Nov 19, 2017

11 Cara Mengatasi Kemurungan


Assalamualakum dan hi semua :))


Kemurungan boleh menjadi serius dan satu penyakit jika anda tidak mengatasinya dengan baik. Ada ramai juga yang menganggap kemurungan bukan suatu penyakit Sebaliknya ia adalah simptom biasa yang senang untuk ditangani. Malah ada juga yang bertindak lebih agresif apabila terlalu tertekan.





Gee bagi sekali tanda-tanda seseorang itu ada masalah kemurungan. Kena amik tahu agar kita dapat membantu mereka yang ada di seeliling kita.





Jom gee nak berkongsi cara-cara mengatasi kemurungan. Apa yang boleh kita / anda buat,


1. Minta Bantuan

Jangan malu untuk meminta bantu bagi menyelesaikan masalah. Boleh mencari bantuan daripada ahli keluarga, rakan-rakan, rakan sekerja atau kawan agar dapat melegakan sedikit beban emosi kita.


2. Bersenam

Senaman adalah cara terbaik untuk kerana ia bukan saja membantu membina bentuk tubuh yang lebih baik dan sihat tapi ia juga dapat meningkatkan tenaga positif dalam sistem badan kita. Dengan bersenam ia dapat membantu merembeskan hormon serotonin dan testosteron yang boleh menstabilkan perasaan dan memendamkan kemurungan dalam diri.


3. Diet Seimbang

Amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang seperti buah-buahan, sayuran, daging, kekacang dan karbohidrat dapat membantu mengawal emosi dengan lebih baik untuk mengatasi kemurungan.

Ia bukan saja mengekalkan kesihatan fizikal tapi juga boleh memulihkan perasaan kecewa.


4. Bercakap dengan Psikiatri

Cara paling mudah dan mujarab untuk mengatasi kemurungan ialah dengan bantuan psikiatri. Perunding psikologi boleh membantu anda untuk mengetahui punca kemurungan dan secara tak langsung boleh membantu mengurangkan masalah.


5. Ikut Perskripsi

Setiap ubat yang dibekalkan boleh membantu membantutkan kemurungan dan mengembalikan kesihatan mental seseorang.


6. Memelihara Haiwan

Haiwan peliharaan mempunyai hubungan yang baik dengan tuannya. Kajian menunjukkan bahawa mereka yang mempunyai haiwan kesayangan mampu menangani kemurungan berbanding mereka yang tinggal bersendirian. Perhubungan ini dapat membantu menghindari perasaan negatif.


7. Tidur

Dapatkan waktu tidur yang cukup dan berkualiti. Kajian menunjukkan bahawa tidur selama 7-8 jam setiap malam menunjukkan kurang gejala kemurungan berbanding mereka yang kurang tidur pada waktu malam. Dengan tidur juga dapat membantu mengurangkan beban emosi dan boleh pulih dari kemurungan.


8. Mendengar Muzik

Mendengar muzik boleh menenangkan fikiran. Muzik boleh mengubah perasaan kita, meningkatkan semangat dan emosi. Tapi elak dari mendengar muzik yang beremosi dan sedih kerana ia boleh memberi kesan emosi negatif.


9. Membaca Buku Motivasi

Membaca buku motivasi boleh memberi semangat dan nasihat bagaimana seseorang itu boleh mengatasi kemurungan. Ia juga akan memberi motivasi yang diperlukan dalam mengharungi perasaan keccewa.


10. Jadi Positif

Kekalkan pandangan dan pemikiran yang positif adalah cara terbaik untuk mengelak dari fikiran negatif dan perasaan sedih serta elak kemurungan.


11. Sinaran Matahari

Apa kaitan? Vitamin D dari cahaya matahari boleh merembes hormon serotonin.Ia memberi rasa yang lebih positif dan cergas kepada diri kita. Apabila anda berasa sugul, pergi keluar untuk mendapatkan cahaya matahari (paling baik waktu pagi) untuk mendapatkan emosi yang lebih baik.



Moga bermanfaat ^_^