Feb 4, 2018

Pengalaman Pertama Kali Ke BLNC Shaklee 2018



Pengalaman Pertama Kali Ke BLNC Shaklee 2018

Tahun 2018 ni pertama kali Gee pergi ke BLNC Shaklee. Sangat best dan seronok. Aura dia lain macam sebab dapat jump semua leader-leader Shaklee yang hebat ni.

Tapi nak sampai ke BLNC ni gee naik flight dari Sibu ke Kuala Lumpur. Pertama kali turun airport KLIA2 sorang sebenarnya. Ada rasa gementar, takut tapi Alhamdulillah Allah permudahkan semua urusan ok lancar jer. Kali lain datang nanti InshaAllah lebih yakin dan tau arah semua. Hihi




BLNC tu apa sebenarnya?

BLNC = Business Leader National Conference.

  • BLNC ni lebih kurang macam perjumpaan untuk semua ahli shaklee yang berpangkat Leader ke atas. Tapi Leader yang cukup syarat dia, efektif akan dapat jemputan untuk datang.

Untuk tahun ni merupakan tahun ke 2 BLNC Shaklee di Malaysia.

Bagi gee sendiri ni tahun pertama gee datang BLNC. Tapi tahun lepas gee layak cuma tak pergi masa tu. Hihi. Dan tahun ni gee dapat pergi bersama dengan upline Gee, kak Zai. Tu yang lagi seronok dapat pergi.

BLNC tahun ni Shaklee buat di Sunway Pyramid Convention Centre.


Apa yang ada kat BLNC Shaklee?

Antara agenda dia pada masa tu;
  • Ucapan dari CEO Shaklee, Mr Roger Bannet. Kita orang berlive video dengan Mr Roger dari US sana.
  • Ucapan dari Presiden Shaklee Malaysia, Helen Lam. Masa ni seronok, gembira, terharu, semua ada perasaan sebab dengar pengumuman yang beliau bagitau tu memang bersemangat sangatt. Banyak betul insentif best untuk tiap pengedar Shaklee.
Bak kata Ms Presiden, buat lebih, dapat lebih!


Dapat suplemen percuma, Bcomplex, Coq Trol dan Omega!

  • Selain dari tu, yang paling ditunggu semua, pelancaran YOUTH Skincare khas untuk kami orang yang pergi ni. Yang ni menarik sikit la sebab yang ada datang untuk bagi penerangan dan info YOUTH ni ialah Chris Kyrou, Vice President Beauty Research & Development Shaklee Corporatin. Beliau ni antara orang penting yang terlibat dalam menghasilkan YOUTH. Dan lagi sorang experts dalam industri kecantikan yang berpengalaman selama 20 tahun iaitu Virgine Descamps. Best kan bila dapat jumpa sendiri. Hihi


Tapi lagi best, tiap sorang dari kami yang hadir ke BLNC ni boleh beli YOUTH skincare dulu. Maknanya kami orang antara yang terawal guna dulu. Jangan jeles ok. Hihi

Gee sendiri pun ada beli.

YOUTH ni skincare baru lancar kat Malaysia. Tapi official launching YOUTH nanti bulan MAC depan. Nanti korang boleh dapatkan YOUTH ni bulan MAC ok. Boleh roger2 Gee k.



Selain daripada BLNC tu, ada lagi yang best. Hari sebelum BLNC tu gee dengan upline gee dapat jemputan untuk dinner bersama super upline kami @ Master Iffah dan Master firdaus. Ni pertama kali gee jumpa depan depan. Ramai juga master yang lain masa dinner ni. Tapi memang seronok jumpa dan berborak dengan semua orang masa tu. Perut kenyang sama tu syok. Hehe





Dan paling paling seronok dapat jejak ke HQ Shaklee Malaysia di Sunway Geo Tower. Cuma tak dapat pergi dalam dia sebab hq tutup hari minggu kan.






Gee datang ke HQ Shaklee ni sebab join YOUTH ROADSHOW. Nak dengar lebih jelas dan faham pasal YOUTH skincare ni. Yang bagi talk ni pun Vice President sendiri.







Sempat lagi kami orang amik gambar dengan Mr Chris. Amik peluang ni sebab bukan slalu kan.




Pengalaman yang menarik dan gembira. Bersemangat jugak. Lain kali datang mesti lagi ramai! Nak bawak anak-anak Shaklee Gee join sama dalam BLNC Shaklee ni.