan salmon, telur, susu, cereal, pisang dan kacang tanah.

Vitamin B9 (Asid Folik)
Fungsi : Bertugas agar sel-sel pada tubuh membesar dengan baik, membentuk sel darah merah dan mencegah kecacatan pada janin.
Sumber : Susu dan produk olahan susu, bit, hati, tembikai dan sayuran berdaun hijau.

Vitamin B12 (Kobalamin/Cobalamin)
Fungsi : Mengubah karbohidrat, protein dan lemak menjadi tenaga, menjaga sel darah merah tetap sihat, melindungi sel saraf, mencegah penyakit jantung, dan mencegah penyusutan otak yang dapat menyebabkan daya ingatan menurun
Sumber : Daging lembu, ikan, hati, telur, susu dan rumput laut.


Banyaknya makanan yang perlu kita ambik untuk mendapat khasiat lengkap kesemua 8 jenis vitamin B ni kan. Sebab tu Gee ada mengambil suplemen vitamin B Complex kerana dalam satu tablet sudah lengkap semua ada tapi makanan ni semua PERLU diambil macam biasa juga.

Kebaikan vitamin B Complex Shaklee


Kebaikan Vitamin B Complex untuk kesihatan
  • memberi tenaga kepada tubuh
  • membantu kemampuan berfikir
  • mengelakkan penyakit beri-beri
  • melambatkan proses ubat di rambut
  • penting untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut
  • penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf
  • mencegah stress
  • menguatkan antibodi tubuh
  • amat penting untuk aktiviti sel genetik
  • diperlukan dalam pembentukan protein asid amino
  • memproses dan memnghasilkan sel-sel darah merah
  • mencegah anemia (tekanan darah rendah)
  • perlu untuk pembentukan dan aktiviti sel genetik bagi ibu mengandung
  • mencegah kecacatan tulang belakang (penting diambil semasa mengandung)

    Kebaikan vitamin B Complex untuk kanak-kanak
    • merangsang pertumbuhan.
    • meningkatkan kemampuan berfikir.
    • memberikan tambahan tenaga.

      Sangat banyak manfaat vitamin B-Complex ini. Sebab itu kita digalakkan untuk mengambilnya tiap tiap hari. Tapi apa akan jadi jika badan kita kekurangan vitamin B??

      Tanda-tanda badan kekurangan vitamin B
      • kemurungan, mudah marah, merajuk , emosi tak stabil.
      • selalu letih , tidak bermaya, wajah nampak lesu dan kusam
      • sentiasa resah gelisah
      • mudah panik, menggelabah, darah gemuruh
      • kurang selera makan
      • sembelit
      • kurang fokus & konsentrasi
      • rambut kelemumur
      • tekanan atau emosi sewaktu haid
      • sakit pada bahagian abdomen
      • mudah bengkak pada buku lali, kebas di tangan dan kaki

        Siapa yang memerlukan vitamin B Complex Shaklee ini ?
        • mereka yang mudah terdedah kepada sinaran matahari
        • mereka yang mudah terdedah kepada tekanan kerja dan beban kerja yang banyak
        • mereka yang mempunyai sakit kencing manis , tekanan darah tinggi, migraine
        • mereka yang tidak dapat focus dalam pekerjaan yang dilakukan (stress)
        • mereka yang hendak menjaga kecantikan tubuh badan
        • mereka yang ingin nampak cantik dan muda
        • wanita yang mengandung, berpantang selepas bersalin dan menyusukan anaknya
        • wanita yang mengambil pil perancang
        • wanita yang merancang untuk mengandung (kesuburan)


          Banyak jenis vitamin B-Complex yang dijual di pasaran , macam mana anda nak pilih yang baik dan berkualiti ??

          Di sini Gee sertakan juga panduan tips memilih vitamin B Complex
          1. Pilih B-Complex yang mengandungi kesemua 8 vitamin B (B1, B2, B3, B5, B6, B12, acid folic dan biotin) sebagaimana dinyatakan dalam RDA (Recommended Dietary Allowance) kesemuanya perlu diambil pada masa yang sama.
          2. Harus mengandungi 100% RDA untuk asid folik dan biotin
          3. Pastikan jurang peratusan nilai harian B1, B2, B3 dan B12 tidak terlalu besar
          4. Elakkan pengambilan B-Complex yang menawarkan rumusan larut air melalui pelepasan masa (sustain release)


          Testimoni vitamin B Complex Shaklee

          Testimoni B Complex Shaklee

          Testimoni B Complex Shaklee

          Testimoni B Complex Shaklee

          Testimoni B Complex Shaklee

          Testimoni B Complex Shaklee

          Testimoni B Complex Shaklee

          Testimoni B Complex Shaklee






          Hubungi Gee untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang produk Shaklee , proses pendaftaran keahlian Shaklee dan juga dapatkan harga istimewa bagi setiap produk Shaklee .



          Nurzhiana Mohd Yunus


          Shaklee Independent Distributor - ID 1085116


          sms/whatsapp : 013-570 7812


          Terima kasih kerana memilih Shaklee