Sejauh Mana Kata-kata Motivasi Bantu Untuk Berjaya

Kata motivasi maksudnya kata-kata yang mendorong seseorang untuk berusaha, untuk terus buat sampai berjaya atau sampai mencapai target. Ia umpama penambah semangat untuk buat sesuatu hingga berjaya dan penuh dengan minat. Pastinya setiap orang perlu kata motivasi dalam proses menuju kejayaan. 

Kata motivasi untuk berjaya

Sejauh mana kata-kata motivasi ini membantu seseorang untuk berjaya?

Bagi Gee sendiri, kata motivasi ini sangat penting dalam usaha untuk mencapai sesuatu atau target kita nak buat hingga berjaya. Walaupun kata motivasi ini bersifat kata-kata semata tapi secara tak langsung ai boleh memberi semangat kepada diri kita.

Contoh bila ada rasa lemah, letih tak tahu nak buat apa, rasa nak mengalah ke, boleh baca kata-kata motivasi untuk membantu menaikkan samangat dalam diri kita. Ini biasa yang gee buat. Kadang ada rasa ‘down’ juga. Salah satu yang Gee buat ialah mencari dan membaca kata-kata motivasi.

Nak cari di mana kata motivasi?

Paling mudah boleh ‘google’, ada banyak koleksi kata motivasi yang ramai orang share. Kemudian boleh baca dan tulis balik kata-kata itu tadi. Boleh tulis di nota, buku atau mana-mana tempat yang kita boleh tengok tiap hari. 

Contoh kata motivasi untuk bantu berjaya. Ini yang Gee suka baca.

  1. Usaha, doa dan tawakal. Kejayaan pasti milik kita.
  2. Kegagalan bukan bererti pengakhiran hidup. Tapi, permulaan satu kejayaan yang besar.
  3. Usaha dan terus usaha, jangan mudah berputus asa.
  4. Jadikan kegagalan yang lepas sebagai pendorong untuk buat lebih baik dan mencapai kejayaan. 
  5. Berhenti beri alasan dan mula bertindak dari sekarang.


kata Motivasi Bantu Untuk Berjaya

Contoh kata motivasi untuk diri sendiri

  1. Yakin dan percaya pada diri yang boleh buat.
  2. Jangan bandingkan diri dengan orang lain. Setiap orang ada kelebihan masing-masing.
  3. Banyak mengeluh akan buatkan hidup lebih tertekan, jadi banyakkan bersyukur.
  4. "Man Jada Wajadda", Siapa rajin berusaha, dia yang dapat.
  5. Apabila kita rasa malas hendak solat, ketahuilah bahawa kita sudah mula untuk hilang segala-galanya. Jom rajin solat!

kata Motivasi Bantu Untuk Berjaya

Nak berjaya, kata motivasi juga penting sebagai salah satu alat untuk penaik semangat kita. Yang penting adalah usaha dari diri kita sendiri. Jangan mudah patas semangat dan menyerah kalah. Yakin pada diri yang kita juga boleh buat. 


Baca juga : Kata motivasi pembakar semangat


#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023


Post a Comment

2 Comments

  1. yes..bagi MA pun kata2 semangat ni sgt membantu.. di kala lemah semangat, x de mood, rasa down and even time tgh sedih.. rasa mcm bukan kita sorang yg rasa mcm tu..
    MA suka.. "Allah tak uji hambaNya melebihi apa yang hambaNya itu mampu hadapi"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. ramai je ada. Yg penting kita kuat & semangat selalu💪

      Delete