Sembelit, Tanda-tanda, Kesan dan Cara Merawatnya

Nak tahu pasal info sembelit, boleh baca di sini anda-tanda sembelit, kesan kepada kesihatan dan cara merawatnya.

Tanda Sembelit


Apa itu sembelit?
Sembelit berlaku apabila kurang membuang air besar atau sukar membuang air besar. Dari segi perubatan, mereka yang mengalami sembelit apabila membuang air besar kurang daripada 3 kali dalam seminggu.

Apakah yang menyebabkan sembelit?
Sembelit berlaku biasanya disebabkan kurang minum air terutama air kosong/ mineral, kurang mengambil makanan berserat, kerap mengambil ubat seperti ubat gastrik& ubat darah tinggi. sikap suka menangguh untuk membuang air besar juga bole h menyebabkan sembelit.

Tanda-tanda sembelit
  • Tanda yang paling jelas ialah tidak membuang air besar selama beberapa hari 
  • Najis keras, hitam dan berketul-ketul 
  • Sakit ketika membuang air besar dan terpaksa meneran 
  • Sakit perut
  • Perut buncit 
  • Rasa tidak puas membuang air besar 
  • Badan dan mulut berbau 
  • Badan cepat letih dan malas 
  • Hilang selera makan 
  • Masalah kulit

Tanda sembelit


Kesan sembelit kepada kesihatan 

Sembelit jika tidak diatasi boleh memberi kesan kepada tubuh dan kesihatan. Badan banyak toksin. Keadaan ini boleh menyebabkan pengambilan nutrien kurang berkesan kerana ia tidak sampai kepada sel. 

Bahan toksin yang banyak di dalam badan boleh meningkatkan paras radikal bebas. Usus tersumbat kerana najis melekat pada dinding usus besar.

Sembelit juga boleh menyebabkan risiko kanser seperti kanser usus/kolon dan juga kanser lain. Apbila proses detoksifikasi kurang cekap akan menyebabkan sel berasid, sel kekurangan oksigen dan ini boleh menggalakkan petumbuhan sel-sel kanser.


Cara nak mencegah dan mengelak sembelit

Sebenarnya untuk mencegah dan mengelak sembelit berlaku tidak susah. Amalkan beberapa rutin harian sudah cukup seperti kerap mengambil sayuran dan buah-buahan dalam diet harian minum air yang cukup (air kosong/mineral dalam 2-3 liter sehari) dan pengambilan laksatif herba / moden.


Suplemen untuk sembelit
Satu lagi alternatif yang Gee boleh cadangkan ialah pengambilan vitamin / suppemen untuk sembelit. Ada 3 jenis supplemen yang dapat membantu memperbaik dan mencegah sembelit.

Set sembelit shaklee


Herblax
Ramai yang menggelar herblax sebagai julap. Tetapi ia bersifat ‘julap lembut’ dan terbukti secara klinikal baik untuk kegunaan jangka panjang. Herblax adalah hasil kombinasi 9 jenis herba semulajadi yang baik untuk masalah penghadaman termasuk sembelit. Ia membersih secara lembut dan mengembalikan proses semulajadi pergerakan usus. Herblax juga membantu membersihkan usus dengan mengeluarkan semua najis lama dan yang tersekat di dalam tubuh.

Ostematrix
Di dalam ostematrix ada Magnesium. 400mg magnesium di dalam Ostematrix bukan saja membantu mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang dan menguatkannya tetapi ia juga sangat membantu masalah sembelit. Magnesium akan bertindak melegakan otot dalam usus supaya otot usus menjadi lembut dan menegelakkan sembelit. Magnesium juga akan menarik air ke dalam usus untuk menambahkan jumlah air ke dalam susu bagi membantu melembutkan najis.


Jika ada masalah sembelit dan sukar nak membuang bolehlah mengambil dua suplemen ini untuk membantu. Paling Gee suka yang Herblax, bila makan malam siang tu akan terus membuang. Sangat efektif membantu mudah membuang. 



 

Cara untuk dapatkan Set Sembelit 
Berminat untuk mendapatkannya, anda boleh terus menghubungi Gee. Klik gambar untuk pautan whatsapp. 


 





Post a Comment

1 Comments