10 jenis tumbuhan herba yang membantu merawat penyakit ringan


Apakah tumbuhan herba yang bagus untuk kesihatan? Apakah jenis tumbuhan herba yang boleh membantu merawat penyakit ringan?

Dan baca? 13 Fakta Menarik Tengtang Herba 

10 jenis tumbuhan herba yang membantu merawat penyakit ringan


1. Aloe vera (daun lidah buaya)

  • Merawat luka, kesan cakar, ruam dan masalah alahan kulit lain. Untuk sapuan pada kulit badan, anda boleh menggunakan aloe vera gel yang dijual di farmasi atau gel di dalam daun lidah buaya.
  • Ia juga boleh digunakan untuk merawat masalah pencernaan. Caranya dengan meminum jus aloe vera.
  • Untuk sunburn, anda boleh menggunakan gel dan disapu pada muka dan biarkan hingga kering. Ia boleh mengurangkan rasa pedih akibat sunburn.

2. Bawang putih

  • Bawang putih adalah agen pencegah terbaik untuk demam selsema. Makan bawang putih mentah apabila anda berasa badan kurang sihat. Cara lain, campurkan bawang putih mentah dengan madu.
  • Minyak bawang putih – merawat psoriasis, merendahkan paras kolesterol.
  • Bawang putih yang dihancurkan dan direndam dalam air suam – rawatan antifungal
Dah baca? Bawang Putih Shaklee


3. Halia 


  • Teh halia - membantu mengurangkan sakit kepala, rasa mual dan masalah ketidakhadaman.
  • Untuk lelaki ia membantu meningkatkan tahap kesihatan.
  • Menguruskan badan
  • Mengatasi perut buncit
  • Mengandungi zinc, kromium dan megnesium untuk membantu memperbaiki aliran darah dan membantu mengelakkan kesejukan, peluh berlebihan dan demam.

4. Kulit kayu manis


  • Kunyah kulit kayu manis – menghentikan selsema
  • Air rebusan kulit kayu manis dan halia – membantu senggugut
  • Berkumur dengan air kulit kayu manis – menghilangkan sakit gusi dan nafas berbau

5. Serai


  • Teh serai – mengurangkan gejala senggugut dan mual, mengatasi gangguan pencernaan, sakit perut, masuk angin dan cirit-birit
  • Air rebusan serai – menyejukkan badan ketika hari panas

6. Jintan


  • Merawat usus, mengatasi masalah kembung perut dan insomnia.
  • Jintan tinggi dengat serat dapat mencegah buasir dan kanser usus. Jintah digunakan sebagai pelawas dan mencuci usus kecil dan besar.
  • Mengurangkan kadar kolesterol.
  • Merawat gejala kekejangan pra-haid, gejala pra-menopause dan rendah libido.

7. Lada hitam

  • Mengubati sakit kepala, cirit birit, melawaskan kencing. Cara, dua sudu lada hitam, direbus dan ditapis untuk diminum.
  • Daun pokok lada hitam boleh merawat demam panas. Cara, menumbuk lada hitam hingga hancur dan disapukan pada dahi.

8. Kacip fatimah


  • Air rebusan akar dan daun kacip fatimah bagus untuk wanita sebelum bersalin untuk membantu menegangkan otot perut dan vagina.
  • Selepas bersalin, minum air rebusan daun kacip fatimah untuk mengimbangi hormon dan menghilangkan kemurungan, mendapatkan semula kekuatan dan keremajaan badan untuk penyembuhan lebih cepat.
  • Meningkatkan daya hidup, mengatasi keletihan dan menguatkan otot vagina.
  • Ubat digunakan untuk meningkatkan libido dan seksual wanita.
  • Meningkatkan sistem ketahanan badan, peredaran darah, merawat pelbagai jenis penyakit wanita dan membantu merawat demam.
Dah baca? Alfalfa Jamu Moden versi Shaklee


9. Lengkuas


  • Daun lengkus membantu menghilangkan panau. Caranya tumbuk beberapa helai daun lengkuas, ambil airnya dan sapukan di kawasan panau. Boleh ulang banyak kali.
  • Mencegah mabuk laut dan rasa mual. Kunyah beberapa hirisan halus lengkuas.
  • Lengkuas boleh menurunkan kandungan lipid, risiko reumatik, mempertahankan keremajaan kulit dan mencegah penuaan dan merawat rambut.

10. Daun pandan


  • Menghitamkan rambut. Cara: ambil beberapa helai daun pandan, rebus hingga airnya bertukar warna hijau dan biarkan semalaman. Kemudian campurkan dengan dua biji buah mengkudu masak dan ramas pada rambut.
  • Air rebusan daun pandan – mengurangkan tekanan darah tinggi, kegelisahan, masalah saraf, mencegah paras gula tinggi dalam darah, melancarkan haid, mencegah penuaa, melancarkan buang air besar, menambahkan nafsu makan.
  • Bauan pandan – ubat penenang, mengatsi insomnia dan tekanan.
  • Hirisan daun pandan bersama minyak kelapa boleh meringankan gejala reumatik. 


Jika berdasarkan herba-herba di atas, kebanykannya memang kita selalu guna dalam masakan harian kan? Jadi teruskan guna kerana ia banyak manfaat untuk kesihatan kita.


Sumber:iSihat



Post a Comment

0 Comments