Tips Rumah Sentiasa Bersih dan Sihat


Tips Rumah Sentiasa Bersih dan Sihat


tip rumah bersih dan sihat

Pentingnya untuk menjaga rumah agar sentiasa bersih dan sihat.

Kebanyakan kita lebih banyak menghabiskan hampir 90% masa di dalam rumah tapi sebenarnya udara di dalam rumah boleh menjadi 50 kali ganda lebih tercemar berbanding udara di luar rumah.

Sebab itu penting untuk menjaga kebersihan di dalam rumah kita setiap masa.

Beberapa tips yang boleh korang amalkan antaranya:

1- Sentiasa membersihkan bilik mandi kerana kulat yang membebaskan spora yang menyebabkan masalah pernafasan, asma dan alergi.

2- Menjemur pakaian yang dibasuh di luar rumah tapi jika terpaksa menyidai pakaian di dalam rumah, tingkap perlu dibuka luas.

3- Sentiasa membersihkan permaidani di rumah. Permaidani boleh jadi sebab debu, kulat dan mikroorganisma lain yang berbahaya kepada paru-paru, boleh menyebabkan asma dan alahan bagi sesetengah orang.

4- Menanggalkan kasut di luar semasa masuk ke dalam rumah agar kotoran seperti debu, habuk dan pasir dari luar rumah tidak tersebar masuk ke dalam rumah.

5- Apabila mengecat dinding, pastikan cat dinding sudah kering sebelum menggunakan bilik atau ruang berkenaan.

Cat dinding boleh membebaskan Vlatile Organic Compoun (VOC) yang boleh memberikan pelbagai kesan terhadap kesihatan kita jika menghidunya dalam jangka masa yang panjang.


Info Tambahan
Udara dalam rumah mengandungi lebih 900 bahan kimia, zarah dan bahan biologi yang boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan tubuh kita.

Jagalah kebersihan rumah kita agar sentiasa bersih kerana ia boleh mempengaruhi kesihatan kita. Rumah adalah tempat paling banyak kita duduki setiap masa dan hari.



Post a Comment

0 Comments