May 17, 2018

Tip Untuk Cergas Bertenaga Di Bulan Puasa | Set Berpuasa Shaklee


Tip untuk cergas bertenaga walaupun di bulan puasa. Kebaikan set berpuasa shaklee.




Dalam entri ini, Gee akan kongsikan apakah tips untuk kekal cergas bertenaga di bulan puasa. Dan juga set ramadhan / set puasa dari Shaklee berserta dengan testimoni set puasa shaklee.


Tip Untuk Cergas Bertenaga Di Bulan Puasa
  1. Jangan tinggalkan makan sahur.
  2. Banyakkan minum air terutamanya air kosong untuk elak dehidrasi.
  3. Elakkan minuman yang berkafein / berkarbonat.
  4. Jangan tinggalkan kurma. Kurma mengandungi serat untuk tenaga lebih lama dan potassium untuk menstabilkan bendalir dalam badan.
  5. Kurangkan mengambil makanan berminyak, bergoreng. 
  6. Kurangkan makanan yang terlalu pedas dan berempah.
  7. Kurangkan mengambil gula kerana ia boleh sebabkan dehidrasi.
  8. Banyak mengambil buah-buahan dan sayuran kerana ia mengandungi pelbagai vitamin dan mineral penting untuk tubuh.
  9. Ambil protein yang berkhasiat, bersih dan mengenyangkan.

Selain itu, anda juga boleh mengambil minuman ini untuk kekal cergas bertenaga di bulan puasa. 

SET BERPUASA SHAKLEE

Set Berpuasa Shaklee ini ada 3 jenis minuman berkhasiat iaitu ESP (Energizing Soy Protein), Meal Shakes dan Performance Drinks. Set ini boleh diminum waktu sahur dan juga berbuka.


set berpuasa shaklee


Apa fungsi / kebaikan ketiga-tiga minuman berkhasiat ini?

1- Energizing Soy Protein 
  • Sumber protein tinggi yang akan membuatkan anda rasa kenyang yang lebih tahan lama. 
  • Ditambah dengan indeks glisemik yang rendah membantu stabilkan paras gula dalam darah skaligus memberi badan anda rasa cergas dan kenyang lama.
  • Juga sangat bagus untuk mereka yang ada masalah gastrik. Protein membantu membaiki sel yang rosak akibat hakisan asid gastrik di dalam perut. 
  • Bonus mencantikkan kulit. Kulit lebih sihat, kurang berminyak, parut pudar dan makin anjal.

2- Meal Shakes 
  • Sumber multivitamin yang terbaik bagi memastikan badan mendapat bekalan nutrien yang cukup. 
  • Ia mengandungi 19 jenis vitamin dan mineral penting untuk tubuh.
  • Boleh membantu proses detoksifikasi dan mengelak sembelit masa berpuasa. 
  • Ia juga sesuai diambil untuk anak-anak yang baru nak belajar berpuasa.
  • Rasa / bau vanilla yang sedap ini sangat sesuai untuk anak anda.

3- Performance Drink 
  • Minuman isotonik tetapi tanpa gas. Bagus untuk mengelakkan dehidrasi kulit sebab ia boleh mengurangkan kehilangan bendalir dan menyokong tahap hidrasi lebih baik berbanding air. 
  • Ia juga menyeimbangkan proses kehilangan air dalam badan, jadi ia membuat badan kekal rasa segar. Jadi anda tidak akan rasa mudah dahaga. 
  • Digalakkan juga diambil semasa berbuka supaya cepat menyegarkan badan dari keletihan.


Siapa yang perlukan set berpuasa ini?
💚Pekerja
💚Pelajar
💚Ibu mengandung
💚Ibu yang menyusukan anak
💚Orang yang ada Gastrik
💚Orang yang bekerja berat (menggunakan banyak tenaga badan)
💚Kanak-kanak (terutama yang baru mula berpuasa)
💚Warga tua 

Dan sesiapa saja boleh mencuba minuman ini.


Testimoni Set Ramadhan / Set Puasa Shaklee










Moga bermanfaat dan membantu anda berpuasa dengan lebih baik tahun ini. Dan Alhamdulillah juga kita bertemu lagi dengan bulan Ramadhan tahun ini. Moga segala amalan kita diterima Allah swt dan lebih baik dari yang lepas.


Untuk order dan konsultasi anda boleh menghubungi gee terus ke 013-5707812 atau klik link whatsapp di blog ini.