16 May 2019

Selamat Hari Guru 2019 (Kenangan Zaman Belajar)


Selamat Hari Guru buat semua guru-guru. Terima kasih atas jasa anda semua yang mengajar kami.



Bila hari guru ni kan, Gee teringat balik zaman masa belajar dulu. Memori lama tu datang balik. Throwback gitu. Hihi.

Dulu Gee bersekolah di SK Kampung Senau. Ni zaman sekolah rendah. Dari tahun 1996 - 2001.

Bangunan sekolah lama ni masih ada sampai 2019 sekarang tau.

Yang ni dewan baru. Masa dulu takda lagi. Atas padang jer berdiri masa berhimpun.

Ni kenangan tahun 2017, masa Gee jadi guru ganti. Hihi


Kemudian zaman sekolah menangah dulu sekolah agama pulak. Hihi. Kat Kampung Igan, SMK AGAMA IGAN. Adalah dalam setengah jam naik van dulu. Dari tahun 2002 - 2006.



Pastu Gee naik tingkatan 6, yang ni kat sekolah biasa. Iaitu di SMK THREE RIVERS MUKAH. Dari tahun 2007-2008.

Sekah ni tepi jalan. Selalu gak lalu. So memang teringat lah zaman form 6.

Zaman form 6 antara zaman paling seronok bagi Gee. Hihi. Jumpa kawan baru. Pastu kawan ada yang aliran agama lain tapi tu tak halang Gee kawan dengan dorang.

Lagi best masa tu, kelas kita orang ada 12 orang je tak silap Gee. So kita orang memang rapat dan hepi go lucky hihi. Kamceng sekepala. Hihi.

Rindu sangat lah kat korang semua >> Noni, Jue, Flo, Suong, Obob, Khai, Iza, Cornel, Ahling, Syukri, Dodo. Bila dapat jumpa lagi nk korang.

Ni dewan tempat kami slalu berhimpun dulu

Pas abis form 6, Gee dapat tawaran ke UPM Serdang. Ni ibarat dunia baru. Pertama kali kot pegi ke semenanjung sorang pulak tu. Redah jer sebab nak belajar. Dari tahun 2009-2013 rasanya.


Masuk UPM, dapat fakulti Ekonomi.


Masa ni Gee godek gambar lama orientasi semester 1.


Di UPM, Gee dapat kolej kelima. Dari sem 1 - sem 8 memang setia kat kolej ni. Dah macam rumah kedua dah.



Terobek sikit gambat masa belajar dulu. Hihi. Rindu sangat zaman ni.





Zaman belajar zaman paling seronok.  Sekarang tinggal memori. Hargailah masa yang ada sekarang. Gambar tu penting untum memori dan kenangan. Pasni Gee kena slalu amik gambar untuk kenangan.

Selamat Hari Guru buat semua cikgu.


Korang ada yang sama tempat belajar dengan Gee?



6 comments:

  1. Selamat Hari Guru buat semua pendidik

    ReplyDelete
  2. Selamat hari guru untuk warga pendidik.

    ReplyDelete
  3. Wah! Kenangan masa persekolahan memang kekal abadi.
    Kini abam kie pula yg bergelar pendidik.
    Maaf lupa nk masukkan link blog Gee. Jap lagi abam kie buat ye?

    ReplyDelete