7 Punca dan Sebab Tekanan Darah Tinggi Naik

Darah tinggi atau hipertensi, adalah penyakit yang semakin menjadi isu kesihatan masyarakat di seluruh dunia. Bahaya penyakit ini tidak menunjukkan simptom yang jelas, sehingga menyebabkan tekanan darah tinggi naik mendadak. Kali ini Gee akan kongsikan apa punca dan sebab utama mengapa darah tinggi naik. 

Punca dan Sebab Tekanan Darah Tinggi Naik


Apa Itu Darah Tinggi?

Tekanan darah tinggi adalah apabila darah yang menolak dinding arteri secara konsisten terlalu tinggi. Ini akan merosakkan arteri dan boleh membawa kepada serangan jantung dan strok.

Darah tinggi adalah keadaan di mana tekanan darah dalam arteri meningkat secara berterusan. Teori paling umum ialah tekanan darah normal adalah sekitar 120/80 mmHg, manakala tekanan darah tinggi bermula pada tahap 140/90 mmHg dan ke atas.

Punca dan Sebab Tekanan Darah Tinggi Naik



7 Punca dan Sebab Tekanan Darah Tinggi Naik

1. Faktor Keturunan
Keturunan atau genetik memainkan peranan penting dalam peningkatan risiko darah tinggi. Jika ada ahli keluarga anda mempunyai sejarah penyakit ini, anda mungkin berisiko untuk mengalaminya juga.

2. Diet Tidak Sihat
Pemakanan yang tinggi dengan garam, lemak tepu, dan gula boleh menyebabkan kenaikan berat badan hingga memberi kesan kepada darah tinggi. Sebaiknya cuba urangkan makanan berproses dan gantikan dengan makanan yang lebih sihat dan berkhasiat.

3. Kegemukan
Individu yang mengalami kegemukan atau obesiti juga lebih mudah untuk mendapat tekanan darah yang lebih tinggi. Cuba usaha untuk menurunkan berat badan bagi membantu mengawal masalah ini.

4. Kekurangan Aktiviti Fizikal
Gaya hidup yang kurang aktif boleh membawa kepada masalah darah tinggi. Amalkan senaman secara berkala dalam 2-3 kali seminggu untuk mengekalkan kesihatan jantung dan tekanan darah yang normal.

5. Stres
Stres jika tidak dikawal dengan baik boleh meningkatkan tekanan darah. Cuba kawal stress dengan baik. Boleh amalkan teknik penenangan diri seperti yoga atau meditasi.

6. Kurang Tidur
Bila tak cukup tidur juga boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah. Pastikan anda mendapat tidur yang cukup dalam 6-8 jam setiap malam.

7. Merokok dan Alkohol
Merokok dan pengambilan alkohol secara berlebihan boleh merosakkan saluran darah dan ini akan meningkatkan risiko darah tinggi.


Kesimpulan
Darah tinggi antara penyakit serius yang boleh membawa kesan kepada kesihatan termasuk penyakit jantung dan strok. Sebab itu penting untuk tahu punca dan sebab darah tinggi naik. Jangan lupa juga mengambil langkah-langkah pencegahan yang sesuai, supaya dapat menjaga kesihatan jantung dengan lebih baik.




Baca juga:







Post a Comment

0 Comments