8 Cara Menjaga Kuku Agar Tetap Cantik Dan Kemas

Cara Menjaga Kuku Agar Tetap Cantik Dan Kemas. Penting juga untuk kita menjaga kecantikan dan kebersihan kuku. Kalini Gee akan kongsikan tips-tips yang boleh anda guna untuk kuku cantik dan bersih. 

Cara Menjaga Kuku Agar Tetap Cantik Dan Kemas

Cara Menjaga Kuku Agar Tetap Cantik Dan Kemas

Selalunya Gee berkongsi tip kecantikan kulit, tapi kalini Gee ingin berkongsi cara untuk menjaga kuku agar nampak cantik dan kemas. Penjagaan kuku juga penting sebenarnya kerana ia juga mencerminkan penampilan diri kita. Sebab itu kuku anda mestilah sentiasa bersih, cantik, berkilat dan nampak sihat.

Di sini ada beberapa cara untuk anda amalkan dan praktikkan selalu.

8 Cara Menjaga Kuku Agar Tetap Cantik Dan Kemas

1.Elak menggigit jari. Tabiat ini bukan saja membuatkan kuku anda tidak cantik tapi bakteria dari kuku akan masuk melalui mulut dan akan menyebabkan sakit perut dan penyakit yang lain.

2.Gunakan berus khas untuk kuku. Sebaiknya berus yang anda gunakan tidak terlalu kasar atau terlalu lembut.

3.Gunakan pelembap kuku. Sapukan pelembap pada sekitar kuku anda. ini untuk mengelak kulit di sekitar kawasan kuku anda menjadi kering dan menggelupas.

4.Elakkan menggigit, menarik dan memotong kuku di bahagian kulit yang tergantung. Ini boleh menyebabkan bakteria masuk ke bahagian bawah kulit dan ia akan kelihatan buruk.

5.Gunakan sarung tangan apabila membasuh pinggan dan juga semasa menggunakan bahan pencuci yang mengadungi tahap keasidan tinggi. Ini bagi mengelak tangan anda kering dan kelihatan tidak bermaya.

6.Selalu memotong kuku apabila kuku sudah panjang. Ia bertujuan untuk mengelak kuku patah yang boleh membuatkan kuku anda kelihatan tidak cantik.

7.Kurangkan atau elakkan mandi dengan air panas selalu kerana ia boleh memburukkan kuku anda.

8.Gunakan bawang putih yang telah dipotong dua dan kemudian gosokkan pada kuku anda hingga ia kelihatan berkilat atau bersih semula.



Mudah juga kan cara untuk menjaga kuku cantik dan kemas. Semoga ia bermanfaat dan berguna untuk anda dalam membantu menjaga kesihatan dan kebersihan kuku. Anda perlu ingat bahawa apabila bercakap atau berinteraksi dengan orang, tangan anda juga turut sama bergerak dan pastinya kuku anda akan jelas kelihatan.




Post a Comment

1 Comments