50 Kesan Buruk Berlebihan Gula Kepada Badan

Kesan buruk berlebihan gula kepada badan. Di Malaysia, gula sudah menjadi satu keperluan. Mesti ada gula dalam makanan dan minuman. Bagi sesetengah orang wajib letak gula setiap hari. Jika tak ada gula akan rasa tak seronok, ada yang kurang. Hinggakan bila ada masalah kurang gula boleh jadi satu krisis. 

50 Kesan Buruk Berlebihan Gula Kepada Badan

Tahu tak? Gula bukan sebahagian daripada diet asli kita. Malah, ia amat asing kepada sistem badan manusia. Gula juga bukanlah makanan sebenar tapi ia adalah racun buatan manusia yang berselindung di sebalik rasa manis yang sedap. Jom kita baca dan ketahui kenapa gula boleh memburukkan kesihatan.

50 Kesan Buruk Berlebihan Gula Kepada Badan

  1. Gula boleh menekan sistem imun.
  2. Gula mengganggu fungsi galian dalam tubuh.
  3. Gula menyebabkan kanak-kanak hiperaktif, cemas, sukar beri tumpuan dan nakal.
  4. Gula menaikkan paras trigliserida.
  5. Gula menyumbang kepada menurunnya ketahanan terhadap jangkitan bakteria.
  6. Gula menurunkan lipoprotein densiti tinggi.
  7. Gula membawa kepada kanser/
  8. Gula menyebabkan kekurangan kromium.
  9. Gula mengangu penyerapan kalsium dan magnesium.
  10. Gula melemahkan daya penglihatan.
  11. Gula menyebankan masalah hipoglisemia.
  12. Gula menyebabkan penuaan sebelum waktunya.
  13. Gula menyebabkan kerosakan gigi.
  14. Gula menyumbang kepada kegemukan.
  15. Gula menyebabkan artritis.
  16. Gula menyebabkan asma.
  17. Gula membantu pembiakan Candida Albicans yang tak terkawal. 
  18. Gula menyebabkan batu karang.
  19. Gula menyebabkan buasir.
  20. Gula menyebabkan vena varikos.
  21. Gula menaikkan glukosa dan respons insulin bagi pengguna pil perancang.
  22. Gula menyumbang kepada osteoporosis.
  23. Gula menyebabkan penurunan kepekaan insulin.
  24. Gula boleh menurunkan pertumbuhan hormon.
  25. Gula menaikkan paras kolesterol.
  26. Gula menaikkan tekanan darah sistolik.
  27. Gula menyebabkan mengantuk dan mengurangkan aktiviti kanak-kanak.
  28. Gula menyebabkan alahan makanan.
  29. Gula menyumbang kepada masalah diabetes.
  30. Gula menjejaskan struktur DNA.
  31. Gula menggalakkan kenaikan lipoprotein densiti rendah (LDL) - kolesterol jahat
  32. Gula menaikkan jumlah lemak hati.
  33. Gula merosakkan pankreas.
  34. Gula menjejaskan dinding kapilari.
  35. Gula menyebabkan tendon lebih rapuh.
  36. Gula boleh menambah risiko kanser.
  37. Gula menambah risiko gout.
  38. Gula menyumbang kepada penyakit Alzheimer.
  39. Gula menyebabkan hormon tak seimbang.
  40. Gula menyebabkan rasa pening.
  41. Gula menimbulkan rasa ketagih.
  42. Tubuh menukar gula menjadi 2-3 kali ganda lemak dalam aliran darah berbanding kanji.
  43. Penyerapan gula yang cepat menggalakkan pengambilan makanan lain secara berlebihan.
  44. Gula meningkatkan risiko polio.
  45. Pengambilan gula menyebakan tekanan darah tinggi dalam kalangan orang gemuk.
  46. Gula mendorong kematian sel.
  47. Gula membawa kepada kanser prostat.
  48. Gula menaikkan hormon cysteine dalam aliran darah.
  49. Gula menjejaskan sistem saraf pusat.
  50. Gula membawa kepada risiko sembelit.

Banyak kan kesan buruk bila kita mengambil gula secara berlebihan. Ambil gula dalam jumlah yang sikit. Jangan terlalu bergantung kepada gula walaupun rasanya manis, sedap dan nikmat. 

Jika sudah biasa makan banyak gula? Boleh cuba kurang sikit demi sikit mula sekarang. Jangan terus berhenti mengambil gula tapi kurangkan secara berperingkat. Contohnya, jika biasa minum minuman manis bergula 3 kali sehari cuba kurangkan 1-2 kali saja minum. Kemudian, banyakkan minum air kosong untuk membantu mengawal pengambilan gula.






Post a Comment

0 Comments