Kenal Pasti 8 Tanda Badan Bila Tidak Makan Sayur Dan Buah!


Kenal Pasti Apakah 8 Tanda Badan Bila Tidak Makan Sayur Dan Buah. Apa yang terjadi?

tanda badan tidak makan sayur dan buah

Pola pemakanan harian kita sekarang kebanyakannya kurang makan sayur dan buah. Mungkin ramai yang tidak mengambil kira isu ini, tapi hakikatnya kurang makan sayur dan buah sebenarnya banyak mempengaruhi rutin harian kita dan memberi kesan kepada tubuh kita.

Apakah yang akan terjadi apabila kita kurang makan sayur dan buah?

1. Berat badan naik

Kurang badan makan sayur dan buah boleh menyebabkan kita lebih banyak mengambil makanan yang tinggi kalori dan lemak dan boleh menyebabkan pertambahan berat badan. Masalah berlebihan berat badan juga boleh membawa kepada risiko untuk mendapat penyakit kronik.

2. Sembelit 


Kurang mengambil makanan yang banyak serat seperti sayur dan buah boleh menyebabkan masalah pencernaan. Jika sembelit dibiarkan dan menjadi kronik ia boleh menyebabkan buasir dan kerosakan tisu .

Sayur dan buah-buahan adalah sumber utama untuk mendapatkan serat dalam makanan kita. Contohnya brokoli dan avokado yang tinggi serat boleh membantu melegakan sembelit dan melancarkan proses pencernaan kita.

3. Badan mudah lebam

Antara faktor yang menyebakan badan kita mudah lebam dan rasa sakit juga disebabkan kurang mengambil sayur dan buah. Contohnya kekurangan mengambil vitamin C boleh menyebabkan badan kita mudah lebam daripada normal kerana salur darah lebih mudah terdedah dan belakunya lebam. Vitamin C juga penting untuk proses penyembuhan dan pengeluaran kolagen.

4. Naik jerawat!

Menurut pakar dermatologi, Dr Jessica Wu, beliau menyarankan memakan sayururan dan buah berwarna merah, kuning dan hijau kerana ia tinggi dengan antioksidan. Antioksidan yang tinggi boleh membantu melawan kerosakan kolagen dan juga penting untuk kulit sihat dan anjal.

5. Mudah rasa penat

Tahu tak? Sayuran dan buah-buahan membekalkan kesemua nutrien yang penting untuk badan kita agar kekal cergas dan sihat. Kurang mengambil sayur dna buah antara sebab badan anda cepat penat dan letih akibat kekurangan nutrisi.

Amalkan makanan yang berwarna hijau gelap kerana ia membekalkan magnesium yang bagus untuk menghasilkan tenaga dan juga membantu menenangkan otot apabila kita berasa letih atau stress.

6. Kerap / mudah jatuh sakit

Mereka yang kurang makan sayur dan buah juga boleh merendahkan sistem imun badan. Apabila sistem imun rendah, keupayaan badan melawan penyakit menjadi kurang. Sebaiknya tambah sayuran berwarna hijau untuk meningkatkan sistem pertahanan badan.

7. Mudah lupa!

Dalam artikel yang dikeluarkan oleh Universiti Tufts, lutein mampu membantu menguatkan daya ingatan dan memori serta menajamkan skil kognitif yang lain. Antara sumber terbaik lutein ialah sayuran yang berdau gelap dan hijau.

8. Mudah rasa lapar

Buah dan sayur selain membekalkan serat, ia juga membantu memenuhkan ruang perut kita. Menurut ahli pemakanan, Frances Langeman-Roth, jika seseorang berasa lapar selepas satu atau dua jam, ia mungkin disebabkan badan tidak mendapat serat yang cukup.

Makanan tinggi serat boeh membantu kita berasa kenyang lebih lama. Bagi yang ingin kuruskan badan, rajin-rajinlah mengambil sayur dan buah-buahan.


Lepas ni kita kena rajin makan sayur dan buah. Kadang-kadang badan kita rasa cepat letih, penat, kurang bermaya sebab kurang nutrisi dalam badan. Dan nutrisi ni kita boleh ambil daripada sayur dan buah. Senang kan?


Dan baca? Khasiat warna di sebalik buah dan sayur yang anda makan










Post a Comment

0 Comments