Mar 30, 2018

10 Kebaikan ESP Shaklee Untuk Lelaki Yang Sangat Penting!


ESP Shaklee untuk lelaki. Apa kebaikan dan manfaat ESP Shaklee untuk lelaki. Apa yang membuatkan ramai lelaki suka mengambil ESP?

kebaikan esp shaklee untuk lelaki


Ada yang ingat orang lelaki tak baik minum soya. Tapi sebenarnya banyak kebaikan dia untuk lelaki. Lagi pula protein soya ESP dari Shaklee ni yang banyak kebaikan dan manfaat bila anda rajin mengamalnya setiap hari.

10 Kebaikan ESP Shaklee Untuk Lelaki Yang Sangat Penting!

1. Jika tak sempat sarapan pagi, ESP boleh dijadikan alas perut waktu pagi. Bila perut kosong, anda tak boleh fokus buat kerja. InshaAllah dengan mengambil ESP dapat membantu lebih fokus dan cergas untuk melakukan aktiviti pagi tu.

2. Untuk atlet yang aktif bersukan, pengambilan ESP selepas bersukan boleh membantu mengelak ‘muscle tear’. Protein soya ESP membantu menguatkan otot, menyokong pembaikan dan pemulihan otot serta berupaya mengekalkan jisim otot.

3. Untuk mengawal berat badan. ESP mempunyai indeks glisemik yang rendah, 39. Indeks glisemik rendah, membantu paras gula darah kekal stabil, membuatkan anda berasa kenyang lebih lama dan bermanfaat untuk mengurangkan berat badan.

4. Untuk tulang yang kuat dan sihat. Isoflavon soya yang ada di dalam protein soya ESP membantu pertumbuhan tulang yang lebih kuat dan menyokong proses metabolisme tulang. Soya juga mengandungi kalsium semulajadi yang diperlukan tulang untuk tumbesaran yang sihat.

5. Untuk gastrik. Sibuk dengan tugas dan kerja seharian boleh mengundang risiko gastrik. Protein soya ESP yang bersifat alkali membantu meneutralkan asid gastrik di dalam perut sekaligus mengelak serangan gastrik. Juga membantu membaik pulih sel perut yang terhakis!

6. Untuk yang sering berasa letih dan tidak bertenaga. ESP membekalkan tenaga segera dan berkekalan. Protein soya juga memberi makanan kepada sel-sel tubuh dan ia membuatkan tubuh lebih cergas bertenaga.

7. Untuk kesuburan. Kandungan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan tubuh manusia penting untuk pembinaan sel-sel yang sihat termasuk sel telur. Ini sangat membantu menghasilkan sperma yang berkualiti.

8. Untuk kesihatan prostat. Genistein yang ada di dalam kacang soya terbukti berupaya mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser. Jadi ia sangat baik untuk pembesaran prostat.

9. Untuk kesihatan. Protein soya ESP penting untuk membekal protein kepada tubuh. Ia membantu dalam sintesis hormone dan enzyme yang penting agar tubuh anda berfungsi dengan baik.

10. Untuk kesihatan kulit. Protein membina kulit yang sihat. Ia menggalakkan penghasilan, pertumbuhan, dan perkembangan sel-sel kulit yang sihat. Isoflavon, sebatian semula jadi yang terdapat di dalam soya juga dikaitkan dengan penampilan kulit yang lebih baik dengan mengikat reseptor estrogen di kulit anda. juga membantu meningkatkan keanjalan kulit dan meningkatkan penghasilan kolagen.

Selain itu, ESP Shaklee juga tiada kandungan kolesterol dan rendah lemak, yang juga penting dalam membantu mengawal paras kolesterol anda.

Untuk makluman anda,
  • 1 hidangan ESP = 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu, tiada asid uric dan sangat mudah diserap badan manusia.
  • Juga kaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral.

Orang lelaki pasni kena rajin-rajin lah minum ESP Shaklee ok. Banyak sangat kebaikan anda dapat dengan hanya mengambil 1 hidangan ESP setiap hari.


Testimoni ESP untuk Lelaki




Untuk order & konsultasi, anda bolej menghubungi Gee terus. Boleh klik pada pautan Whatsapp di blog ini ya. 

Terima kasih😃