35 Cara Perbaiki Diri Tahun 2024

Dah masuk tahun 2024, macam mana setakat ini? Masih di awal tahun baru ini masih tak terlambat untuk kita ubah dan perbaiki diri serta hidup kita. Jom saya kongsikan 35 Cara untuk perbaiki diri di tahun 2024.

35 Cara Perbaiki Diri Tahun 2024

1. Cuba solat awal waktu setiap masa.
2. Usaha untuk buat solat taubat setiap hari.
3. Tulis dan tetapkan matlamat hidup.
4. Baca buku 10 mukasurat sehari.
5. Jangan menghukum orang.
6. Makan makanan sihat dan berkhasiat.
7. Mencintai diri sendiri.
8. Bangun 2 jam lebih awal dari kebiasaan.
9. Menulis jurnal/aktiviti harian.
10.Tinggalkan tabiat buruk.
11. Sentiasa tanya maklumbalas orang.
12. Belajar skil baru setiap hari.
13. Percaya dengan diri sendiri.
14. Mulakan rutin baharu setiap hari.
15. Rancang strategi baharu.
16. Sentiasa lihat perspektif berbeza.
17. Belajar melabur.
18. Jangan buat alasan.
19. Jangan bertangguh!
20. Rekod dan semak kewangan.
21. Fokus positiviti.
22. Belajar bahasa baharu.
23. Persoalkan setiap benda yang kita teringin.
24. Jangan bandingkan hidup kita dengan orang lain.
25. Fokus 1 hal dalam 1 masa.
26. Perhati kelemahan diri dan perbaiki.
27. Tinggalkan comfort zone kita.
28. Tukar social circle kita kepada yang lebih positif.
29. Bina rutin senaman yang bersepadu.
30. Mulakan hidup dengan lebih tersusun.
31. Buat surat kepada 'versi masa depan kamu'.
32. Tonton video yang bermanfaat selalu.
33. Buat senarai matlamat hidup.
34. Tolong orang walaupun kecil.
35. Berhenti dari melakukan hal sia-sia.

Nampak banyak kan nak kena buat. Tapi tak apa kita mula berubah sedikit demi sedikit dan buat secara konsisten. Moga bermanfaat buat semua.

Inspirasi daripada Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah.



Post a Comment

1 Comments