Set Kolesterol Shaklee Bantu Menurunkan Kolesterol Secara Selamat

Set Kolesterol Shaklee. Kolesterol adalah komponen penting dalam tubuh kita, tetapi jika tahapnya terlalu tinggi, ia boleh meningkatkan risiko kesihatan seperti penyakit jantung. Selain daripada gaya hidup sihat dan pemakanan yang seimbang, terdapat beberapa suplemen semulajadi yang dikaitkan dengan penurunan kolesterol. Dalam entri in Gee akan kongsikan suplemen yang boleh membantu menurunkan tahap kolesterol dalam tubuh secara semulajadi.

Set Kolesterol Shaklee

Apakah kolesterol?
Kolesterol adalah sejenis lemak yang wujud dalam tubuh manusia dan juga terdapat dalam pelbagai jenis makanan. Ia merupakan komponen penting dalam fungsi sel dan sistem saraf. Ia membantu membentuk membran sel, menyerap nutrien tertentu, dan menghasilkan hormon-hormon penting seperti hormon seks dan kortisol. Tetapi jika paras kolesterol tidak seimbang, ia boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan.

Jenis Kolesterol - ada 2 jenis kolesterol

Set Kolesterol Shaklee

  1. LDL (Low-Density Lipoprotein): LDL sering dianggap sebagai "kolesterol buruk" kerana ia membawa kolesterol dari hati ke seluruh tubuh. Jika tahap LDL tinggi, ia boleh menyebabkan kolesterol terkumpul di dalam dinding arteri, boleh meningkatkan risiko penyakit jantung dan strok.
  2. HDL (High-Density Lipoprotein): HDL dianggap sebagai "kolesterol baik" kerana ia membantu membersihkan kolesterol daripada arteri dan membawanya kembali ke hati untuk diproses dan dikeluarkan daripada tubuh. Tahap HDL yang tinggi berkait rapat dengan penurunan risiko penyakit jantung.

Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Tahap Kolesterol
Beberapa faktor yang mempengaruhi tahap kolesterol dalam tubuh iaitu:
  1. Faktor Genetik: Ciri-ciri genetik boleh mempengaruhi bagaimana tubuh menguruskan kolesterol.
  2. Pemakanan: Pengambilan makanan berlemak tepu, kolesterol, dan trans lemak boleh meningkatkan tahap kolesterol LDL.
  3. Gaya Hidup: Kurang melakukan aktiviti fizikal dan amalan gaya hidup tidak sihat boleh menyumbang kepada peningkatan tahap kolesterol.

    Cara menurunkan kolesterol secara selamat dengan suplemen semulajadi. Bagaimana Set Kolesterol Shaklee boleh membantu?

Kebaikan Set Kolesterol Shaklee

1. Niasin
Niasin adalah vitamin B3. Biasa doktor banyak mencadangkan untuk pesakit yang mempunyai masalah kolesterol atau jantung yang tinggi. Ia meningkatkan tahap kolesterol baik dan mengurangkan trigliserida, lemak lain yang boleh menyumbat arteri. Sumber niasin daripada makanan seerti hati dan ayam, atau lagi mudah suplemen Niasin dalam B-Complex.

2. Phytocol ST-Plus
Mengandungi Fitosterol atau sterol tumbuhan. Sterol tumbuhan mampu menghalang kolesterol daripada diserap ke dalam salur darah dan mengurangkan kolesterol LDL (kolesterol jahat).

3. Omega Guard
Mengandungi asid lemak omega-3 dan ia boleh membantu menurunkan paras trigliserida dan kolesterol dalam darah. Omega-3 juga berperanan penting dalam kesihatan jantung.

4. Cinch Tea Mix (ada Ekstrak Teh Hijau)
Teh hijau mengandungi epigallocatechin gallate (EGCG), sejenis polifenol yang memiliki sifat antioksidan dan antikolesterol. EGCG telah dikaitkan dengan penurunan tahap kolesterol LDL dan risiko penyakit kardiovaskular.

5. Garlic Complex
Suplemen bawang putih dalam bentuk tablet. Bawang putih telah lama digunakan dalam perubatan tradisional untuk mengurangkan kolesterol dan tekanan darah tinggi. Kandungan allicin dalam bawang putih dapat menurunkan tahap kolesterol LDL.

6. Vivix
Ia mengandungi resveratrol yang tinggi antioksidan. Ini penting untuk menurunkan kolesterol LDL (buruk) dan menaikkan kolesterol HDL (kolesterol "baik"). Ia membantu meningkatkan keseimbangan kolesterol dalam tubuh. Banyak kajian juga telah melaporkan peranan resveratrol dalam mencegah dan mengurus penyakit berkaitan kardiovaskular dengan cara melindungi saluran darah dari rosak, menurunkan paras kolesterol dalam darah, dan mencegah pembekuan darah.


Set Kolesterol Shaklee
Ready stok set kolesterol

Set Kolesterol Shaklee
Best seller set kolesterol


Suplemen semulajadi juga penting dalam usaha menurunkan tahap kolesterol dalam tubuh. Jangan lupa rujuk dengan doktor sebelum memulakan pengambilan suplemen, terutamanya jika ada sejarah penyakit atau mengambil ubat-ubatan lain. Pengambilan suplemen perlu selari dengan gaya hidup sihat dan pemakanan yang seimbang untuk mendapat hasil yang lebih efektif.


Testimoni Set Kolesterol Shaklee

Set kolesterol shaklee

Set kolesterol shaklee

Set kolesterol shaklee




Berminsat untuk mendapatkan set kolesterol Shaklee, boleh terus menghubungi Gee, klik gambar untuk segera whatsapp Gee.
 
Boleh hubungi Gee terus atau klik gambar untuk pautan whatsapp. Gee akan bantu bagi yang berminat nak dapatkan kulit sihat dengan set kulit shaklee ini.   Set Rahmah Shaklee




Rujukan:
  1. Mozaffarian, D., & Wu, J. H. (2011). Omega-3 fatty acids and cardiovascular disease: effects on risk factors, molecular pathways, and clinical events. Journal of the American College of Cardiology, 58(20), 2047-2067.
  2. Maron DJ, Lu GP, et al. (2003). Cholesterol-lowering effect of a theaflavin-enriched green tea extract: a randomized controlled trial. Archives of Internal Medicine, 163(12), 1448-1453.
  3. Ried, K., Toben, C., & Fakler, P. (2013). Effect of garlic on serum lipids: an updated meta-analysis. Nutrition Reviews, 71(5), 282-299
  4. Tome-Carneiro, J., Larrosa, M., & Tomas-Barberan, F. A. (2013). Resveratrol and clinical trials: the crossroad from in vitro studies to human evidence. Current pharmaceutical design, 19(34), 6064-6093.





Post a Comment

0 Comments