Amalkan makanan ini untuk awet muda! Makanan yang boleh melambatkan penuaan


Amalkan makanan ini untuk awet muda! Makanan yang boleh melambatkan penuaan

Ada yang suka nampak tua? Tidak bukan! Sebab itu ramai yang mencari cara dan petua untuk awet muda. Tapi yang paling penting dan banyak mempengaruhi adalah makanan. Makanan membekal nutrien yang penting untuk kulit dan fungsi badan kita.

Apakah makanan yang sesuai dan terbaik untuk awet muda dan melambatkan proses penuaan?Kalini ini Gee akan kongsikan apa dia makanan yang anda boleh ambil untuk awet muda dan melambatkan penuaan.

Makanan yang boleh melambatkan penuaan

1. Blueberri


Blueberri mengandungi fitokimia teruatama blueberri jenis liar mengandungi antosianin. Hasil penyelidikan menunjukkan bahawa makanan yang kaya dengan fitokimia ini dapat membantu mengurangkan keradangan dan tekanan oksidatif pada tubuh badan kita. Ini akan membantu tubuh menghalang kerosakan sel dan tisu, yang mana akan menyumbang kepada proses penuaan.

2. Kacang badam


Badam mengandungi magnesium. Hasil kajian mendapati bahawa magnesium memainkan peranan penting untuk melambatkan proses penuaan.

3. Tomato


Tomato mengandungi fitokimia dan antioksidan seperti vitamin A dan vitamin C yang mana ia sangat penting untuk melawan penuaan. Lycopene yang memberi warna merah pada tomato juga memainkan peranan penting untuk menghalang dan mencegah kerosakan akibat sinar UV seperti keddutan. Bagi mendapatkan khasiat tomato yang lebih baik korang boleh makan tomato mentah tanpa di masak.

4. Flaxseed


Flaxseed antara makanan yang tinggi dengan khasiat asid lemak Omega 3. Omega 3 mempunyai sifat anti-radang yang membantu melawan keradangan dalam badan seterusnya membantu memperlahankan proses penuaan. flaxseed ini boleh di dapati di dalam makanan bijirin seperti roti.

5. Bayam


Bayam juga kaya dengan fitiokimia dan antioksidan, dan kedua-duanya amat membantu dalam mengurangkan keradangan dan kerosakan sel di dalam badan kita. Bayam juga tinggi dengan serat yang akan membantu melancarkan proses pencernaan. Rajinlah makan sayur bayam kerana ia boleh membuat kita berasa lebih muda dan sihat.

6. Kacang


Kacang mengandungi serat, protein dan rendah karbohidrat. Sebab itu kacang adalah pilihan makanan yang terbaik untuk menurunkan berat badan. Kacang juga mempunyai sifat anti-radang dan ini penting untuk memperlahankan proses penuaan. Untuk kesan terbaik, korang boleh mengambil kacang merah, kacang hitam dan kacang pinto kerana mengandungi jumlah antioksidan yang tertinggi berbanding yang lain.

7. Ikan salmon


Ikan salmon mengandungi protein yang sihat dan asid lemak omega-3 yang telah terbukti berupaya mengurangkan keradangan di dalam badan kita dan membantu melambatkan proses penuaan.


8. Yogurt


Kebanyakan yogurt mengandungi bakteria sihat yang dikenali sebagai probiotik. Probiotik membantu melancarkan proses pencernaan dan mengawal keradangan di dalam badan kita. probiotik juga menjaga kesihatan usus kerana usus yang tidak sihat dan banyak toksin boleh mempengaruhi fungsi dan sistem di dalam badan kita.

9. Kunyit


Kunyit mengandungi banyak sebatian anti-radang dan antioksidan yang dapat membantu melancarkan proses pencernaan dan melambatkan penuaan. Berdasarkan kajian yang diterbitkan di dalam Immunity & Ageing, kurkumin di dalam kunyit dapat membantu melewatkan penuaan sendi, otak dan keadaan neurodegeneratif yang lain.

10. Bawang putih


Bawang putih mengandungi anti-radang dan antioksidan. Tetapi ia hanya akan terbentuk apabila bawang putih diubah bentuk asalnya. Para pakar kesihatan mengesyorkan untuk menghancurkan atau memotong bawang putih sebelum menambahnya ke dalam makanan. Bawang putih juga baik untuk penyakit jantung dan hipertensi.


11. Coklat gelap / Dark chocolate


Penyelidikan telah menunjukkan bahawa flavanol koko, sejenis antioksidan yang terdapat dalam coklat gelapi ini boleh melambatkan proses penuaan kognitif. Tapi anda perlu memilih coklat yang tinggi kandungan koko, kerana coklat jenis ini mengandungi sifat anti-radang. Berdasarkan kajian yang diterbitkan oleh Antioxidants & Redox Signaling, memakan sekeping coklat kecil dengan peratus koko yang tertinggi (70-90 peratus) dapat membantu melambatkan tanda-tanda penuaan.

12. Avocado


Avocado juga digelar sebagai superfood. Ia mengandungi fitokimia dan nutrien penting yang penting untuk mencegah kesan negatif penuaan. Avocado juga mengandungi asid lemak tak tepu dan antioksidan, yang merupakan sebatian utama untuk menjaga kesihatan arteri/salur darah kita.

13. Kuning Telur


Kuning telur mengandungi nutrien yang mengurangkan risiko katarak dan degenerasi mata yang berkaitan dengan usia.


Moga ia bermanfaat dan dapat membantu anda untuk awet muda selalu. Yang penting amalkan pemakanan dan gaya hidup yang sihat.  
 

Lihat juga:

5 Tips untuk kulit sihat dan muda





Post a Comment

0 Comments