May 17, 2014

Kelebihan Shaklee Lecithin 6 dalam 1


Assalamualaikum & Hi :))

Alhamdulillah.. siang tadi kenduri arwah berjalan lancar. tahu-tahu la bila kenduri ni banyak macam jenis makanan.. berlemak, berminyak, bergula, bersayur, berbuah semua tu. hehe..

Bila sebut lemak ni teringat pulak dengan satu produk Shaklee, nama dia Lecithin. Kalau sebut Lecithin mesti ramai yang tahu Leicthin ni salah satu supplement yang penting dalam Set Slimming Shaklee kan..dan peranan Lecithin yang paling famous amoss ialah membakar dan memecahkan lemak.


Apakah Lecithin??
Lecithin digelar sebagai 'pengemulsi semulajadi'. Sebab apa? sebabnya lecithin ini memberi kesan melekat pada lelemak. lecithin yang akan menyebabkan lemak terapung dalam darah dan mencegah lemak dari melekat pada dinding mambran.

Tahu tak Lecithin sebenarnya tidak boleh dihasilkan sendiri oleh badan kita.. tapi hakikatnya ia sangat penting. dan yang bestnya Lecithin Shaklee adalah daripada soya non-GMO.. soya adalah sumber lecithin yang paling berkhasiat dan bebas kolestrol.


Jom lihat 6 kelebihan utama Lecithin Shaklee ini :


1. Membakar dan memecahkan lemak
Fungsi utama Lecithin adalah untuk membakar lemak. Jadi Lecithin memematabolismakan kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids). Ia jug memecah serta mencairkan lemak terutama kolestrol, menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL) serta membantu kawal paras triglycerides. Lecithin juga membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah dan juga mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolestrol.

2. Penting untuk fungsi otak
Acethylcholine penting untuk fungsi otak - berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap, tidur, penghadaman. Acethylcholine merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak. Jika bekalannya cukup, maka fungsi-fungsi ini dapat dilakukan. Jika tidak fungsi itu akan tergugat. Acethylcholine dihasikan dari cholin. Cholin mudah diperolehi dari lecithin. Lecithin meningkatkan bekalan cholin dan acethylcholine – kerana 30% otak adalah terdiri daripada lecithin, manakala 70% lemak di hati (liver) adalah lecitin.

3. Warga tua
Lecithin sangat penting untuk mereka yang uzur disebabkan angin, stroke (angin ahmar) dan sakit-sakit yang biasa dialami oleh kaum tua. Ia mengurangkan masalah pembuluhan tersendat yang menjadi punca darah tinggi, sengal sendi, sejuk kaki, etc.

4. Penghadaman
Lecithin diperlukan untuk menghasilkan bahan kimia yang dipanggil 'bile' daripada kolesterol yanga sangat penting untuk proses penghadaman.

5. Sel-sel
Lecithin juga penting untuk mengangkut, menghantar bahan-bahan lemak dari makanan ke sel-sel. Choline & lecithin menguatkan selaput sel-sel neuron dan semua sel-sel tubuh badan kita

6. Kesihatan kardiovaskular (sistem jantung)
Lecithin juga berfungsi sebagai 'Fat Emulsifier' penting untuk perlindungan sistem jantung.


Siapa yang perlukan Lecithin :
  • Lelaki dan perempuan 
  • Pelajar 
  • Warga tua 
  • Orang yang nak kuruskan badan 
  • Orang yang ingin kawal kolestrol 
  • Orang yang ingin menjaga kesihatan







* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jika ada sebarang pertanyaan boleh menghubungi saya untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut berkenaan produk SHAKLEE dan setiap pembelian bakal mendapat HARGA ISTIMEWA..

Nurzhiana Mohd Yunus

Shaklee Independent Distributor - ID 1085116

sms/whatsapp: 0135707812

FB Page: Ziana Beauty Shoppe





Continue Reading

May 15, 2014

Punca anak hilang selera makan dan cara mengatasinya


Assalamualaikum..


Pasti ibubapa risau anak-anak yang tak nak makan... yang kurang selera makan. Masalah ini agak biasa berlaku sebenarnya. Kadang-kadang anak tak ada selera makan disebabkan tabiat makan yang tak betul sekaligus menyebabkan anak-anak kekurangan nutrsisi dalam badan. Pemakanan yang berkhasiat dan lengkap dengan nutrisi harian sangan penting kepada pertumbuhan anak-anak.

Terdapat juga punca lain yang menyebabkan anak-anak hilang selera makan :
  1. Terlalu banyak bermain. Banyak masa bermain menyebabkan kanak-kanak leka bila tiba waktu makan. Malah, kanak-kanak mungkin tak terasa lapar langsung. Jika berterusan boleh menyebabkan kanak-kanak kekurangan berat badan dan jatuh sakit. .
  2. Tiada kawan. Ada masa kanak-kanak ingin makan berteman. Contohnya bila di sekolah kanak-kanak lebih berselera makan berbanding di rumah. Jadi sebagai ibu bapa, luangkan masa makan bersama.
  3. Masalah kesihatan. Kanak-kanak bila usia meningkat, ada kala mereka kerap demam, selesema dan batuk. Secara tidak langsung kanak-kanak hilang selera makan. Jadi, si ibu perlu bijak menangani masalah ini, seperti menyediakan bubur yang menyelerakan untuk menarik selera makan anak.
  4. Masalah gigi rosak. Masalah gigi rosak atau sakit gigi juga membantutkan selera makan kanak-kanak. Mungkin anak sukar untuk menggigit dan mengunyah makanan. Jadi si ibu harus memastikan makan yang sesuai untuk anak.
  5. Jenis makanan & cara masakan yang sama. Kita yang dewasa juga akan jemu bila makan makanan yang sama setiap hari. Inikan pula kanak-kanak. Si ibu boleh mempelbagaikan jenis dan cara masakan sekaligus membantu menaikkan selera makan anak.

Cara mengatasi kanak-kanak yang kurang selera makan :
  1. Jangan terlalu memaksa anak-anak makan. Maksudnya, cuba sediakan makanan yang menjadi kesukaan mereka dan pastikan ia berkhasiat.
  2. Elakkan sikap cuba memujuk anak-anak dengan menjanjikan sesuatu jika dia berjaya menghabiskan makanannya. Contohnya dengan memberikan anak-anak gula-gula atau coklat yang jelas tidak berkhasiat. Tabiat ini mungkin mendorong anak-anak lebih gemar makanan ringan.
  3. Hiaskan makanan agar ia nampak sedap dan menyelerakan di mata anak-anak.
  4. Galak anak-anak makan dalam kuantiti yang lebih banyak. Tapi jangan sesekali memaksa mereka supaya menghabiskannya. Ada sesetengah anak-anak snegaja tidak mahu makan untuk menarik perhatian ibu bapa.
  5. Elakkan memberi makanan yang sama sepanjang hari. Cuba pelbagaikan untuk menaik selera makan mereka.
  6. Pilih masa makan yang tetap kerana ia akan membantu kanak-kanak mudah rasa lapar bila tiba waktunya.
  7. Makan bersama-sama dengan anak-anak. Mana tahu mereka akan lebih berselera makan.
  8. Elakkan sikap bertelagah dan marah-marah semasa makan. Cuba wujudkan suasana yang tenang, santai dan menggembirakan.

Kesimpulannya, ibu bapa harus peka dengan selera makan anak-anak. Cuba pastikan anak-anak makan terutama makanan yang berkhasiat. Kenalpasti makanan kegemaran anak-anak. Galakkan mereka mengambil makanan yang berkhasiat. Jangan galakkan anak-anak makan makanan ringan jika mereka tak nak makan nasi, buah dan sebagainya.

kredit; drzubaidi, sinar harian






----------------------------------------------------------------------------------------------
Nurzhinan Mohd Yunus | Shaklee Independent Distributot [ID : 1085116]

SMS WHATSAPP 0135707812 | FB : Ziana Beauty Shoppe 



Continue Reading

May 4, 2014

Sebab Bibir Kering dan Tip Mengatasi Bibir Kering


Bibir kering.. bibir pecah, menggelupas.. pasti ramai yang ada masalah bibir kering ini kan.. Macam mana nak merawat bibir kering?? sebelum itu, jom ketahui penyebab bibir kering.


Sebab bibir kering :
  • Pencemaran udara serta debu.
  • Perubahan suhu yang boleh menyebabkan bibir tidak dapat beradaptasi sehingga bibir menjadi kering serta pecah-pecah.
  • Suka makanan yang terlalu masam atau masin.
  • Tabiat merokok, suka minum kopi berlebihan serta minum alkohol.
  • Kurang pengambilan buah-buahan serta sayur-sayuran.
  • Kurangn minum air terutama air suam.
  • Menggunakan kosmetik yang bahan-bahan kimianya terlalu kuat atau disebabkan oleh alergi terhadap kosmetik tertentu.
  • Menggunakan ubat gigi yang mengandungi detergen berlebihan. 
  • Tabiat suka menjilat bibir dengan air liur
  • Masalah kekurangan vitamin & mineral dalam badan (vitamin B terutama asid folik dan riboflavin, vitamin C, vitamin E dan kurang zat besi)





15 Tip bibir kering 


Beberapa tip yang boleh dicuba, antaranya :

  1. Pastikan pengambilan air secukupnya (2 hingga 3 liter sehari)
  2. Penggunakan pelembab bibir yang mengandungi SPF 15 atau SPF 20 untuk melindungi bibir dari sinaran matahari.
  3. Mendapatkan tidur dan rehat yang cukup.
  4. Menjauhi rokok dan sebagainya.
  5. Kurangkan pengambilan ubat-ubatan, cubalah beralih kepada natural remedy.
  6. Pakai lipbalm tiap hari sebelum tidur. Yang ni boleh buat bibir sentiasa lembap sepanjang malam. 
  7. Sapu madu pada bibir, tunggu dalam 2 atau 3 minit kemudian lap bibir guna tuala lembap. Cara ini boleh membuang kulit kering pada bibir.
  8. Gosok bibir perrlahan-lahan menggunakan span lembut.
  9. Sentiasalah membasahkan bibir dengan air putih. Bukan dengan menjilatnya dengan lidah kerana di dalam air liur terdapat kelenjar dan enzim yang boleh menyebabkan bibir anda kering serta pecah-pecah. 
  10. Sebelum tidur bersihkan sisa lipstik dengan segera. 
  11. Amalankan banyak makan buah-buahan & sayuran yang mengandungi vitamin C, B, E dan mineral. 
  12. Urut bibir dengan minyak zaitun. Ia membantu mealncarkan peredaran darah pada bibir!
  13. Sapu tisu yang bersih setiap hari.
  14. Bersihkan sepotong halia segar, kupas kulitnya kemudian tumbuk hingga lumat dan perah airnya. Gosokkan hampas halia tersebut pada bibir untuk bibir yang lebih menawan dan kemerah-merahan.
  15. Cuba sapu atau oleskan sedikit mentega pada bibir. Cara ini boleh menjaga kelembutan bibir dan membantu menyembuhkan bibir yang merekah.







Nurzhinan Mohd Yunus | Shaklee Independent Distributot [ID : 1085116]

SMS WHATSAPP :  0135707812 | FB : Ziana Beauty Shoppe 



Continue Reading