8 Peranan Tadika / Taska Dalam Mencegah Penyakit HFMD

Apa pula peranan pihak tadika atau taska dalam usaha mencegah penyakit HFMD?

Peranan Tadika / Taska Dalam Mencegah Penyakit HFMD


Dah baca peranan ibu bapa mencegah hfmd?


Ketahui 8 peranan pihak tadika dan taska untuk mencegah HFMD

1- Mengamalkan 'Gate Keeping' iaitu memeriksa tangan, mulut dan kaki sebelum anak-anak murid masuk setiap hari. Dan jika ada tanda HFMD, piak tadika/taska boleh memaklumkan ibubapa untuk membawa anak-anak pulang segera dan terus membawa mereka ke klinik atau hospital untuk rawatan.

Dan kanak-kanak hanya akan dibenarkan kembali ke selepas ruam sembuh dan telah sihat sepenuhnya dari tanda-tanda HFMD.

2- Membuat pemeriksaan kelas dan mencuci semua alat permainan, susu, cawan dan pinggan dengan bersih setiap hari.

3- Menasihati ibu bapa untuk memeriksa anak-anak mereka sebelum menghantar ke tadika/taska.

4- Elakkan kanak-kanak berkongsi menggunakan alat permainan, cawan, pinggan, dan sudu.

5- Mengajar kanak-kanak agar menutup mulut dan hidung apabila batuk atau bersin.

6- Pihak tadika/taska hendaklah menyediakan pencuci tangan untuk kegunaan staf dan kanak-kanak di setiap bilik kelas dan tandas.

7- Melatih kanak-kanak agar kerap mencuci tangan dengan bersih. Sebaiknya rajin mencuci tangan tangan sebelum memegang kanak-kanak, sebelum dan selepas makan, selepas ke tandas dan selepas bermain di taman permainan.

8- Jika ada  kejadian atau penyakit HFMD, pihak tadika / taska boleh membuat laporan segera kepada Pejabat Kesihatan yang berdekatan.



Kerjasama dari semua pihak sangat penting dalam usaha menangani HFMD.

Dah tau apa itu HFMD?





Post a Comment

2 Comments

  1. penyakit yang sangat ditakuti oleh ibu bapa..

    ReplyDelete
  2. Semoga anak-anak kita terhindar dari penyakit ini. BW here btw!

    ReplyDelete