Feb 11, 2019

Ketahui 11 Punca Period Tak Teratur Tiap Bulan!


Apa 11 Punca Yang Sebabkan Period Tidak Teratur Tiap Bulan??



Masalah period tidak teratur antara masalah yang sering berlaku bagi wanita. Apa sebab period tak selalu datang? Ada yang berbulan juga tak datang period.

Dalam entri kalini saya kongsikan 11 punca dan sebab period jadi tak teratur.

1. Kegemukan
Bila berat badan berlebihan, hormon estrogen di dalam badan wanita akan jadi tak seimbang. Ini yang akan menganggu kitaran haid.

2. Hamil
Bila hamil haid takkan datang sebabnya ovum yang dikeluarkan pada kitaran haid bulan sebelumnya telah disenyawakan.

3. Terlebih Hormon Prolaktin
Jila terlebih hormon prolaktin, ia boleh menghalang pengeluaran telur dan haid akan lewat datang hingga berbulan-bulan.

4. Terlalu Kurus
Terlalu kurus masalah jugak kan? Bila tak cukup lemak dalam badan ia boleh mengganggu kitaran period. Sebab tu penting untuk jaga berat badan yang sihat & seimbang.

5. Masalah Kesihatan
Bila sakit tiba-tiba datang seperti demam, selsema ataupun penyakit yang memerlukan rawatan intensif boleh memberi tekanan fizikal kepada tubuh badan dan sekaligus mengganggu kitaran period.

6. Menopaus
Ini biasa berlaku pada wanita yang berusia dalam 40-an dan ke atas. Pada masa ni, period jadi makin sedikit dan jarang-jarang nak datang haid.

7. Ubat Pencegah Hamil
Pil atau ubat-ubatan hormon pencegah hamil seperti depo-provera atau implanon boleh menggangguan kitaran haid. Ada jugak wanita yang dah lama tak datang period bila menggunakan implanon.

8. Stress
Stress boleh jadi dalam bentuk fizikal & mental dari tempat kerja atau kehidupan seharian. Ini yang akan menggangu hormon badan dan kitaran haid. Yang terbaik elak diri dari stress selalu. Cuba buat aktiviti santai dan banyak meluangkan masa dengan yang tersayang.

9. Penyusuan Badan
Bagi ibu yang menyusu, hormon digunakan untuk menghasilkan susu bayi. Sebab itulah ada ibu-ibu yang lama tak datang period hingga 1-2 tahun!

10. Tersilap Kira
Ada jugak wanita yang silap kira kitaran haid dari hari pertama lagi dan menjadi tak tepat antara 28-35 hari. Akibatnya kiraan untuk sampai hari subur jadi lebih lama atau lambat.

11. Masalah Tyroid
Hormon yang dirembeskan oleh thyroid juga boleh mengganggu hormon badan dan kitaran haid.

7 Cara Untuk Mengatasi Masalah Period Yang Tidak Teratur

1. Jaga makan minum dan amalkan diet sihat seimbang seperti banyakkan makan sayur, buah, elakkan gula, tinggi garam dan berminyak
2. Kawal berat badan
3. Amalkan gaya hidup sihat
4. Jangan merokok
5. Elakkan stress dan tekanan
6. Ambil GLA untuk menstabilkan hormon badan

GLA Complex

7. Amik Vivix juga boleh membantu kawal atur kitaran haid

Vivix Shaklee


Untuk info dan order produk boleh hubungi saya, Gee terus di 013-5707812 atau klik di sini untuk pautan Whatsapp



kredit info: Dr Zubaidi Hj Ahmad



1 comment:


  1. PRRROOOOOOMMMOOOOOOOOO!!!!!
    PROMO PROMO PROMO....
    HAI GUYS AD KABAR GEMBIRA NI BUAT KALIAN - KALIAN YG SUKA MAIN GAME ONLINE
    DISINI KITA AD PROMO CASHBACH UNTUK MEMBER KHUSUS BULAN MARET INI LOHHH HEHHE
    PROMONYA NI,, EEEEIIIITTSSSSS !!!!!! LGSG SAJA KLIK WWW.FANSBETTING.CO
    NAH UNTUK INFO DAN BERTNY" YG LEBIH JELAS SILAHKAN ADD KONTAK DI BAWA INI
    WA @ +855 963 156 245
    line @ fansbetting
    wechat @ fansbetting
    bersama dengan kami CS fansbetting thankyou,,,

    ReplyDelete