Makanan Terbaik Untuk Menurunkan Darah Tinggi Dengan Cepat

Penting untuk memilih makanan yang sihat dan betul untuk menurunkan bacaan darah tinggi. Darah tinggi sering dikaitkan dengan masalah jantung. Lebih 1 bilion orang di seluruh dunia mempunyai masalah ini. Itu sebab penting untuk mengubah gaya hidup dan diet untuk membantu menurunkan kadar tekanan darah dan mengurangkan risiko penyakit jantung.

Makanan Terbaik Untuk Menurunkan Darah Tinggi Dengan Cepat


Jom Ketahui 13 Makanan Terbaik Untuk Menurunkan Darah Tinggi Dengan Cepat

1. Buah Citrus
Buah sitrus dapat membantu menurunkan tekanan darah. Buah ini kaya dengan vitamin, mineral, dan sebatian tumbuhan, yang dapat membantu menjaga kesihatan jantung dengan mengurangkan faktor risiko penyakit jantung seperti tekanan darah tinggi . Bolehlah makan buah sitrus seperti grapefruit, oren, lemon.

Makanan Terbaik Untuk Menurunkan Darah Tinggi Dengan Cepat
Buah Citrus

2. Sayuran Daun Hijau
Sayur-sayuran berdaun hijau ini mengandungi pelbagai nutrien seperti kalium dan magnesium, yang bagus untuk menyokong tahap tekanan darah yang optimum.

Contoh bayam mengandungi nitrat. Ia boleh menurunkan tekanan darah. Ia juga kaya dengan antioksidan, kalium, kalsium, dan magnesium, yang baik untuk kesihatan jantung.

3. Kekacang
Kaya dengan nutrien yang baik untuk membantu mengawal tekanan darah, seperti magnesium dan kalium. Boleh makan kekacang seperti lentil, kacang.

4. Buah Berries
Beri kaya dengan sumber antioksidan termasuk antosianin, iaitu pigmen yang memberikan warna cerah kepada buah beri. Antosianin dapat meningkatkan kadar oksida nitrat dalam darah dan mengurangkan pengeluaran molekul yang menyekat aliran darah. Ini boleh membantu menurunkan tahap tekanan darah.

Contoh buah:
  • blueberry
  • raspberi
  • chokeberry
  • strawberi
  • anggur
  • cranberry

5. Lobak
Lobak tinggi sebatian berasaskan tumbuhan yang baik untuk kesihatan, seperti menguruskan tekanan darah. Kajian 2023 mendapati bahawa kemungkinan tekanan darah tinggi turun hingga 10% untuk kira-kira setiap 100 gram lobak merah (kira-kira 1 cawan lobak mentah parut) jika ia dimakan setiap hari. Rujukan di sini.

6. Tomato
Tomato kaya dengan nutrien seperti kalium dan lycopene pigmen karotenoid. Lycopene telah dikaitkan dengan kesan yang baik terhadap kesihatan jantung. Jika makan makanan yang tinggi dalam nutrien ini dikatakan ia boleh membantu mengurangkan faktor risiko penyakit jantung seperti tekanan darah tinggi. 

7. Brokoli
Brokoli terkenal dengan banyak kesan yang baik terhadap kesihatan, termasuk kesihatan sistem peredaran darah. Brokoli mempunyai antioksidan flavonoid, yang boleh membantu menurunkan tekanan darah dengan meningkatkan fungsi saluran darah dan meningkatkan tahap nitrik oksida dalam badan. Rajin makan brokoli setiap hari jika nak menurunkan tekanan darah tinggi.

8. Kiwi
Buah kiwi sangat tinggi vitamin C dan mengandungi nutrien lain yang boleh membantu mengawal tekanan darah, termasuk serat, kalium, dan magnesium.

Kiwi juga menyediakan pelbagai sebatian polifenol dan antioksidan berasaskan tumbuhan. Itulah sebabnya para penyelidik percaya buah kiwi dapat membantu menurunkan faktor risiko penyakit jantung, termasuk tekanan darah.

9. Buah Pisang
Pisang mengandungi kalium, yang dapat membantu menguruskan masalah darah tinggi. Menurut Persatuan Jantung Amerika (AHA), kalium boleh mengurangkan kesan natrium dan mengurangkan ketegangan pada dinding saluran darah. 

10. Dark Chocolate
Koko, bahan dalam coklat gelap, mengandungi flavonoid, sejenis antioksidan. Flavonoid dikatakan boleh membantu mengurangkan tekanan darah menurut Persatuan Jantung Amerika. Tapi pastikan piliha coklat gelap yang tinggi kandungan kokonya.

11. Tembikai
Buah tembikai mengandungi asid amino yang dipanggil citrulline. Badan manusia akan menukarkan citrulline kepada arginine. Ini akan membantu badan menghasilkan nitrik oksida, gas yang melegakan saluran darah dan menggalakkan fleksibiliti dalam arteri. Kesannya ia membantu aliran darah sekaligus dapat menurunkan tekanan darah tinggi.

12. Bawang Putih
Bawang putih mempunyai sifat antibiotik dan antifungal, kerana adanya bahan aktif utama iaitu allicin. Kajian 2020 mendapati bahawa bawang putih secara umum, dan khususnya bawang putih Kyolic, dapat mengurangkan:
  • tekanan darah
  • kekakuan arteri
  • kolesterol tinggi
13. Delima
Buah delima mengandungi antioksidan dan bahan-bahan lain yang boleh membantu mencegah masalah tekanan darah tinggi dan aterosklerosis. Kajian tahun 2018 menunjukkan bahawa pengambilan jus delima setiap hari dapat mengurangkan tekanan darah sistolik dan diastolik pada orang yang menghidap diabetes.


Kesimpulan
Dengan mengamal gaya hidup yang sihat, diet yang sihat juga dapat menurunkan tahap tekanan darah dan membantu mengurangkan risiko penyakit jantung. Jika anda mempunyai tahap tekanan darah tinggi atau ingin mengekalkan tekanan darah yang sihat, anda bolehlah menambahkan beberapa makanan yang disenaraikan dalam artikel ini ke dalam diet anda. Moga ia dapat membantu. 


Baca juga:





Post a Comment

6 Comments

  1. bahaya kalau dah ada darah tinggi. lebih baik cegah dulu sebelum terjadi banyak makanan yang boleh diamalkan. buah citrus tu sendiri dah ade dalam vitamin c shaklee

    ReplyDelete
  2. Ayah saya ada darah tinggi dulu, sampai satu tahap tu dia jadi lupa. Dr cakap minor stroke dekat otak yang buat dia jadi lupa akibat darah tinggi. Walaupun jadi sekejap je tapi serius mmg susah hati. Kita yang muda ni kena berjaga jaga juga dan kawal pemakanan dari awal.

    ReplyDelete
  3. Jaga kesihatan ya semua. Makan real food and cubalah kurangkan makan instant food. Ambil makanan dlm portion yang sesuai. Yang dah ada darah tinggi, jangan lupa ambil makanan yg sesuai, jangan main bedal saja semua benda nak makan.

    ReplyDelete
  4. Nica sharing..actually banyak ja benda yang sangat kaya dengan zat vitamin yg membantu kita untuk sihat.. tapi tu lah kadang kemain tak sempat makan hahah

    ReplyDelete
  5. Had an amazing time on the Desert Safari! The camel ride was a unique experience, and the traditional Arabian dinner under the stars was the perfect way to end the day.

    ReplyDelete
  6. Découvrez le puissant iGanony Viewer sur Atamgo. Explorez les histoires Instagram et plus encore.

    ReplyDelete