Jan 21, 2019

Santai Petang Minum Air Kelapa Fresh


Hari sabtu yang lepas, borak dengan akak sepupu pastu dia kata nak minum air kelapa sedap ni.

So kita orang pegi belakang umah Gee, alhamdulillah ada buah kelapa muda. Apalagi terus amik lah buah kelapa tu. Tak tinggi memang senang nak amik.


Pokok kelapa tepi sungai. Belakang umah Gee mang ada sungai kecik.


Ada jambatan kecikbhubungkan dengan jiran.


Ada lagi jirang yang tanam jagung. Senang kitaorang nak beli. Dah cukup matang boleh tebang terus beli dan makan. Hihi


Buah kelapa dia kecik jer.






Yang jadi tukang potong / belah buah tu akak sepupu dan ayah. Hihi. Gee tukang minum dan amik gambar jer. Haha



Sekian untuk entri kalini. Sesekali share pasal benda lain selain Shaklee kan😃.




Continue Reading

Jan 20, 2019

Rahsia Kekal Cergas Bertenaga Dengan Set Haji Dan Umrah Shaklee


Rahsia Untuk Kekal Cergas Bertenaga Dengan Set Haji Dan Umrah Shaklee


Dah lama nak berkongsi set haji dan umrah yang sesuai ni. Baru ada kesempatan. Moga apa yang Gee kongsikan ini bermanfaat untuk kita semua.

Apakah maksud haji dan umrah?


Ada apa dalam set cadangan haji dan umrah ini? Jom teruskan baca.

Bagi setiap umat Islam, kita wajib menunaikan haji dan umrah sekali dalam seumur hidup bagi yang berkemampuan. Setiap perjanan memang akan ada cabaran. Begitu juga bila kita menunaikan haji dan umrah pasti ada cabaran juga. Antara cabaran yang biasa dialami;

Cabaran menunaikan Haji dan Umrah

Perjalanan
Maksudnya kat sini, semasa menunaikan haji dan umrah memang kita akan lebih banyak bergerak dan berjalan dari satu tempat. Sebab itu penting untuk setiap jemaah haji dan umrah memiliki tubuh badan yang sihat dan cergas bagi memudahkan pergerakan.

Gambaran perjalanan ibadah Haji

Perubahan musim
Ini juga antara yang kita bakal alami. Ada 2 musim, musim sejuk ditambah dengan keadaan yang kering dan musim panas kering. Bila musim panas, sebaiknya anda membawa juga cermin mata hitam kerana pada masa ini suhu sangat panas terik dan silau.

Bila musim berubah, ia juga boleh menyebabkan kulit dan bibir kering, tumit pecah dan rasa sakit sebab banyak berjalan jauh.

Jangkitan penyakit
Perkara biasa juga berlaku kerana pada masa ini orang sangat-sangatlah ramai dan sesak. Jadi akan ada risiko mendapat penyakit kerana ada bermacam jenis virus ada.

Bagi yang mempunyai sistem imun badan rendah, antibodi badan tak kuat akan lebih mudah untuk jatuh sakit, rasa kurang sihat seperti demam, selsema, batuk, pengsang dan sebagainya. Dan bila kita kurang sihat, memang boleh mengganggu fokus kita untuk beribadat. Kita kena pastikan badan sihat sebab tujuan utama kita ke Tanah Suci adalah untuk beribadat dan mengumpul pahala kan?


Sebab itulah kita kena bersedia dari awal dan berusaha serta berikhtiat untuk mendapatkan kesihatan terbaik semasa berada di sana nanti.

  • Gee kongsikan juga panduan jadual ibadah harian di Tanah Suci. Sebagai persediaan awal untuk anda. Moga bermanfaat buat semua. 



  • Persediaan untuk kesihatan diri

Set Haji Dan Umrah Shaklee
Salah satu persediaan yang kita boleh buat ialah menyediakan diri dengan suplemen /makanan tambahan. Antara cadangan suplemen yang sesuai untuk dibawa ke sana nanti ialah:

1. Vitalea
Lengkap dengan multivitamin dan mineral penting untuk tubuh badan. Setiap tablet Vitalea ada 12 vitamin dan 7 mineral penting. Dan merupakan tablet paling pantas di dunia larut dalam ar dan tubuh badan manusia. Sebab itu Vitalea sesuai untuk dibawa ke Tanah Suci.

2. Vitamin C
Membantu menguatkan sistem imun badan bagi mengelak penyakit seperti demam, selsema dan bersin yang banyak dialami para jemaah. Setiap tablet vitamin C Shaklee membekalkan 500mg vitamin C dan jika diambil 2 tablet dalam masa 5 jam ia mampu kekal dalam darah dan badan kita selama 24 jam!

3. Ostematrix
Suplemem kalsium, magnesium dan vitamin D. ia bagus untuk tulang yang kuat, elak kejang dan kebas kaki akibat banyak berjalan dan perjalanan yang jauh. Juga membantu tido lena walaupun sekejap. Bila bangun badan rasa lebih segar dan cergas!

4. Garlic Complex
Antibiotik semulajadi untuk elak dan cegah jangkita kuman bila kita terdedah kepada persekitaran yang ramai orang dan sesak. Bagus untuk membantu mengelak dan membaiki batuk, sakit tekak, demam dan selsema.

5. Performance Drink
Minuman isotonik yang memberi tenaga pada badan kita. Minum performance drink ni boleh cegah dehidrasi semasa di Padang Arafah dan Mina kerana cuaca di sana sangat panas. Bila di sana nanti, boleh juga cuba bancuh performance drink dengan air zam-zam, letak dalam botol dan bila-bila masa boleh minum. Jangan risau, rasa oren semulajadi dan tiada gula tambahan.

6. Nutriferon
Imun booster untuk mengelak jangkitan seperti demam, batuk, selsema, badan panas dan rasa sakit badan bila jatuh sakit. Mudah di bawa ke mana saja semasa di Tanah Suci sebab ia dalam paket. Boleh diambil begitu saja atau dicampur dengan air.

7. Omega Guard
Suplemen minyak ikan Omega 3. Bagus untuk para jemaah yang ada masalah sakit sendi & lutut. Ia akan membantu mengurangkan keradangan seperti rasa sakit pada sendi. Untuk kesan terbaik boleh ambil bersama dengan Ostematrix bagi yang ada sakit sendi lutut.

8. Vivix
Antioksidan dan antibiotik semulajadi untuk badan. Juga bagus untuk kesihatan sendi. Badan juga rasa lebih cergas & bertenaga selepas mengambil Vivix. Sangat sesuai buat yang tak suka telan tablet.

9. Herbal blend
Krim sapu yang sangat bagus untuk kulit kering, menggelupas, bibir kering dan tumit merekah. Boleh sapu krim ini pada satu badan sebab dia bebas paraban, inshaallah sangat selamat untuk kulit.. Bila-bila dan ke mana saja para jemaah boleh bawa krim ini. Tak ada bau dan cepat meresap kat kulit.

Untuk orang lelaki, boleh sapu krim ini pada kepala selepas bercukur rambut bagi elak rasa gatal-gatal.


Banyaknya suplemen untuk jemaah haji dan umrah ni?? Jangan risau, anda boleh pilih dan ambil satu-satu mengikut bajet dan kemampuan juga.

Pilihan Set Cadangan Untuk Haji dan Umrah Shaklee






Anda boleh pilih set haji dan umrah yang sesuai untuk anda. Untuk info dan order lagi details boleh hubungi Gee terus di 013-5707812 atau whatsap terus di Sini



Gee doakan moga anda semua berpeluang dan diberi rezeki untuk mengerjakan haji dan umrah di Tanah Suci. Doakan Gee juga ya. Amiin. TQ💛




Continue Reading

Jan 17, 2019

Jan 14, 2019

10 tips mudah untuk mendapat kulit cantik berseri dan sihat


Ada banyak tips dan petua untuk mendapatkan kulit cantik. Tapi kalini saya kongsikan tips paling asas dan basic yang ramai dah tahu tapi tak ramai yang rajin nak buat.


10 tips mudah untuk mendapat kulit cantik berseri dan sihat yang boleh anda amalkan setiap hari

1. Rajin minuma air
Bila anda cukup minum air, secara tak langsung kulit jadi lebih sihat sebabnya 64% kulit terdiri daripada air. Hasilnya, kulit jadi lebih gebu, kedutan menjadi kurang jelas dan liang pori lebih kecil. Dan struktur kulit kita juga memerlukan air untuk berfungsi secara effektif termasuklah kolagen untuk menghasilkan kulit yang lebih berseri, sihat dan lembap.



2. Makanan 
Apa yang kita makan dalam seharian sangat penting. Yang terbaik anda boleh makan makanan seperti buah-buahan dan sayuran sebab ia kaya dengan anti-oksidan seperti Vitamin C, E, A dan beta karotena yang boleh membantu menghalang kerosakan sel akibat daripada radikal bebas. Tapi, kadang-kadang kita sukar jugak nak dapat semua vitamin mineral dari makanan harian, untuk tambahan boleh ambil suplemen bagi mencukupkan nutrisi dalam badan anda. Bila cukup nutrisi dalam badan automatik kulit kita juga akan kelihatan lebih berseri dan muda!



3. Sinaran matahari
Ramai yang tahu sinaran matahari penting untuk menghasilkan vitamin D tapi jika terdedah terlalu lama juga boleh merosakkan elastin kulit menjadikan kulit kita jadi kendur, kusam serta lebih mudah terluka. Sebaiknya, bila anda keluar, gunakan krim perlindung matahari. 




4. Melembap dan melembap!
Pakai pelembap tak? Pelembap penting dan kita perlu guna pelembap selepas saja membersihkan muka semasa kulit masih lagi lembap. Cara ini adalah yang terbaik dan mudah untuk mengekalkan kelembapan kulit.

Lihat juga >> Pelembap muka YOUTH, Age Defense Moisturizer

5. Tidur yang cukup
Tahu tak masa kita tidur, paras hormon pertumbuhan akan meningkat dan ia mula bekerja untuk memperbaiki sel-sel yang rosak. Dan lebihan air di dalam badan kita pula digunakan untuk untuk menyingkirkan toksin dari tubuh. Dan bila kita tak cukup tidur pula akan menghasilkan sel yang tidak berkualiti yang akhirnya menyebabkan lebam di bawah mata, kulit kering, kulit kasar dan garis-garis halus mula terbentuk. Nak kulit cantik, anda kena cukup tidur setiap hari. 



6. Posisi tidur
Tahu tak? Cara anda tidur juga boleh memberi kesan kepada kulit. Bagi anda yang suka tidur dengan cara menekup muka ke bawah atau sebahagian wajah ditindih oleh bantal, cara ini boleh menyebabkan muka cepat berkedut terutama di kawasan dahi atau pipi. Cuba ubah gaya tidur yang mendatar atau menggunakan sarung bantal satin atau sutera, cara ini dikatakan dapat membantu mengurangkan kedutan. Nampak gaya cara kita tidur juga penting ni untuk dapat kulit yang cantik dan sihat selalu selain daripada tidur yang cukup. 

7. Jangan stress!
Bila kita stress, badan akan bertindak balas dan kulit jadi lebih sensitif. Sebab itu anda kena rajin bersenam untuk mengeluarkan peluh. Peluh adalah cara semula jadi tubuh kita menyingkirkan bahan kimia toksik yang terbentuk di bawah lapisan kulit. Bukan itu sahaja, jika anda rajin bersenam ia membantu anda mengekalkan peredaran darah yang sihat dan kulit jadi berseri. 

Tanda kulit kita stress

Cara Kurangkan Stress Pada Kulit


8. Jangan sentuh muka!
Siapa yang suka pegang muka? Tahu kan tangan kita ni ada berbilion-bilion bakteria dan ia merupakan musuh utama kulit. Sebab itu kita kena mencuci tangan sebelum menggunakan apa-apa produk penjagaan kulit. Kuman dan bakteria juga boleh dipindahkan ke bahagian kulit yang lain diseluruh tubuh apabila kita suka menggosok mata, mengusap dagu atau anda yang suka menekup pipi selalu. Lepas ini kena jauhkan tangan dari muka ok jika nak kulit cantik berseri-seri.

9. Urut muka?
Urutan penting untuk merangsang peredaran darah bagi menggalakkan pengaliran limpa yang bertugas dalam menyingkirkan toksin di dalam tubuh. Tapi pastikan anda menggunakan teknik urutan yang teratur untuk membantu merangsang fibroblas di dalam lapisan kulit untuk merembeskan kolagen dan mengembalikan keanjalan kulit untuk meningkatkan seri wajah. 

10. Senaman muka
Tahu tak muka kita ada lebih daripada 50 jenis otot dan ia memerlukan kita untuk rajin membuat senaman muka. Cara untuk mendapatkan kulit cantik anjal, tegang dan gebu:
  1. Angkat kening dan kerutkan dahi anda. Tahan selama 5 saat  dan kekal tenang. 
  2. Kerutkan dahi. Tahan selama 5 saat dan kekal tenang. 
  3. Pejam mata rapat-rapat dan jelirkan lidah. Tahan selama  5 saat dan kekal tenang. 
  4. Buka mata dan mulut sebesar yang anda mampu. 
  5. Tahan selama 5 saat dan kekal tenang. 
Anda boleh mengulang senaman muka ini sebanyak 3 kali setiap hari untuk kulit yang lebih sihat dan cantik. 




Semoga tips yang saya kongsikan ini dapat membantu anda dalam usaha untuk mencantikkan dan menyihatkan kulit. Yang penting anda rajind dan konsisten setiap hari. Tu paling utama. 




Dah baca??

9 Tip Memilih Sunblock, Sunscreen Yang Terbaik untuk Kulit

Punca Dan Cara Hilangkan Eyebag Dengan Cepat & Berkesan

20 Jenis Buah Dan Sayur Yang Baik Untuk Kulit Cantik & Bagaimana Ia Boleh Membantu?

Cara Mudah Menghilangkan Kulit Berminyak


Punca Pori Terbuka Dan Cara Mengecilkan Pori-Pori Di Wajah Dengan Set Shaklee

Amalkan makanan ini untuk awet muda! Makanan yang boleh melambatkan penuaan





Continue Reading

Jan 11, 2019

Cara Buat Bisnes Online Shaklee Tanpa Modal Dari Rumah


Anda sedang mencari bisnes online yang sesuai? Mencari bisnes online yang tidak menggunakan modal besar? Join bisnes online dari rumah tanpa modal tinggi.



Tahun 2019 adalah tahun terbaik untuk anda bermula. Mungkin ada yang sudah lama mengintai dan mencari peluang untuk berbisnes secara online. SEKARANG adalah masa paling sesuai untuk anda! Bukan esok, bukan bulan depan dan bukan tahun depan tapi sekarang!!

Cara Membuat Bisnes Online Shaklee Tanpa Modal Hanya Dari Rumah

Kenapa perlu buat bisnes Shaklee? Saya akan kongsikan bagaimana cara dan langkah saya membuat bisnes online Shaklee tanpa menggunakan modal atau duit beribu.

1. Tak perlu modal beribu 
Untuk menjadi agen / ahli Shaklee yang sah anda hanya perlu membayar RM 65.00 yuran keahlian dan RM 10.00 untuk kos penghantaran (anda akan menerima Shaklee kit).

Shaklee Kit

2. Boleh terus bermula
Ya, selepas anda mendaftar menjadi agen / ahli Shaklee, anda boleh terus memulakan bisnes. Saya akan membantu dan membimbing anda sepenuhnya.

3. Bimbingan diberi
Saya ada menyediakan group support, kelas-kelas produk, ebook, kelas marketing dan bank gambar untuk semua agen Shaklee yang berdaftar dengan saya.

Online Coaching

Kemudian, anda boleh menggunakan media sosial seperti Facebook, Instagram, Blog atau Whatsapp untuk mula berkongsi dan menjual.

4.Stok sudah sedia ada
Bila anda buat bisnes Shaklee, anda tak perlu pening pasal stok, nak mencari supplier barang semua. Semuanya sudah disediakan oleh pihak Shaklee. Hanya perlu fokus belajar, berkongsi dan menjual.

Untuk stok ini, anda boleh dapatkan secara online, atau di mana-mana branch-branch Shaklee berdekatan anda.

5.Sistem droship
Bisnes Shaklee ni macam sistem drosphip jugak. Saya paling suka yang ini. Bila ada customer order barang, hanya perlu key in order di laman web khas Shaklee untuk para agen / pengedar dia. Kemudian, urusan penghantaran juga pihak Shaklee yang uruskan. Kita hanya tunggu Shaklee update tracking nombor. Mudah dan senang kan??

Setiap orang yang mendaftar menjadi ahli, anda akan menerima nombor id Shaklee dan passwod untuk log masuk ke https://www.shaklee2u.com.my . 




6.Hanya menggunakan telefon pintar
Yang penting semuanya ada telefon pintar / smartphone kan? Kemudian ada akses internet, pada bila-bila masa dan di mana saja anda boleh bermula!



7.Produk bukan bermusim
Bagi peniaga online, sangat penting bagi kita untuk pastikan produk laku sepanjang masa dan bukan mengekiut musim. Contoh yang bermusim seperti menjual baju kurung atau baju melayu masa hari perayaan. Yang ini, permintaan lebih tingga apabila ada hari raya tiba.

Tapi, untuk produk Shaklee permintaan adalah setiap masa dan setiap hari. Produk Shaklee seperti suplemen contohnya, ia memang keperluan setiap orang untuk sepanjang masa. Setiap hari ramai yang ada bermacam masalah seperti masalah jerawat, gastrik, kolesterol, ibu mengandung, ibu berpantang dan sebagainya.

8.Jika tak pernah mengambil produk Shaklee pula?
Bagi yang tak pernah lagi mengambil atau mencuba mana-mana produk shaklee, selepas anda mendaftar nanti anda boleh mencuba mana-mana produk yang sesuai dengan anda. Apabila anda sudah merasa sendiri kesan dan efek, cara ini lagi mudah untuk anda berkongsi kebaikan dan manfaat produk kepada orang ramai!

9.Berapa bonus Shaklee?
Mestilah ramai nak tahu kan? hihi.. Jumlah bonus ini bermula dari 2 angka hingga ke 5-6 angka sebulan. Ia bergantung kepada usaha anda.Usaha banyak, dapat banyak!

Contoh bonus Shaklee bakal anda dapat:
  • bonus peribadi
  • bonus untuk Leader
  • bonus kereta (tapi Shaklee bagi dalam bentuk cash masuk akaun bank)
  • peluang melancong di dalam dan luar negara termasuk UMRAH

Antara Bonus Shaklee

Kiranya bonus Shaklee ni unlimited!


Jom bertindak dari sekarang! Keluar dari zon selesa anda. Cabar diri untuk buat perkara baru. Zaman sekarang kita memang sangat perlukan DUIT untuk banyak keperluan yang makin meningkat!

Jom join saya untuk buat bisnes online dari rumah dan di mana saja!


Bagaimana cara nak join bisnes online Shaklee? 

Anda boleh menghubungi Gee terus ke 013-5707812 atau klik di sini untuk pautan Whatsap. Nanti Gee akan bagi info dan details semua pada anda.




Continue Reading

Jan 10, 2019

Beli Produk Shaklee Secara Online


Membeli produk secara online sekarang adalah lebih mudah dan senang.

Sekarang ia menjadi pilihan utama sebab tak perlu keluar, tak perlu isi minyak keta hanya order online dan tunggu barang sampai di rumah. Best kan??

Cara Mudah Beli Produk Shaklee Secara Online

Cara #1

  • Hubungi Gee di 013-5707812 @ klik link whatsapp
  • Pilih set yang sesuai ikut masalah anda
  • Buat bayaran online 
  • Tunggu barang sampai di rumah
  • Konsultasi & cara makan akan diberi khas untuk customers Gee✌


Cara #2

  • Order terus di web Shaklee ini dan ikut step yang Gee ajar DI SINI
  • Lepas anda order, Gee akan menguhubungi anda untuk konsultasi dan cara makan yang betul


Mudah kan? Untuk maklumat lanjut dan info lagi details anda boleh hubungi Gee segera ya.


Terima kasih buat pelanggan / customers yang beli Shaklee secara online dengan Gee😃.









Berita baik buat penggemar ESP, sekarang ada PROMOSI ESP SHAKLEE! HARGA LEBIH MURAH + JIMAT DARI BIASA! Hubungi Gee segera untuk rebut ESP HARGA PROMOSI!!!






Continue Reading

Jan 4, 2019

7 Tips Pilih Pencuci Muka Yang Sesuai Dan Terbaik Untuk Kulit


Pemilihan pencuci muka yang sesuai dan terbaik untuk kulit kita sangat penting. Tiap orang mempunyai masalah dan jenis kulit yang berlainan. Jai, kita kena bijak memilih jenis pencuci muka yang sesuai dan bagus untuk kulit muka.




Tips-tips Memilih Pencuci Muka Yang Sesuai Dan Terbaik Untuk Kulit

1. Kena tahu dulu jenis kulit kita macam mana

Perkara paling penting kita mesti tahu jenis kulit kita macam mana supaya senang untuk memilih pencuci muka.

Jenis-jenis kulit:

Kenali jenis kulit anda

2. Tidak mengeringkan kulit muka
Pernah rasa tak kulit muka menjadi keringd dan rasa ketat selepas mencuci muka beberapa ketika? Pencuci muka jenis ini tidak sesuai untuk anda. Ia boleh membuatkan kulit kering, yang menyebabkan kelenjar minyak akan mengeluarkan lebih minyak untuk mengembalikan kelembapan kulit. Ini yang boleh menyebabkan kulit lebih berminyak dan risiko untuk naik jerawat lebih tinggi!

3. Pilih pencuci muka yang pH seimbang dengan kulit
pH kulit kita dalam pH 5-6, jadinya kita perlu mencari pencuci muka yang berada dalam pH seimbang dengan kulit.

4. Membersihkan kotoran pada muka
Pencuci muka yang bagus adalah yang mampu membersihkan segala kotoran pada kulit muka kita termasuk membuang sel-sel kulit mati. Tapi jika ada lagi kesan kotoran atau sisa makeup pada kapas selepas mencuci muka mungkin cara anda membersihkan muka tidak betul.

Aada betul juga ni sebab Gee cuci muka bila letak cleanser sikit jer ingat dah bersih rupanya salah. Kita kena letak lebih sikit anggaran dalam sebesar syiling 5 sen supaya nutrien dalam clenser ni betul-betul boleh membersihkan muka kita. Cubalah pasni, Gee dah try memang best sangat!

5. Membersihkan kotoran dalam liang pori-pori
Cuba semak ada tak fungsi pencuci muka tu yang betul-betul boleh membersihkan muka hingga jauh ke dalam liang pori-pori kita. Maksud Gee kat sini ialah yang jenis "deep cleansing". Penting ya ada fungsi "deep cleansing" untuk elakkan liang pori-pori kita tersumbat. Lagi-lagi jika kulit jenis berminyak dan yang selalu guna makeup setiap hari ni sangat perlu!

6. Elakkan pencuci yang ada bahan pewangi atau bahan kimia berbahaya
Sebabnya ia boleh merengsakan kulit, beri alahan pada kulit dan ada risiko untuk merosakkan kulit jadi lebih nipis!

Menurut American Academy of Dermatology, kita perlu elak atau semak jika pencuci muka kita beli ada ke tak bahan-bahan berikut:
  • Paraben
  • Pewangi Sintetik
  • Lauril Sulfat/Laureth Sulfat
  • Quaternium-15
  • Imidazolidinyl
  • Formaldehyde
  • DMDM Hydantoin
  • Phenoxyethanol methylchloroisothiazolinone

7. Memberi kelembapan pada kulit
Selain ada fungsi membersihkan kulit muka, kita kena pilih pencuci yang boleh melembapkan kulit muka. Bukan setakat muka bersih jer tapi kulit kita juga rasa lebih lembut, lebih segar dan boleh bernafas! Barulah gembira rasa lepas cuci muka kan?

Bagi yang banyak duduk dalam aircond tu kena pastikan pencuci muka ada fungsi untuk melembapkan kulit yang kering bagi tujuan mengawal paras minyak dalam liang kulit!

Moga tips untuk pilih pencuci muka yang sesuai dengan kulit muka ini dapat membantu anda. Pilih yang terbaik dan selamat untuk kulit.


Pencuci muka mana yang sesuai dan terbaik untuk kulit??
Kita kena rajin cuba pencuci muka yang bagus untuk kulit kita. Try and error.


Untuk pencuci muka yang Gee tengah guna sekarang, YOUTH Luminous Gel Oil Cleanser. Gee baru keluar di pasaran lepas 8 tahun kajian di buat. Gee guna tahun lepas dalam bulan Februari 2018. Sepanjang Gee guna pencuci muka Youth ni memang serasi untuk kulit muka.

Pencuci muka Youth ni tak buat kulit muka Gee kering, lepas cuci muka tu muka tak rasa ketat atau kering pun dan kulit muka memang rasa segar dan lembut.

Macam mana pulak untuk jerawat? Ok ke guna?
Tau tak muka Gee ada tumbuh jerawat banyak tiba-tiba tak tau sebab, tapi Gee masih guna pencuci muka Youth ni jugak. Alhamdulillah memang ok sangat! Jerawat terkawal dan cepat elok.

Satu lagi yang best setiap item dalam YOUTH skincare ni semuanya bebas bahan kimia berbahaya, guna 100 peratus tumbuhan dan bebas kekejaman ke atas haiwan.


Gee share sikit info Pencuci muka YOUTH ni untuk anda.











Berminat nak cuba dapatkan pencuci muka YOUTH?
Hubungi Gee di 013-5707812 atau klik di sini untuk Whatsapp Gee







Continue Reading

Jan 3, 2019

Betul Ke Protein Boleh Gemukkan Badan?

Adakah protein boleh gemukkan badan anda? Buat badan bertambah berat?


Protein sangat penting untuk badan kita. Dia umpama blok atau asas untuk badan. Macam satu badan kita ni hampir semua perlukan protein.

  • Rambut
  • Kulit
  • Kuku
  • Tulang
  • Otot
  • Tisu & organ badan 


Persoalannya, betul ke protein ini boleh menggemukkan badan kita?

Jawapannya, TIDAK! Sebaliknya, bila kita guna protein berasaskan tumbuhan, yang rendah indeks glisemik dan protein bukan GMO boleh membantu dalam menjaga berat badan kita.


Jom kita ketahui bagaimana protein ni berfungsi atau bertindak.

1. Protein Boleh Memberi Tenaga
Protein dicerna sebelum ianya dibebaskan sebagai tenaga, ia adalah sumber rangsangan tenaga yang lebih baik
untuk jangka masa panjang. Protein ini akan dicerna secara perlahan untuk membantu kita kekal bertenaga sepanjang hari, agar kita boleh buat pelbagai banyak aktiviti dalam seharian.


2. Protein Bantu Kekalkan Ukur Lilit Pinggang
Apabila kita buat senaman, protein akan membantu pembentukan otot. Tapi ramai yang fikir protein ni boleh tambahkan lagi berat badan kita.

Sebenarnya kan, makanan yang tinggi protein ni boleh membantu meningkatkan metabolisma. Jadi kita kena guna dan amik konsisten protein untuk membantu mengekalkan berat badan. Cuma kita kena pastikan pilih serbuk protein yang tidak mengandungi gula pasir putih supaya nanti ia tidak menambah ukur lilit pinggang kita pulak kan?


3. Lebih Otot, Lebih Banyak Bakar Kalori
Protein tugasnya untuk membentuk dan membina otot. Otot ni nanti yang membakar kalori kita. Maksudnya, lebih banyak otot yang kita ada, maka lebih banyak kalori tubuh kita boleh bakar.

Tu sebab kita kena rajin ambil sumber protein. Tujuannya untuk melatih badan untuk membakar kalori secara berterusan dan meningkatkan metabolisma dan pembakaran lemak!


4. Membantu Mengawal Selera Dan Kurangkan Nafsu Makan
Protein boleh meningkatkan rembesan hormon peptide YY, yang akan membantu kita rasa kenyang lebih lama. Hasilnya, ia
membantu mengawal selera makan. Kesannya nanti kita akan makan kalori yang sedikit dalam hidangan seterusnya.

Kajian juga ada menunjukkan bahawa pengambilan sarapan pagi yang tinggi protein mempunyai kesan yang signifikan dalam mengawal nafsu makan serta pengambilan snek lewat malam.


5. Makanan Sihat Yang Muda
Shake Protein adalah cara terbaik untuk menambah protein tambahan dalam diet kita. Ia juga akan bertindak sebagai makanan sihat yang mudah berbanding makanan sejuk beku atau makan segera yang berminyak.



Contohnya, protein ESP yang mudah diambil dan disediakan. Kita hanya perlu tambah sebuk protein ESP ke dalam minuman kegemaran atau air dan kemudian shake-shake guna shaker siap untuk diminum! Mudah sangat kan??


Nilah protein shake ESP yang Gee amik

Kelebihan Protein ESP 

Kebaikan Protein ESP

Berita baiknya PROTEIN ESP ada PROMOSI bulan Januari 2019 ini!




Berminat nak dapat protein ESP HARGA PROMOSI??

Anda boleh hubungi Gee terus di 013-5707812 @ klik di sini untuk Whatsapp




Continue Reading