Ketahui tips berpuasa untuk pesakit diabetes. Ramai yang teruja untuk menyambut kedatangan bulan ramadhan kalini dan semua bersemangat untuk berpuasa penuh sebulan. Tapi bagi pesakit diabetes, ia satu cabaran kerana khuatir memberi kesan kepada kesihatan badan. Oleh itu, pesakit diabetes perlu mengetahui dan mengambil tahu segala risiko dan persediaan awal sebelum berpuasa.

Tips Berpuasa Untuk Pesakit Diabetes

5 Tips berpuasa untuk pesakit diabetes

1. Berjumpa doktor dahulu sebelum berpuasa

Untuk pesakit diabetes yang nak berpuasa, sebaiknya berjumpa doktor dulu lebih awal bagi mengetahui tahap kesihatan samada boleh melaksanakan ibadan berpuasa dalam bulan Ramadhan. Dicadangkan berjumpa awal dalam 6-8 minggu untuk mendapat nasihat doktor berkenaan dos ubat, suntikan insulin dan menilai jika pesakit diabetes boleh berpuasa atau tidak.

2. Merancang pemakanan harian

Pesakit diabetes dinasihatkan untuk memilih makanan yang sesuai diambil semasa bersahur dan berbuka puasa. Contohnya mengambil makanan yang mempunyai indeks glisemik rendah, tinggi dengan serat seperti buah dan sayur, dan mengurangkan makanan manis seperti kuih-muih.

3. Memantau paras glukos dalam darah

Untuk pesakit diabetes anda perlu memeriksa paras gula dalam darah sebelum sahur dan 2 jam selepas berbuka puasa. Ia penting untuk mengetahui tahap glukosa samada tinggi atau rendah. Jika kesihatan tidak berada pada tahap yang kurang baik, boleh;ah berbuka puasa.

4. Aktif buat aktiviti fizikal

Pesakit diabetes boleh melakukan aktiviti fizikal yang ringan seperti bersenam, berjalan kaki sekitar rumah. Ia penting untuk menurunkan paras gula dan tahap gula yang stabil supaya badan dapat menggunakan insulin dengan lebih cekap.

5. Cukupkan pengambilan cecair

Pesakit diabetes boleh mengambil 8 gelas air kosong sehari atau lebih. Boleh minum waktu sahur, berbuka puasa atau waktu malam. Tapi elakkan air manis dan berkarbonat untuk mengelak paras glukosa kembali tinggi.


Kesimpulannya, para pesakit diabetes perlu tahu semua tips, kesan sampingan dan langkah awal sebelum berpuasa. Penting untuk tahu risiko dan kesannya kepada badan. Jika mengalami sebarang masalah kesihatan, hendaklah berjumpa doktor segera. Selamat berpuasa buat semua. 


Baca juga:

5 cara makan yang mudah untuk pesakit diabetes

5 cara makan untuk kawal kencing manis

Set Diabetes Shaklee

Kebaikan polifenol untuk pesakit diabetes

10 manfaat puasa untuk kesihatan

Tips puasa untuk gastrik

Set Puasa Shaklee