Tip dan Petua untuk Hilangkan Kulit Berminyak


Tip dan Petua untuk Hilangkan Kulit Berminyak

Tip Kulit Berminyak

Dalam entri kalini, Gee akan kongsikan kepada anda beberapa tip dan petua untuk menghilangkan dan memperbaiki kulit berminyak.

Tip dan petua untuk menghilangkan kulit yang berminyak


1. Cuci muka dua kali sehari

Cuci muka pada waktu pagi dan sekali pada waktu malam sebelum tidur. Jangan kerap mencuci muka kerana ia boleh menghalang pelembap semulajadi pada kulit anda dan meningkatkan lagi pengeluaran minyak.

2. Gunakan pembersih muka jenis lembut

Jika anda ingin mencuba pembersih muka jenis yang lebih kuat, periksa ramuan dan pastikan ia sesuai untuk kulit berminyak dan berjerawat seperti benzoyl peroxide, salicylic acid, glycolic acid, or beta-hydroxy acid.

3. Skrub muka

Jangan guna skrub wajah dengan kasar kerana ia boleh merangsang pengeluaran minyak.Skrub muka anda secara lembut. Sebaiknya skrub/gosok muka anda seminggu sekali untuk membantu melonggarkan dan mengeluarkan kotoran dan minyak dalam liang-liang kulit muka.

4. Toner

Untuk penggunaan toner, pastikan anda hanya menyapu toner pada kawasa yang berminyak sahaja. Elakkan pada kawasan yang tidak berminyak kerana ia boleh menyebabkan kulit anda kering.

Toner >> Youth Perfecting Skin Toner

5. Pelembap yang sesuai

Pilih pelembap / moisturizer yang sesuai. Cari pelembap jenis berasaskan air (water based) atau bebas minyak (oil free) dan elakkan menggunakan pelembap jenis krim.

6. Pemilihan Makeup

Berhati-hati dalam memilih bedak asas atau alat solekan yang lain. Contoh, bila anda memilih makeup jenis cecair (liquid makeup) pastikan ia berasakan air (water based). Lihat juga label atau ramuan jenis "noncomedongenic" . Jenis ini tidak akan menyumbatkan liang pori-pori pada kulit anda.

7. Yogurt

Urut muka menggunakan yogurt jenis 'plain'. Anda boleh buat beberapa kali seminggu. Kandungan asid laktik di dalam Yogurt membantu membersihkan kulit, mengurangkan pengeluaran sebum (minyak) dan menghalang liang pori dari tersekat.

8. Putih telur

Telur putih boleh membantu mengeringkan kulit yang berminyak. Anda boleh mencampurkan telur putih dengan jus lemon bersama untuk kesan yang lebih baik. biarkan sehingga ia kering baru dibilas. Cuba lakukan sekali atau 2 kali seminggu.

9. Jus Lemon

Cara-cara : campurkan 1 sudu teh jus lemon dengan air sejuk. Sapukan pada wajah dan biarkan selama 15 minit atau sehingga kering baru anda bilas muka dengan air bersih atau dengan pencuci muka. Ia merupakanc cara tradisional untuk memastikan muka bebas dari minyak. Lakukan beberapa kali dalam seminggu.

10. Skrub Madu & Almond

Campurkan sedikit badam dan sedikit madu. Urutkan dan sapukan dengan lembut (jangan gosok terlalu kasar) pada kulit anda. Selepas sepuluh hingga lima belas minit kemudian, barulah anda mencuci muka anda dengan teliti.

11. Skrub Oatmeal & Aloe Vera

Campurkan oat dengan gel Aloe Vera. Kemudian anda boleh gosokkan / sapukan perlahan ke kulit muka anda. Selepas sepuluh hingga lima belas minit atau hingga kering barulah anda mencuci muka anda dengan teliti.

. . .


Untuk anda yang memiliki kulit berminyak, pastikan anda menjaga dengan betul dan teliti. Anda boleh mengikuti dan mengamalkan tip dan petua yang Gee tuliskan di atas. Moga dapat membantu masalah kulit berminyak anda.


Selain itu, anda juga boleh alternatif lain iaitu dengan mengambil suplemen untuk memperbaki dan menghilangkan kulit berminyak dari dalam.


Cadangan suplemen untuk kulit berminyak anda boleh baca di sini.



Post a Comment

0 Comments