Sejak PKP lepas shopping online dah jadi satu keperluan bagi setiap orang. Kita tidak perlu keluar rumah dengan hanya shopping online dah boleh dapat semua barang yang diperlukan. Macam Gee sendiri memang semuanya oder barang online je sekarang sebab malas nak keluar dan satu cara juga nak lindungi dari covid-19 yang masih berleluasa.





PG MALL ONLINE SHOPPING

PG Mall adalah salah satu portal membeli belah secara online sama seperti Lazada, Shoppee, Zalora, dan semua tu. Untuk makluman korang semua, PG Mall Malaysia merupakan gedung online e-commerce yang  ditubuhkan sejak tahun 2017 lagi.

PG Mall merupakan satunya gedung e-commerce milik anak tempatan Malaysia dan ia mengamalkan konsep "ConsumeMerchant".  ConsumeMerchant ni yang menarik sebab ia memberi peluang dan kelebihan kepada kita pembeli untuk menjana pendapatan apabila kita memperkenalkan mana-mana peniaga dan pembeli baru dengan berdaftar di referral link yang diberikan pihak PG Mall itu nanti. Best kan??


PG Mall berada di rangking top 3 menurut "Iprice insight report". Maksudnya ramai pengguna suka membuat belian di GP Mall dan semua berpuas hati sebab harga yang ditawarkan juga lebih baik dan lebih murah berbanding online shopping yang lain.



PROMOSI ISTIMEWA DI PG MALL!

1. HOT DAY SALES