8 Tip Cara Menghilangkan Stretchmark Secara Semulajadi Dengan Cepat Dan Berkesan

Tips menghilangkan stretch mark secara semulajadi dengan cepat dan berkesan.



Kesan stretch mark biasa berlaku di bahagian perut. Ia banyak dialami oleh ibu yang baru lepas bersalin dan juga mereka yang mengalami pertambahan berat badan dengan mendadak. Stretch mark ini berlaku akibat regangan dan tekanan pada kulit secara tiba-tiba. Ini menyebabkan kulit yang kurang elastik dan tidak dapat kembali ke bentuk yang asal lalu terjadilah kesan regangan atau stretch mark.

Ramai yang stress apabila ada stretch mark ini. Jangan risau kerana ia bukannya penyakit tapi anda boleh berusaha dan mencari jalan untuk memperbaiki stretch mark pada kulit. Tapi anda perlu barhati-hati, kerana jika dibiarkan menyebabkan kulit kelihatan tidak cantik dan kulit juga boleh berubah warna.

8 tip cara menghilangkan stretch mark secara semulajadi dengan cepat dan berkesan

Dalam entri ini, Gee ingin berkongsi cara menghilangkan stretch mark untuk anda dan ia boleh dilakukan sendiri di rumah dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi yang sedia ada.

1. Aloe vera
Atau lebih dikenali sebagai lidah buaya. Ia terkenal dengan pelbagai manfaat dan penawar untuk penyakit. Lidah buaya juga mempunyai kolagen yang sangat bagus untuk kulit.

Keluarkan gel dari bahagian dalam daun lidah buaya dan sapukan terus ke bahagian yang ada kesan stretch mark.

2. Aprikot
Aprikot boleh digunakan untuk memudarkan kesan regangan yang timbul pada kulit. Aprikot juga boleh dijadikan sebagai skrub.

Potong buah aprikot, keluarkan biji dan lenyekkan buah untuk mendapatkan pes. Kemudian pes itu boleh ditampal atau di sapu pada kawasan stretch mark.

3. Kentang
Makanan yang mengandungi asid lemak dan pelbagai jenis fitokimia seperti karotenoid dan polifenol. Kentang juga mempunyai vitamin dan mineral seperti vitamin C, B kompleks, kalium, magnesium, kalsium, fosforus dan zink. Kentang juga mampu merangsang dalam penghasilan kolagen dan elastin, jadi ia berkesan membantu memulihkan semula sel-sel kulit dan kesan regangan atau stretch mark.

Potong kentang dan letakkan kepingan kentang tadi di kawasan regangan sambil menggosoknya secara perlahan-lahan. Pastikan air daripada kentang meresap ke kulit.

4. Lemon
Lemon mengandungi AHA dan vitamin C yang penting untuk membuang sel kulit mati dan memudarkan kesan regangan pada kulit dengan lebih cepat.

Sapu lemon pada kawasan stretch mark secara perlahan-lahan. Anda juga boleh memerah sedikit jus lemon dan diletakkan di kawasan berkenaan.

5. Minyak vitamin E
Vitamin E adalag vitamin antioksidan yang berupaya menembusi lapisan kulit dan membantu dalam proses penyembuhan luka pada parut.

Keluarkan minyak di dalam kapsul vitamin E dan sapukan ke seluruh bahagian kulit di kawasan stretch mark. Lihat di sini >> Cara membuat masker vitamin E

6. Putih telur
Putih telur dikatakan mengandungi 40 protein yang berbeza. Jadi ia sangat bermanfaat untuk kesihatan kulit. Putih telur juga kaya dengan vitamin A dan kolagen. Ia berkesan merawat parut dengan berkesan.

Ambil putih telur sahaja dan campurkan dengan minyak zaitun. Kemudian sapukan pada kawasan stretch mark.

7. Alfalfa
Ia merupakan sejenis tumbuhan yang kaya dengan asid amino, vitamin E dan K, Alfalfa berkesan membantu memudarkan kesan regangan dan stretch mark kerana ia bertindak sebagai toner yang bagus untuk kulit.

Campurkan Alfalfa dengan minyak chamomile dan tampal pada kawasan strech mark. Untuk kesan terbaik anda boleh buat setiap hari. Lihat di sini >> Cara membuat masker Alfalfa

8. Air kosong
Air sangat penting untuk kulit bagi mencegah daripada terhidrat. Rajin-rajinlah minum air kosong setiap hari dalam 8-10 gelas sehari ataupun ambil air dalam 1.5 liter ke 2 liter. Lebih banyak air lebih bagus. Air juga penting bagi membantu menyingkirkan toksin di dalam badan dan membantu mengembalikan kecantikan kulit.


Proses untuk membaikpulih kesan stretch mark ini mengambil masa jadi, anda perlu rajin dan membuatnya dengan konsisten dan berterusan.

Selain daripada cara semulajadi di atas, anda juga boleh mengambil suplemen tambahan untuk menghilangkan kesan stretch mark pada kulit. Pengambilan suplemen ini membantu membekalkan nutrisi kepada badan anda. Maka, ia dapat bertindak memperbaiki daripada dalam dahulu.


Suplemen Shaklee untuk menghilangkan stretch mark dengan berkesan 

Shaklee untuk stretch mark
Set Cadangan Shaklee untuk Stretch Mark

1. Vitamin C Plus
Membantu merangsang penghasilan kolagen kulit secara semulajadi. Kulit akan jadi lebih lembut, anjal dan kenyal. Vitamin C juga dapat mencerahkan kulit secara semulajadi sekaligus membantu mencerahkan kesan hitam dan tona tidak sekata pada kulit.

2. Vitamin E Complex
Vitamin E penting untuk memperbaiki struktur kulit seperti parut, bekas jerawat dan termasuklah kesan stretch mark pada kulit. Ia juga membantu mengurangkan kesan kedutan, garisan halus dan bintik penuaan pada kulit. Selain itu, vitamin E juga boleh memberi kelembapan pada kulit terutama kulit yang kering dan kasar di kawasan regangan stretch mark.

3. ESP
ESP antara sumber protein terbaik dan berkualiti tinggi. Protein penting bagi menghasilkan sel-sel kulit baru yang lebih sihat dan cantik (setiap 28 hari sel kulit kita bertukar baru). Kesan stretch mark adalah antara tanda sel kulit rosak. Sebab itu perlunya protein yang cukup dan berkualiti untuk kulit.

4. Collagen Powder
Suplemen kolagen terbaik untuk kulit. Untuk makluman anda, kolagen adalah sejenis protein, dan protein ini sangat lah penting untuk kulit. Kolagen membantu kulit lebih sihat, lebih kuat dan anjal dan ini membantu memperbaiki kulit yang berparut dan kesan stretch mark.



Jom lihat testimoni mereka yang mengambil suplemen Shaklee untuk stretch mark.

TESTIMONI SHAKLEE UNTUK STRETCH MARK 










Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee, anda boleh menghubungi Gee 
atau klik bawah ini untuk pautan Whatsapp terus.

http://Www.wasap.my/60135707812



Post a Comment

0 Comments