11 Makanan Yang Baik Untuk Bantu Sembelit

Makanan yang baik untuk membantu sembelit.

Sembelit adalah masalah yang biasa berlaku pada semua orang. Ia membuatkan anda rasa tidak selesa. Anda dikira sembelit bila tak membuang banyak hari atau hanya membuang 3 kali seminggu. Info sembelit baca di sini.

Jenis makanan yang bagus untuk membantu sembelit

1. Epal mengandungi pektin, sejenis serat larut yang boleh membantu melembutkan najis dan menggalakkan pergerakannya melalui saluran penghadaman agar mudah untuk membuang.

Makanan Yang Baik Untuk Bantu Sembelit


2. Pear kaya dengan serat dan mengandungi julap semula jadi, seperti fruktosa dan sorbitol.

Makanan Yang Baik Untuk Bantu Sembelit


3. Kiwi adalah sumber serat yang baik dan mengandungi actinidin, sejenis enzim yang boleh meningkatkan pergerakan usus sekaligus mengurangkan sembelit.

Makanan Yang Baik Untuk Bantu Sembelit


4. Buah sitrus juga bagus untuk yang ada sembelit. Contohnya buah oren, limau gedang, dan mandarin yang mengandungi serat yang tinggi dan beberapa sebatian yang boleh mengurangkan sembelit, termasuk pektin dan naringenin. Rajin-rajinlah makan buah citrus sebab ia paling mudah didapati setiap hari.

Makanan Yang Baik Untuk Bantu Sembelit


5. Sayuran hijau seperti bayam dan brokoli kaya dengan serat. Ia boleh membantu memudahkan proses membuang. Ini berita baik buat peminat sayur.

Makanan Yang Baik Untuk Bantu Sembelit


6. Tembikai juga satu pilihan buah yang bagus. Ia tidak mempunyai banyak serat, tetapi lebih 92% adalah air. Jadi ia boleh menggalakkan pergerakan usus. Tembikai juga penuh dengan nutrien, antioksidan juga membantu melindungi sel anda, serta kaya dengan vitamin A, B, dan C, serta likopena, yang membantu melindungi kulit daripada sinaran UV.

Makanan Yang Baik Untuk Bantu Sembelit


7. Ubi keledek juga bagus untuk membantu masalah sukar membuang. Ia adalah sumber serat tidak larut yang hebat dan boleh membantu mengelakkan sembelit. 

Makanan Yang Baik Untuk Bantu Sembelit


8. Chia seeds kaya dengan serat larut, yang membentuk seperti gel dalam saluran penghadaman untuk melembutkan dan memudahkan pembuangan najis. Ia boleh ditambah di dalam makanan harian seperti dalam oat, yogurt, air smooties, salad ke. Macam-macma boleh. 

Makanan Yang Baik Untuk Bantu Sembelit


9. Oat paling biasa dengar dan ia juga baik untuk penghadaman. Oat penuh dengan serat dan bagus untuk meningkatkan fungsi usus dan mengurangkan sembelit. Anda boleh menambah oat dalam protein shake seperti ESP atau Cinch. 

Makanan Yang Baik Untuk Bantu Sembelit



10. Bijirin penuh mempunyai banyak serat. Ia antara pilihan yang baik bukan sahaja untuk usus, tetapi juga kesihatan jantung.

Makanan Yang Baik Untuk Bantu Sembelit


11. Buah berries juga bagus untuk membantu sembelit. Contohnya blackberries, blueberries, dan strawberries.

Makanan Yang Baik Untuk Bantu Sembelit



Paling penting sekali untuk mengelak sembelit adalah rajin meminum air setiap hari. Paling bagus air kosong. Elakkan air manis. 



Baca juga:

5 mitos dan fakta sembelit

Cara berkesan atasi sembelit masa hamil

Herblax bantu sembelit




Post a Comment

4 Comments

  1. thanks for the info. meme abe kie amalkan memakan buah2an dan sayuran. air kosong tu minum sokmo...

    ReplyDelete
  2. dulu-dulu selalu beli cultured drink utk bantu pembuangan.

    ReplyDelete