ESP Shaklee juga bagus untuk ibu mengandung. Memang ramai geng ibu suka minum ESP masa mengandung ni. Sebabnya ada banyak kebaikan ESP Shaklee buat si ibu yang mengandung.


ESP Shaklee Untuk Ibu Mengandung


9 Kebaikan ESP Shaklee untuk ibu mengandung/hamil

1- ESP membekalkan tenaga yang berpanjangan kerana ibu yang sedang mengandung biasanya mereka cepat berasa letih dan penat.


2- ESP membantu memastikan kesihatan ibu mengandung pada tahap terbaik kerana ESP boleh membantu meningkatkan sistem imun badan si ibu. Bila ESP diambil bersama vitamin C akan menguatkan lagi sistem pertahanan badan si ibu.


3- ESP juga membantu pertumbuhan janin / tumbesaran fetus. Protien di dalam ESP sangat penting dalam membantu proses perkembangan otot dan otak bayi. Protien ini juga penting untuk memelihara otot ibu mereka yang kurang bersenam akan mudah kehilangan otot.
  • Pengambilan protein secara konsisten dalam tempoh kehamilan dapat membantu meningkatkan berat dan ketinggian bayi baru lahir, dan mengurangkan peratusan kelahiran bayi yang tidak cukup berat(1).

4- ESP mencantikkan kulit wajah. Protien juga sangat bagus untuk kulit. Protien akan merangsang penghasilan sel-sel kulit baru. Ini menjadikan kulit si ibu lebih gebu, lembut, kurang berminyak, kurang kedutan dan kulit lebih anjal. Bahkan bayi dalam kandungan juga berpotensi mendapat kulit mulus dan gebu!
  • Protein soya mengandungi isoflavon yang mempunyai aktiviti estrogenik yang penting untuk merangsang kulit agar nampak lebih muda (2). Kajian juga turut menunjukkan bahawa kulit jadi lebih anjal dengan pengambilan isoflavon soya secara konsisten (3).

5- ESP membantu ibu yang alahan atau morning sickness pada awal kehamilan. ESP memberi tenaga dan membuatkan si ibu mudah kenyang. Protien ESP juga lebih mudah dihadam serta mudah diserap ke dalam tubuh.


6- ESP mengawal berat badan secara ideal kerana ESP memberikan rasa kenyang yang lama dan ESP juga meningkatkan metabolisme badan!


7- ESP mempunyai indeks glisemik (GI) rendah, hanya 39. Bila makanan ada GI rendah ia akan membantu melambatkan penyerapan glukosa di dalam usus kecil kita. Sebab itulah ESP ni bagus untuk yang ada diabetes/kencing manis ataupun ibu yang nak mencegah dari diabetes kerana ia membantu kawal gula dalam darah.


8- ESP juga membantu mengelakkan pre-eclamsia.


9- ESP juga ada mengandungi kalsium, jadi ia bagus juga untuk sumber kalsium bagi si ibu dan janin.




Banyak kan manfaat protein ESP dari Shaklee ni buat ibu yang hamil. Yang bagusya ESP Shaklee ni ibu-ibu boleh ambil terus hingga ke lepas bersalin dan untuk penyusuan.



Kita tengok efek ESP Shaklee untuk ibu yang mengandung.

Testimoni ESP Shaklee Untuk Ibu Mengandung


Testimoni ESP Shaklee Untuk Ibu Mengandung

Testimoni ESP Shaklee Untuk Ibu Mengandung




Baca juga:

Koleksi testimoni ESP Shaklee untuk ibu menyusu

Koleksi resepi ESP Shaklee

Info lengkap ESP Shaklee







Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee, boleh terus menghubungi Gee di 013-5707812 atau klik bawah ni untuk whatsapp terus.





Rujukan;

1. Selma C.L , Gurmeet S , and Kim M, Effects of protein energy supplementation during pregnancy on fetal growth: a review of the literature focusing on contextual factors. Food Nutr Res. 2013; 57: 10.3402/fnr.v57i0.20499

2. Accorsi-Neto A, Haidar M, Simoes R, Simoes M, Soares-Jr J, Baracat E. Effects of isoflavones on the skin of postmenopausal women: a pilot study. Clinics
(Sao Paulo). 2009, 64, 505-10

3. Izumi T, Makoto S, Obata A, Masayuki A, Yamaguchi H, Matsuyama A. Oral intake of soy isoflavone aglycone improves the aged skin of adult women. J Nutr Sci
Vitaminol. 2007, 53, 57-62.