Testimoni Shaklee: 9 Tahun Setia Bersama

Tak sangka sudah masuk 9 tahun mengamal suplemen Shaklee. Macam sekejap masa berlalu. Teringat lagi masa mula-mula nak cuba suplemen dulu. 

Testimoni Shaklee: 9 Tahun Setia Bersama

Permulaan kenal Shaklee
Masa mula mencuba Shaklee dulu bermula dengan mencari vitamin C. Masa tu beli sebab nak kulit cantik. Kat media sosial masa tu memang banyak orang jual vitamin C. Mulalah pencarian Gee mencari vitamin C yang betul-betul bagus, berkesan dan selamat untuk dimakan. Di situlah Gee bertemu vitamin C Shaklee.

Jumpa seorang penjual ni terus whatsapp dan beli dari dia. Masa tu tak jadi ahli lagi. Motif beli untuk kulit cantik. Jadi, dah beli terus makan tiap hari.

Kesan Shaklee
Ok kat sini lah Gee mula dapat rasa kesan dia. Bukan untuk kulit tapi untuk bersin / resdung Gee yang dah sekian lama. Gee ada masalah bersin tiap pagi. Jika kena habuk debu tu lagi teruk. Tak berhenti bersin sampai hidung merah, area mata dan muka gatal, kadang jadi selsema terus. Ada masa terus demam. Memang rasa tak selesa dan kerap tak sihat badan.

Masalah ini dah bertahun Gee hidap dari zaman belajar dulu. Tapi alhamdulillah asbab makan vitamin C terus berkurang dan boleh kata sekarang ni dah takda ada bersin macam tu. Badan juga lebih sihat dan jarang demam dan selsema.

Mula dari itulah Gee terus nak jadi ahli Shaklee dan mula join untuk bisnes. Sambil makan untuk sihat, sambil bisnes untuk tambah pendapatan. Dan kini dah masuk tahun ke 9 menjadi pengamal setia suplemen Shaklee. Lepas cuba vitamin C tu, ada banyak lagi yang Gee dah amal seperti:
  1. Vitamin B-Complex (ada asid folik, biotin)
  2. Vitamin E
  3. Omega 3
  4. Alfalfa
  5. Herblax
  6. Ostenutrix (kalsium, magnesium, vitamin D)
  7. Vita-lize (multivitamin)
  8. Vivix
  9. ESP
  10. Cinch Shake
  11. Cinch Tea Mix 
  12. Nutriferon 

Testimoni Shaklee: 9 Tahun Setia Bersama

Banyak kan? Tapi Gee amik ikut waktu dia. Ada yang perlu tiap hari. Ada yang berkala. Yang penting tahu fungsi dan makan untuk apa. 

Testimoni 9 tahun makan suplemen Shaklee

Bab bersin, resdung dah ok semua. Alhamdulillah. Bila ada bersin pun dah tahu cara baiki dia. Macam Gee akan makan lebih vitamin C, nutriferon dan elderberry (ada dalam vivix / hero kiddo).

Jarang demam dan selsema juga. Jika ada demam pun Gee akan makan lebih sikit dos dan tak ada amik panadol setakat ni. Semua shaklee Gee makan.

Bila ada sakit kepala juga sama. Gee amik suplemen shaklee. Tak bergantung kepada ubat. Untuk sakit kepala Gee suka amik vitamin B-complex 2 biji, 3-4 biji ostenutrix, segelas nutriferon campur vivix atau tea mix.

Berat berjaya turun balik ke asal
Berat naik masa ni sebab pkp masa tu. Dekat 50kg. Jika naik situ memang akan jadi obes lah bmi sebab ketinggian Gee juga rendah. So, kena bagi bmi tu normal semula. Apa Gee buat? Gee buat intermittent fasting dan amik suplemen shaklee. Hasilnya berat turun dan badan lebih fit. Sampai sekarang ni berat kekal tak naik dah.

Selain tu, keluarga juga ada makan vitamin Shaklee ni. Biasa dorang amik vitamin C untuk fokus kuatkan imun badan. Untuk mak Gee pulak dia ambil vitamin C, omega 3 dan ostenutrix (kalsium, vitamin D dan magnesium). Fokus untuk sakit sendi, lutut, kolesterol dan imun badan. 

Oh ya, Gee juga ada cek tulang di branch Shaklee, masa tu di Shaklee Home Office KL. Boleh lihat sini keputusan tulang Gee.

Yang ketara berubah, dari segi makan minum. Gee dah jarang minum yang manis, Maksudnya minuman manis, bergas, air manis yang sedap banyak orang jual tu, Gee dapat mengawal. Makanan juga sama macam biskut, roti, kek atau kerepek tu juga lebih terkawal pengambilan. Alhamdulillah bila kenal Shaklee ni, gaya hidup juga berubah ke arah lebih sihat dan lebih baik. 

Ok itulah serba ringkas pengalaman dan testimoni Shaklee dari Gee. Boleh kata sejak jadi pengamal suplemen ni kesihatan lebih baik dan tak bergantung pada ubat. Dan harapan Gee moga ada rezeki bertuah dapat hadiah istimewa tajaan dari blogger www.anakkuwira.com

Baca juga testimoni dari kawan Gee di sini


#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023





Post a Comment

0 Comments