Jerawat Masa Hamil | Tip Mudah Merawat Jerawat Untuk Ibu Hamil

Semasa hamil selain perubahan emosi dan fizikal, ibu hamil juga cenderung untuk naik jerawat di muka sepanjang tempoh hamil. Ia biasa berlaku semasa tempoh trimester 1 dan 2.




Kenapa jerawat tumbuh semasa hamil?

Ia berlaku kerana peningkatan hormon iaitu hormon androgen yang menyebabkan kelenjar dalam kulit tumbuh dan menghasilkan lebih banyak sebum, bahan berlilin yang berminyak. Minyak ini akan menyumbat liang dan akhirnya menyebabkan bakteria, keradangan dan jerawat naik!

  • Tahu tak apabila muka berminyak jerawat cenderung untuk naik. Minyak ini ibarat kilang untuk jerawat. 

Ada pelbagai jenis cara untuk merawat jerawat ketika hamil.

Tapi untuk merawat dan hilangkan jerawat ketika hamil, si ibu perlu mengambil kira kesan ke atas bayi dalam kandungan. Sebaiknya gunakan rawatan " drug free " untuk keselamatan ibu dan bayi.


6 Tips mudah merawat jerawat semasa hamil 

1. Cuci muka setiap hari
Tapi ingat gunakan pencuci muka yang lembut. Elakkan guna masker muka atau skrub kerana ia boleh menyebabkan kulit yang ada jerawat makin teruk. Sebaiknya cuci muka 2 kali sehari secara lembut.

2. Gunakan sampoo rambut 
Sekiranya ada jerawat di muka di sekitar rambut anda kena kerap menggunakan sampoo agar rambut bersih.

3. Elak guna produk muka jenis berminyak 
Ia termasuk "sunscreen" dan produk penjagaan rambut. Sebaliknya guna produk jenis " water based " untuk mengurangkan jerawat. Gunakan produk jenis oil free or alcohol free

4. Berhati-hati dengan muka. 
Elak menyentuh muka dengan tangan termasuk objek lain. Tangan paling banyak bakteria!Contohnya pakaian yang ketat dan topi apabila anda berpeluh, peluh dan minyak ini akan menggalak jerawat naik.

5. Jangan pegang atau pecahkan jerawat!
Tahu tak tindakan ini akan menyebabkan jerawat semakin teruk dan boleh meninggalkan kesan parut pada kulit anda!

6. Kerap menukar sarung bantal dan cadar
Sebaiknya tukar sarung bantal dan cadar setiap minggu untuk menjaga kebersihan dan mencegah bakteria daripada sarung bantal dan cadar terkena muka semasa tidur.



Selain daripada itu, anda juga boleh mengambil suplemen untuk mengatasi jerawat tumbuh semasa hamil. Untuk suplemen ini, Gee hanya rekomen Set Kehamilan Shaklee.


Kenapa Set Kehamilan Shaklee?

Selain membekal nutrisi untuk ibu dan bayi, set ini juga boleh membantu sekali masalah jerawat dan masalah kulit yang lain.Set ini mengandungi vitamin C, multivitamin, asid folik, zat besi, protein, kalsium dan Omega 3.






Lihat juga:

Testimoni jerawat naik masa hamil dengan mengamal Set Hamil Shaklee

10 Tips Jerawat dan Set Jerawat Shaklee







www.wasap.my/6013-5707812




Post a Comment

0 Comments