March 12, 2019

9 Cara Dan Tips Terbaik Dan Berkesan Mengurus Emosi


Bagaimana cara terbaik dan berkesan untukmengurus emosi anda? Apa tip-tip yang boleh anda buat untuk urus emosi terutama bagi ibu-ibu yang bekerja dan sambil tu ada buat bisnes lain jugak.



Cara Terbaik Dan Berkesan Mengurus Emosi 
  1. Elakkan bersangka buruk. Selalu latih diri untuk bersangkan yang baik-baik pada setiap apa yang berlaku. Agak mencabar mula-mula tapi bila anda cuba buat pasti dapat! Saya sedang latih diri untuk selalu bersangka baik juga ni.
  2. Bila rasa stress sangat boleh cuba beralih buat benda yang anda suka atau buat balik hobi yang dah lama anda tinggalkan. Ni untuk alih perhatian dan fikiran supaya tak rasa stress. 
  3. Rasa serabut dan ada macam-macam fikiran, cuba tengok benda yang cantik-cantik dan indah seperti anda tengok pemandangan cantik di sekeliling tempat anda. Contohnya pergi ke pantai ke untuk kawal balik emosi tadi.
  4. Cuba seimbangkan antara dunia dan akhirat. Ya sebut senang tapi bila anda fikir balik, dunia ni memang tempat Allah bagi ujian dan masalah untuk anda. Jadi, anda kena pandai mengawal dan anggaplah tu ujian dan Allah nak bagi pahala kat akhirat nanti.
  5. Cuba latih diri untuk banyakkan bersedekah dan waqaf. Takkan miskin bila anda memberi. Makin banyak anda beri, makin banyak anda dapat balik, makin banyak pahala anda kumpul. Memberi ni juga sebenarnya melatih diri untuk lembut hati dan tenang rasa emosi dan fikiran kita.
  6. Bila rasa teruk sangat emosi masa tu, rasa tak tahan dan, anda boleh cuba istigfar banyak kali,  kemudian amik wuduk dan buat solat sunat.
  7. Satu lagi, cuba letak tangan kanan kat dada kiri, sebut macam ni "Ya Allah lapangkanlah dadaku & penuhkanlah dengan kesabaran". Cuba buat banyak kali inshaAllah hati tenang.
  8. Anda juga boleh pilih untuk terima sesuatu perkara secara positif atau negatif. Pilihan ada di tangan anda sendiri. Jangan kalah dengan emosi. 
  9. Fikirkan yang positif, fikirkan kegembiraan selalu. Emosi boleh berubah mengikut apa yang kita fikirkan. Macam teknik kuasa minda. 

Nah Gee share sedikit perkongsian dari rakan-rakan Shaklee. Moga boleh jadi panduan untuk kawal emosi.





Moga bermanfaat untuk bantu ada urus emosi dengan baik dan berkesan. Semua tips Gee bagi atas tu semua dari pengalaman sendiri kawan-kawan.

Jika ada tips-tips lain bolej juga kongsikan dengan Gee di ruangan komen ni.




2 comments: