15 Tips Penarik Rezeki

Tips dan Amalan Penarik Rezeki

Ada beberapa tips atau amalan yang kita boleh buat setiap hari untuk menarik rezeki atau agar hidup kita sentiasa mudah dan berkat.

1. Bangun pagi, jangan buat apa-apa, tarik nafas panjang-panjang dan terus cakap Alhamdulillah. Bersyukur sebab Allah masih memanjangkan lagi umur kita untuk hari ini. 

2. Mulakan dengan solat sunat Tahajud 2 rakaat. Kalau tengah di timpa ujian, sentiasa istighfar . Menangis dan merayulah pada Dia. Selepas itu solat fajar 2 rakaat dan solat subuh. Lepas subuh boleh luangkan masa baca al-quran atau yaasin. 




3. Buat solat sunat Dhuha 2 rakaat . Boleh buat ikut rakaan yang kita nak. Baca doa Dhuha dengan penuh kesungguhan di hati. Boleh ulang baca doa dhuha sebanyak 3 kali atau 7 kali. 


Cara Solat Dhuha


4. Set target dalam diri mulai hari ini nak fokus dan semangat dengan kerja atau berniaga, elakkan membawang atau gosip dengan kawan-kawan kerja atau kuliah.

5. Lidah sentiasa berzikir dan menyebut nama Allah, Allah, Allah. Sehinggakan tak sedar dah zikir nama Allah sebanyak 1,000 kali! Boleh juga zikir lain seperti selawat dan istighfat sebanyak 1000 kali sehari. Buat target nak zikir harian berapa. 





6. Setiap kali beli makanan, niatkan bagi duit lebih pada penjual itu untuk sedekah makanan pada orang seterusnya.

7. Setiap kali waktu solat, paksa dan latih diri untuk solat awal waktu. Sebab bila solat awal waktu ni, kita akan rasa masa berjalan begitu panjang dan tenang. 

8. Setiap kali habis solat, jangan tergesa-gesa bangun, duduk atas sejadah BERDOA BERSUNGGUH-SUNGGUH nak kaya cepat pada Allah. Dia kan Maha Memberi. Jangan minta dengan manusia. Minta pada Allah. Boleh cuba tulis DOA yang kita nak. Kiranya tiap kali solat tu kita baca doa yang sama setiap hari. 

9. Sentiasa ucapkan rasa syukur pada Allah, sebab bagi banyak sangat nikmat di dunia ini, walaupun kita tengah di uji! Boleh cuba tulis jurnal kesyukuran, iaitu apa yang kita dah dapat tiap hari Allah bagi. Lagi banyak bersyukur, lagi bagus, lagi Allah suka.

10. Tekadkan dalam diri, nak rajin untuk bersedekah. Tak kira dalam keadaan apa jua sekali pun, tetap ingin memberi. Jadikan amalan bersedekah setiap hari. macam Gee buat sedekah on9 dan set favourite mana-mana yang kita nak bantu. So tiap hari akan bersedekah. Jumlah tak kisah berapa janji ada sedekah tiap hari.




11. Video call atau call mak dan ayah, tanya kabar keluarga, lihat senyuman mereka, gelak tawa mereka. Siapa tahu, dalam tawa itu ada tangisan rindu. 

12. Buang perasaan benci, iri hati dan ego pada orang. Sentiasa jadi orang yang merendah diri dan orang yang sentiasa memaafkan kesalahan orang lain. 

13. Cara maafkan, sebelum tidur, tutup mata, bayangkan muka orang itu, sebut namanya 3 kali, dan katakan “Aku maafkan engkau dan sayangkan engkau kerana Allah Taala”. (Teknik bersihkan kolam jiwa).

14. Utamakan Allah dalam segala apa yang kita fikir, kita cakap dan kita rasa. Apabila kita kenal Allah dengan lebih dekat, maka hidup kita akan jadi lebih bahagia.

15. Akhir sekali, Berdamailah dengan masa lalumu supaya ia tidak akan merosakkan lagi masa sekarang yang kita sedang miliki, Sayangi diri sendiri.



Moga bermanfaat buat semua.

Semoga semua yang baca doa ini sentiasa dilimpahkan rezeki yang melimpah ruah tanpa henti, kaya raya, sihat tubuh badan , sentiasa dipermudahkan segala urusan dan sentiasa diberkatiNya. Aamiin ya Mujib. 



Post a Comment

1 Comments